Konsisten Setiap Hari Joging 4KM, Rahsia Lelaki Ini Kurus Dalam Masa 6 Bulan

Share

Tidak mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan. Tanpa sebarang usaha gigih perjuangan untuk mendapat berat ideal pastinya gagal.

Justeru tekad dan semangat perlu ada bagi memastikan impian untuk mendapatkan berat idaman tercapai.

Perkongsian lelaki ini Mohd Firdaus Ahmad yang berjaya melenyakan 35.5kg hanya dalam masa 6 bulan.

Sebelum ini dia yang memiliki berat 134kg dan sekarang hanya 98.5kg. Malah ukuran pinggang juga turut berubah daripada 42-42inch kepada 34inch sahaja.

Ikuti perkongsiannya yang mula menurunkan berat badan sedikit demi sedikit hasil 6 bulan diet dan exercise dilakukan.

Menurutnya dia juga sangat menjaga pemakanannya sebelum turun 30kg sepanjang tempoh diet itu.

Selain itu, dia juga turut memfokuskan 3 bulan untuk berjogging 4km hampir setiap hari dan sebulan juga dia fokus dengan weight lifting training sebelum mendapat hasil yang mantap.

Assalamualaikum dan Hi..saya kembali lagi..dengan result terbaru..hahah

– Kiri 14/11/2021, kanan 16/05/2022. Loss */35.5kg selama 6 bulan diet dan exercises.

– 3bulan pertama fokus jogging. 4km/day

– 3bulan seterusnya sampai hari ini, fokus weight training.

– 3 bulan pertama result, turun berat badan +-19kg, tapi kulit dan perut gelebeh.hehe

– So decided masuk gym, dan loss lagi 16.5kg. Dan akan terus buat weight training. Sebab dah ada team dan group weight training. 

– Start 134kg – sekarang 98.5kg
Pinggang 42-43inch – sekarang 34inch.

– Semangat datang itu dari mana?? Datang dari termeterainya perjanjian dengan seseorang..

Artikel Lain: Ramai Terkejut Berjaya Langsing Waktu Raya, Wanita Ini Dedah Rahsianya

IKLAN