Niatnya pada mula hanya mahu turunkan berat badan tanpa mengambil kira perkara lain.
Namun di sebalik usahanya untuk mendapatkan berat badan ideal, dia juga turut mendapat kelebihan lain apabila hasil kulit wajah jadi cantik.
Ikuti perkongsian sahabat dari grup Diet Suku-Suku Separuh Khuzai Bo Art yang bukan saja dapat turunkan berat badan tetapi kulit wajahnya juga jadi lebih cantik.
Sebelum itu dia yang mengalami obesiti (ketika 19 tahun berat capai 148kg) berjaya menghilangkan 75 kg dari berat badan asal. Mengambil masa tiga tahun untuk capai berat terkininya iaitu 79 kg.
Berat Turun, Kulit Pun Jadi Lebih Cantik
Memang lepas turun berat kulit jadi putih eh?
Soalan paling saya dapat selama ini. Niat saya mula-mula tak ada pun nak putih or kulit cantik.
Ads
Nak turun 10kg je dulu.. tiba-tiba terturun sampai 75kg. Bonus kulit pun jadi better. Hilang dah kerak-kerak dekat leher/tepi hidung/cuping telinga..
Orang badan besar memang tak boleh lari dari hitam-hitam dekat muka nih..
Tak ada rahsia apa-apa pun. Just jaga makan. Kalau dok melantak macam-macam, macam mana kulit nak cantik. Minum air masak, bukan air manis
Ads
Dok berhabis beribu-ribu beli skin care..tapi makan tak jaga..start dari dalam. Baru laa kulit pun ikut sama cantik.
Lagi pun saya dah 8 tahun jaga mkan. Bukan sebulan dua ya. Tak ada cucuk-cucuk or rawatan muka bagai. Cukup jaga mkan and minum air kosong
Ads
Gula punca utama acne and sebum kat muka ya. Cuba kurangkan gula and minum air kosong. Insya-Allah lama-lama cantik laa kulit tu.
Bukan senang perjalanan bagi seseorang itu dalam proses menurunkan berat badan.
Pelbagai dugaan perlu dihadapi seperti mengekang nafsu makan serta semangat yang kuat bagi mengatasi rasa untuk malas melakukan diet.
Bagi wanita ini La Aism Asif berjaya membuktikan usaha gigih yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil.
Setelah hampir setahun mengamalkan diet cara sihat (memulakan diet pada 12/2019), dia berjaya menurunkan berat badan.
Hanya melakukan amalan dengan hanya menjaga pemakanan dan melakukan senaman dalam rumah sahaja.
Sebelum itu dia juga turut melakukan aktiviti, hiking, joging dan berbasikal agar tidak bosan melakukan senaman.
Sebelum ini beratnya sekitar 83 kg dengan ketinggian 157 kg dan selepas hampir setahun diet, berjaya mendapat berat idaman iaitu 53 kg.
Menurutnya suami jadi pendorong utama dalam proses melenyapkan hampir 30 kg dan kembali langsing seperti sebelumya.
Sehingga hari ini sudah masuk tahun kedua mengamalkan diet diet suku-suku separuh dan masih maintain dengan berat yang ada.
Hilang 30KG Lepas 2 Tahun Amal DSSS
Disebabkan ramai meseg saya Di inbox dan tak terbalas semua saya Tulis disini untuk sapa yang nak tahu, Saya makan dan tak pernah izinkan perut saya rasa lapar
– Saya makan on time sarapan 7-8am… Roti wholemeal/telur hancur goreng dengan sikit minyak + makan letak sos
– Bihun soto (portion ikut dsss)
– Saya cuba sedaya mampu untuk amik makan rebus atau kurang minyak
– Tengahari makanan saya selalu nasi ayam penyet, nasi tomyam ,sup ayam, ayam bakar, ikan bakar . Sesekali udang, sotong saya makan tapi dalam portion dsss
– Malam ulang makan makanan lunch atau saya makan roti wholemeal & telur
– Snacking saya buah-buahan..
– Saya jugak ada makan daging burger bakar dengan sikit majerin .. + sos & mayo
– Saya akan tukar-tukar menu hari-hari bagi tak jemu
– Selain itue saya amalkan eat clean & dsss dan kayuh indoor bicycle hari-hari.. 4-6 jam 1 hari.. saya tinggalkan gula dari minuman dan saya cuba elakkan makanan yang manis
Proses untuk menurunkan berat badan akan jadi lebih menyeronokkan lika ada teman yang sama-sama menyimpan misi mahu kurus.
Diet dilakukan bukan saja untuk kurus tetapi juga jadi lebih sihat supaya mudah lakukan urusan lain. Misalnya dalam mencari baju bersesuaian.
Seperti perkongsian pasangan suami isteri ini, Azizan Zainal yang sama-sama target untuk mendapat berat badan ideal.
Setelah mendapat kesedaran memikirkan berat makin naik dan penyakit datang, mereka akhirnya mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemilihan protion makanan dan juga melakukan aktiviti senaman bersesuaian.
Hasilnya setelah hampir dua tahun berdiet, akhirnya kedua-dua berjaya mendapatkan berat badan ideal. Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Lepas 2 Tahun Diet, Pasangan Ini Dapat Berat Ideal
Gemok bersama. Kurus pun mesti bersama. Bahagia bersama hendaknya.
Gambar dulu tu lepas dapat anak ketiga memang kami berdua berkembang dengan jayanya. Makan tak jaga. Tak ada bersenam apa.
Tapi, 2 tahun lepas mula dapat kesedaran. Mula start jaga makan dan exercise. Tahun ni syukur dah ada perubahan.
Sebenarnya dah laaaaama nak diet kononnya tapi asyik kelaut dalam. Bila start kena macam-macam penyakit sampai masuk hospital. Saya pun tekad tukar pemakanan dan lifestyle.
Saya buat DSSS dan berbasikal. Tu pun tak strict sangat. Gula still ambil. Takde cut apa sangat.
Wife buat eat clean, IF, dan skipping, aerobix sikit-sikit kat rumah.
Memang cara kami berbeza, tapi tujuan tetap sama kan. Gitulah kerukunan dalam rumah tangga. Seronok dapat pasangan yang support dan sehaluan bila nak diet ni.
Kalau tak dulu asyik kena habiskan makanan je, mana aku tak gemok. Pastu pantang ada tempat makan viral semua nak pergi.
Sekarang usia kami dah 35 tahun, anak dah 3. InsyaAllah akan kekalkan cara hidup yang lebih sihat lepas ni. Bukan tak boleh makan macam-macam tapi berpada-pada. Kami pun ambil masa hampir 2 tahun. Tak perlu rush. Buat rilek2 ja.
Berat pun takdelah banyak sangat turun. Tapi ada inch loss. Nak cari baju pun senang. Kalau masuk Padini ke Giordano ke bolehlah sarung saiz S dah.
Yang penting Diet ni bukanlah kurus semata2. Tapi kesihatan yang utama. Paras kolestrol dah turun. Asid urik dah turun. Gula normal. Badan rasa fresh. Tak cepat letih. Dan enjoy ur life. Nak makan minum apa pun boleh je, tapi berpada-pada.
Jangan diet sampai berlapar dan stress tak boleh makan itu ini. Sampai pergi kenduri kahwin pun makan tembikai ja buat apa.
Ini antara tip diberikan bagi beginner yang nak diet
1. Mulakan dengan senaman STRETCHING / senaman regangan. Stretching amat dan saya ulang , AMAT bagus untuk melegakan otot, meregangkan otot dan memanjangkan otot anda. Sekian lama anda tidak bersenam, pasti gaya hidup pun kurang sihat dari segi asyik duduk, tidur ,makan, duduk, kerja, tidur ..
Maka otot anda akan menjadi pendek , tegang dan sakit. Sebab itu kebanyakkan orang sekarang mengalami sakit otot, ke sakit sendi sebab kurangnya pergerakkan, kurangnya senaman regangan. Mulakan hari anda dengan senaman regangan selama 15 ke 30min untuk melegakan otot anda, untuk me-relaks-kan otot anda. Banyak senaman yoga diyoutube. Senaman regangan itu sahaja dapat membakar 100 Kalori.
2. Senaman Yoga Senaman Yoga tidak melibatkan pergerakkan yang membuat anda temengah mengah, atau semput seperti jogging. Ia sesuai dibuat dirumah kalau segan nak ke gim. Yoga sangat bagus untuk menenangkan fikiran kita yang stress. Senaman yoga juga sangat bagus untuk memperbaiki postur badan kita juga
3. Chair Workout Boleh juga cari di youtube Char Workout sebagai permulaan . Menggunakan kerusi , ia membantu menyokong anda untuk mulakan senaman. Warga emas , orang yang sedang dalam rawatan baik pulih badan juga boleh manfaatkan senaman Chair Workout.
Selain senaman regangan tips tips dibawah juga sangat membantu + Makan ikut porsi (portion) sukatan yang betul.
1. Banyakkan minum air kosong. Bukan air ais, ais beku, atau ais letak stevia. Minum air kosong sahaja. Sebab apa? Sebab air kosong itu mampu mendetokskan toksin yg terkumpul dalam organ kita. Jangan kita nak tiou diri sendiri dengan acah acah minum air kosong tapi tambah perisa lain. Jika anda menipu badan anda dgn air kosong, maka anda akan terjerumus menipu badan anda dgn pelbagai cara atau mencari alasan buat benda short-cut. Dalam penurunan badan , tiada short cut.
2. Banyak makan buah tapi bukan sembarangan buah. Kenapa? Sebab kalau asyik makan anggur dan tembikai sebagai contoh, susah juga nak turun berat badan sebab buah ini sangat manis. Dan anda sepatutnya mengurangkan atau membiasakan diri anda untuk mengurangkan makanan manis.
Dah bertahun tahun menikmati makanan manis, tiba masanya untuk mengurangkannya. Banyak makan buah seperti Oren, Grapefruit ( Limau Gedang), Epal, Betik, Jambu Batu. Buah ini kurang manis tapi kaya dengan zat zat dan nutrisi. Bila berat anda sudah menurun ke tahap yg memuaskan, (ikut individu), maka bolehlah selit sedikit buah buah yang manis
3. Sayur Sayuran segar. Banyakkan sayur sayur yang segar sebab sayur sayuran tinggi dalam serat, vitamin dan mampu membuat anda kenyang dengan lebih lama. Kalau jenis badan kuat angin, makan sayur yang dah dicelur, kurangkan makan sayur mentah.
4. Tidur dan Rehat yg mencukupi. Rehat dan tidur yang mencukupi mampu mendetokskan badan dengab lebih effektif dan memberikan anda lebih tenaga sepanjang hari. Tidur selewatnya 11 malam ke 7pagi.
Tidur yang berkualiti mampu menyegarkan anda dan, minda lebih cergas . Berbanding anda tidur 2am ke 10am , masih 8 jam tapi aturan waktu nya akan mengganggu proses detoks badan anda. Anda masih tidur 8jam, tapi tidurnya kurang kualiti dan anda akan bagun berasa lebih letih dan moody.
Pernah tak apabila sedang anda berehat bersama keluarga tiba-tiba muka jadi senget seperti terkena stroke.
Adakah ini sipmtom ‘bell’s palsy’ atau jangkitan dari gigitan serangga yang tidak ketahui dari mana datangnya.
Perkongsian Dr Mohd Shaiful Nizam di twitter memberitahu satu kejadian di sebuah klinik di mana muka seorang wanita jadi senget seperti terkena stroke disebabkan gigitan kutu babi dalam telinga.
Mengalami gejala sakit & kurang dengar secara tiba-tiba di telinga sebelah kiri berserta bunyi berdesing menyebabkan pesakit ini menjadi rimas.
Memasuki hari ketiga setelah gejala awal tiada tanda pulih, tiba-tiba muka menjadi senget seolah-olah seperti pesakit stroke
Dengan terjadinya gejala baru ini membuatkan pesakit ini terus ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan & rawatan selanjutnya.
Ringkas cerita, setelah pemeriksaan secara menyeluruh dibuat, termasuk pemeriksaan endoskopi telinga, terlibat seekor kutu babi berada di dalamnya.
Pesakit ini di masukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya. Alhamdulillah setelah beberapa hari, pesakit dibenarkan pulang setelah semua gejala asal telah tiada. Pesakit diberi temujanji susulan di klinik & rawatan fisioterapi muka untuk mengembalikan mimik muka yang comel.
Nota balik rumah a.k.a take home message:
Jika anda atau anak anda sakit telinga secara TIBA-TIBA, cepat2lah dapatkan pemeriksaan telinga kerana kebarangkalian dimasuki serangga sangatlah tinggi.
Sekadar info tambahan, antara komplikasi yang boleh terjadi jikalau terkena gigitan kutu babi/pirah/cekenit/ di dalam telinga adalah keradangan saraf muka seterusnya menyebabkan muka senget a.k.a facial palsy.