Hampir 10 tahun menderita kanser darah atau Limfoma, siapa sangka penghujung tahun lalu penyayi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35 tahun dikhabarkan sudah bebas dari penyakit berkenaan.
Perkara menggembirakan ini disahkan sendiri oleh doktor bahawa dirinya sudah pulih dan bebas dari kanser limfoma tahap empat.
Malah perbezaan ketara sepanjang tempoh itu selain dirinya tampak lebih sihat dan ceria, berat badannya juga turut bertambah.
“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.
Ads
“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” katanya memberitahu pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
Bercerita lanjut, Elyana berkata, pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
“Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.
“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” kata penyanyi Tapak Kaki Sulaiman ini yang mengakui tidak mahu terlalu gembira apabila sel kanser sudah tiada, sebaliknya, Elyana bersyukur apabila doanya untuk sihat dimakbulkan Tuhan.
“Saya lega… Bagai ada satu beban yang saya pikul selama ini sudah tiada. Tetapi saya tidak boleh gembira terlalu awal sebab kanser boleh datang semula bila-bila masa sahaja.
Ads
“Jadi, saya hanya nikmati apa yang ada sekarang. Saya tidak berharap sangat, namun, alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan.
“Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula,” katanya kepada BH Online sambil memberitahu anak-anak, Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani menjadi insan paling gembira sebaik tahu dirinya sudah pulih dari kanser.
Elyana mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat pada 2017. Sebelum ini, sel kanser menyerang dan merebak ke beberapa organ badan Elyana seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Edamame, kacang soya muda berwarna hijau yang masih terdapat di dalam pod ini boleh dijadikan sebagai ‘snek’ sihat untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Ia berbeza dengan kacang soya yang telah matang berwarna keputihan. Biasanya edamame ini banyak didapati di restoran Jepun yang menjual sushi.
Namun kita juga boleh mendapatkan edamame di pasaraya kerana ia biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku. Edamame ini ada kebaikannya kepada kesihatan.
Boleh baca perkongsian Pakar Nutrisi, Puan Syaza Liyana ini. Edamame ini antara pilihan snacking yang sihat. Sedap sangat dan rasa berlemak.
4 Kebaikan Edamame Perlu Tahu
1-Tinggi Protein
Secawan edamame yang sudah dimasak (155gm) mengandungi lebih kurang 18.5 gram protein iaitu jumlah yang tinggi bagi tumbuhan. Edamame mengandungi kesemua amino asid yang diperlukan oleh badan, tidak seperti tumbuhan lain. Namun ianya tidaklah dapat menandingi protein daripada sumber haiwan.
2-Tak Menaikkan Gula Dalam Darah
Edamame adalah rendah karbohidrat dan mempunyai nilai Glycemic index (GI) yang rendah tidak membuatkan kadar gula dalam darah meningkat dengan mendadak. Ianya sesuai untuk penghidap diabetes.
3-Kaya Vitamin, Mineral dan Serat
Edamame mengandungi kadar folate dan vitamin K yang lebih tinggi daripada kacang soya matang. Ia juga kaya dengan thiamine, riboflavin, iron, copper, dan manganese serta turut mengandungi serat yang tinggi.
4-Tinggi Kandungan Isoflavones
Isoflavones ialah sejenis kompaun tumbuhan. Terdapat kajian pemerhatian (observational studies) yang mengaitkan pengambilan Isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser payudara, osteoporosis, dan simptom sampingan menopause.
Namun lebih banyak kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkannya. Edamame Edamame boleh direbus bersama secubit garam selama lebih kurang 3 hingga 5 minit. Picit kulit untuk mengeluarkan isinya dan boleh terus dijadikan snek.
Ianya boleh juga dimasukkan ke dalam salad, sup atau lain-lain masakan yang dirasakan sesuai.
Seorang pempengaruh media sosial pengamal diet sayur dan buah segar, Zhanna Samsonova,39 atau lebih dikenali Zhanna D’Art maut selepas dikatakan kebuluran.
Wanita tersebut tidak minum air kosong selama enam tahun dan hampir tidak boleh berjalan sebelum mati kerana kebuluran dan keletihan gara-gara diet pemakanan yang diamalkan.
Pempengaruh Maut Akibat Diet Ekstrem, Hidup Cuma Makan Sayur Dan Buah
Wanita kelahiran Rusia ini dilaporkan meninggal pada 21 Julai. Ibunya melaporkan kematian anak perempuannya disebabkan jangkitan bakteria kolera yang menyebabkan cirit birit.
Kebuluran & Keletihan Melampau
Namun laporan perubatan mendakwa Zhanna mengalami kekurangan zat makanan yang menyebabkan dirinya kebuluran dan keletihan melampau.
Kawannya berkata, Zhanna menderita anoreksia dan menjadi sangat lemah pada minggu-minggu terakhir sebelum kematiannya akibat diet ekstrem yang diamalkan. Dia hanya mampu terbaring dan memerlukan beberapa minit untuk dirinya berdiri dan berjalan di tangga.
Malah keadaan Zhanna juga sangat ‘lemah’ dan tetap enggan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Tetap percaya dengan amalan diet sayur dan buah segar yang diamalkan selama ini.
Diet Sayur & Buah-Buahan
Zhanna dilaporkan mengamalkan diet buah-buahan, pucuk biji bunga matahari, ‘smoothie’buah-buahan dan jus ini selama 10 tahun.
“Saya melihat badan dan minda saya berubah setiap hari. Saya suka melihat perubahan diri saya yang baru dan takkan kembali semula kepada tabiat pemakanan dahulu,” kata Zhanna.
Zhanna turut mempromosikan pendirian dalam amalan dietnya, termasuk resipi untuk orang ramai mencuba. Bagaimanapun, menurut New York Post, rakan-rakannya didakwa percaya dietnya harus dipersalahkan atas kematiannya.
Ramai yang nak kulit cerah tetapi tak tahu produk apa yang patut pakai dan agak sukar cari yang serasi dengan wajah.
Jadi pilihan terbaik, anda boleh cuba tip cantik yang dikongsikan oleh Puan Iryani Zaki ini. Katanya berkesan dan kulit jadi cerah.
Kulit Cerah Tanpa Modal, Gosok 3 Minit Je Tapi Hasilnya Cantik!
Sebenarnya dah lama Puan Yani tahu petua ni. Dari nenek lagi, tetapi nak bercantik bagai tu tak sempat.
Namun bila tengok tangan dengan muka kusam yang amat, rasanya kena cuba petua ni. Guna bahan mudah di dapur saja.
Bahan-bahannya:
1 mangkuk kecil beras
1 sudu kecil garam himalaya
1 sudu besar gula perang
3 sudu air perahan lemon
Cara- cara:
1. Goreng beras bersama garam dan gula sehingga keperangan.
2. Perah air lemon dan satukan bersama beras yang digoreng.
3. Blender sehingga lumat. Letakkan sedikit air jika terlalu pekat.
4. Sental kat tangan atau muka dan gosok selama 3 minit. Biarkan sejam baru bilas dengan air bersih.
Dah siap. Serius kulit makin ce-rah dan lembut. Seminggu buat 3kali sahaja. Mudah nak cerah berseri tanpa modal.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!