Lebih 5 Bulan Koma Didera Suami, Wanita Selamat Lahirkan Bayi Secara Pembedahan

Share

Viral pertengahan tahun ini apabila kes seorang wanita dipercayai jadi mangsa keganasan rumah tanga dan dalam masa sama sedang hamil.

Manis Jahidah Nordin, 43 tahun yang sebelum ini koma dikhabarkan telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar malam tadi.

Menurut Berita Harian adik kepada mangsa, Fauziah Nordin, 40, yang bertanggungjawab menjaga Jahidah sepenuh masa, memaklumkan beliau menjalani pembedahan kecemasan kira-kira jam 9 malam.

“Alhamdulillah, Kak Jahidah sudah melahirkan ‘baby’ (bayi), pembedahan kecemasan pukul 9 (malam tadi). Esok kena ke hospital tengok ‘baby’,” katanya melalui hantaran dalam Facebook beliau, hari ini.

Fauziah berkata, kakaknya itu masih koma di hospital dan diletakkan bawah pemantauan 24 jam.

Media sebelum ini melaporkan Jahidah yang dipercayai dipukul suaminya sehingga koma pada Mei lalu, dijadualkan bersalin secara pembedahan, hari ini, dengan berdepan kemungkinan pelbagai komplikasi.

Fauziah dipetik sebagai berkata, Jahidah akan turut diawasi di Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika pembedahan, berikutan keadaannya yang tidak mampu memberi tindak balas kerana otak mengalami pendarahan dan rosak susulan insiden itu.

Mangsa yang sedang hamil empat minggu ketika kejadian, dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan tengkoraknya terpaksa dibuang akibat pendarahan, manakala rahang, tulang belakang serta rusuk pula retak.

Suspek, Rosmaini Abd Raof yang juga seorang peniaga, sudah didakwa di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru, 17 Jun lalu.

Sebaik muat naik posting ini di FB, ramai yang turut mengucapkan syukur dan tahniah di atas kejaiaban yang berlaku. Rata-rata juga mendoakan agak Jahidah dan bayinya sihat dan dapat menjalani kehidupan seperti sebelumnya.

Leeina Qaliena Alhamdulillah …Tahniah….Semoga baby dan ibunya sihat hendaknya….Ya Allah engkau berilah keajaiban kepada anak dan ibu ini untuk hidup bersama2 dalam keadaan sihat dan limpahan kasih sayang darimu ya Allah.aamiin3

Zaiton Dollah Alhamdulillah.. Syukur.. Tahniahh.. Smga ibu dberi ksmbuhn n baby sihat.. Aminn..

Elia Ilyasha Alhamdulillah . Semoga ibu dan anak senantiasa dlm rahmatNya. Diangkat segala kesakitan dan dipermudahkan segala urusan.

erinah Binti Dolssmad Ina Alhamdulillah …tahniah. Semoga kakak dgn babynya semuanya sht dan dipermudahkan segala urusannnya .

Shahril Amira Alhamdulillah syukur , semoga baby sihat dan kak jahidah sedar serta pulih semula dapat bersama dgn anak beliau ..

Fatia Omar Alhamdulillah…Semoga dipermudahkan segalanya. Untung awak sayang dilahirkan oleh seorang wanita yg hebat

semoga menjadi seorang anak yg baik amin.

Armira Zainal Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan segala urusan kak Jahidah & baby. Moga diberi kesembuhan & kesihatan yang baik buat kedua2 nya. Aminn 

Kredit Foto: FB Fauziah Nordin

Artikel Berkaitan:

Waspada Bila Sakit Kepala Lebih 5 Hari. Doktor Terangkan Jenis Kategori & Cara Rawatan Terbaik!

Sepantas 2 Minggu Turun 10KG. Wanita Kongsi Tip Diet Sihat & Menu Diambil Setiap Hari!

Tak Perlu Modal Besar. Kelebihan Senaman Brisk Walk Elok Diamalkan & Baik Untuk Jantung!

Published by
Siti Zurina Mat Saman