Karisma Kapoor memang cantik tanpa mekap walau umurnya cecah 50an dan masih diminati ramai dek kerana personalitinya yang luar biasa.
Hebat menari itu salah satu, malah Karisma cukup dikenali menerusi filem Dil To Pagal Hai sekitar era tahun 90an. Lakonannya itu antara yang terhebat di samping aktor Shahrukh Khan dan Madhuri Dixit.
Karisma Kapoor Cantik Tanpa Mekap, Ini Rahsia Awet Mudanya
Kelincahan Karisma dalam lenggok tarinya yang energetik sememangnya diingati dan ia sinonim buat bintang Bollywood ini.
Sudah lama Karisma tidak muncul di layar perak namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi. Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial.
Kini kakak kepada aktres terkenal Kareena Kapoor ini lebih banyak tampil sebagai ikon designer untuk pelbagai brand fashion. Karisma juga aktif sebagai model iklan fesyen serta produk kecantikan.
Terpesona melihat kejelitaan Karisma yang tak dimamah usia. Siapa sangka usianya kini sudah menjangkau 49 tahun. Ketika melihat wajahnya yang polos tanpa secalit solekan, tidak seperti umur 40an pun.
Ads
Satu lagi tarikan yang ada pada Karisma ialah warna bola matanya yang biru kehijauan. Unik dan sangat seksi!
Cukup Aktif Yoga
Yoga menjadi salah satu rahsia awet muda Karisma. Haaa.. sebab itulah Karisma berjaya mengekalkan bentuk tubuhnya sejak dulu sehingga kini malah dikatakan semakin menarik dari tahun ke tahun.
Ads
Menurut Karisma, yoga membantu dirinya untuk kekal fokus seterusnya dapat mengembalikan energi menjadi lebih baik. Karisma juga sentiasa menjaga pola pemakanan yang seimbang.
Berikut beberapa info menarik tentang Karisma Kapoor: –
1. Usia tidak menghalang Karisma untuk mengekalkan bentuk badan ideal.
2. Ibu tunggal yang memiliki dua orang anak.
Ads
3. Aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan.
4. Menjadikan ibunya, Babita sebagai sumber kekuatan dan inspirasi. Ibunya kini berusia 76 tahun.
5. Antara aktres yang menerima bayaran termahal dan memenangi banyak anugerah dalam industri perfileman India.
Agak menarik ya, bagi peminat Karisma Kapoor, anda pasti teruja melihat dan membaca tip cantik pelakon Bollywood ini.
Kredit Foto: Instagram Karisma Kapoor
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Satu ketika dulu pernah viral kisah gadis ini yang berusaha untuk menurunkan berat badannya.
Perjalanan diet Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau mesra dipanggil Wani Comel sangat mencabar apabila dikatakan ada terpalit sedikit kontroversi dengan seorang usahawan kosmetik.
Namun begitu siapa sangka dia mengalami berat badan mencecah hampir 300 kilogram (kg) dikhabarkan sudah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Pemergian gadis itu juga dilaporkan pada hari yang sama dengan sahabat baiknya iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah.
Menurut wanita itu, dua insan sahabat baik itu sangat akrab.
“ALLAh lebih menyayangi mereka berdua. Betapa rapatnya mereka berdua sehinggakan waktu sakit juga mereka bersama mengharunginya,” ujarnya
Untuk makluman Wani yang juga aktif dalam aktiviti kebajikan dengan menjadi sukarelawan, sebelum ini telah menerima suntikan dos pertama pada 23 Julai lalu.
Menurut Mstar penjaga kepada arwah Wani, Muhammad Shah Rovinderjit, Wani kemudiannya dijangkiti wabak itu selepas sehari menerima suntikan dos kedua pada 13 Ogos lalu.
Manakala sahabatnya pula disahkan positif selepas empathie hait menerima suntikan vaksin dos kedua pada 8 Ogos lalu. Kedua-duanya menjalani kuarantin dirumah sahaja.
Wani meninggl dunia di rumah sekitar jam 9 malam, şemalar (Rabu), Manakala rakannya pula meninggal di Hospital Putrajaya pukul 4 petang hari yang sama.
Kalau anda masalah jeragat dan parut jerawat yang gelap, boleh cuba petua cantikkan kulit yang dikongsikan wanita ini.
Menerusi laman TikTok, Puan Murnie Ezaliana berkongsi bahan dan cara nak buatnya sampai jadi krim. Jom tengok apa yang anda perlu sebelum hasilkan sebekas krim cantikkan wajah.
Soda bikarbonat
Madu
Tepung beras
Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut dan gaul sehingga sebati.
Pastikan hasilnya macam krim wajah yang dijual, pekat dan likat.
Kemudian anda boleh masukkan ke dalam bekas dan labelkan siap-siap senang nak pakai tidak tertukar dengan bekas lain.
Waktu nak pakai, boleh sapu pada jeragat atau parut sahaja.
Untuk hasil terbaik boleh pakai 3 kali seminggu.
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali apabila diserang demam, kita biasanya akan mengambil ubat tahan sakit seperti panadol atau paracetamol bagi mengurangkan kesakitan dialami.
Jika serasi dan hanya demam biasa, panas akan kebah dalam masa sehari. Namun begitu ada juga yang takut untuk mengambil apa-apa jenis panadol kerana dikatakan akan merosakkan hati.
Adakah benar atau sekadar mitos yang didengari di mana-mana platform. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini menjelaskan mengenai perkara ini yan sebenarnya tidak ada kemudharatan jika mengambil panadol atau paracetamol ketika demam kecuali dos berlebihan.
“Doktor, Panadol ni boleh rosakkan hati, kan?”
Pesakit ni dah demam 2 hari, hari ini datang ke klinik kerana demamnya tak kebah-kebah. Macam biasa, saya akan tanya sama ada ada ambil apa-apa ubat tak sepanjang tak sihat ni. Dia kata tiada, maka sana tanyalah kenapa tak ambil Panadol(Paracetamol).
Dia beritahu yang dia ada baca satu hantaran di Facebook yang mendakwa Paracetamol ni boleh merosakkan hati. Jadi, dia tak mahu ambil risiko itu.
Ya, benar! Paracetamol boleh merosakkan hati! Namun hanya jika ia diambil melebihi dos yang disarankan. Jika diambil pada dos yang ditetapkan, ia adalah ubat yang selamat.
Paracetamol atau nama penuhnya para-acetylaminophenol ini, adalah ubat yang telah dicipta untuk meredakan demam dan kesakitan. Ia agak inferior dari segi keberkesanan kepada ubat deman dan sakit jenis NSAID (aspirin, Ibuprofen, Voltaren, dsb) kerana ia kurang meredakan keradangan, TETAPI paracetamol lebih superior dari segi keselamatan.
Berbanding NSAID, Paracetamol tidak menyebabkan risiko pendarahan atau keradangan salur penghadaman. Jadi, Paracetamol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, atau pesakit yang ada gastritis. Malah ia juga selamat untuk kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu.
Paracetamol adalah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi. Sebab itu, selain di farmasi ia jugadijual di kedai 7-11, kedai runcit, malah juga di premis restoran.
Dos Paracetamol yang selamat untuk orang dewasa adalah 4000mg/hari. Satu tablet Paracetamol biasanya mengandungi 500mg bahan aktif, bermakna anda boleh makan maksimum 8 biji Paracetamol sehari (500mg x 8 biji = 4000mg/sehari)
Tapi janganlah makan 8 biji sekaligus. Makanlah 2 biji, empat kali sehari.
Dos kanak-kanak dikira mengikut berat badan kanak-kanak, iaitu 15mg/kg. Jadi jika berat kanak-kanak itu 10kg, maka dos yang sesuai adalah 15mg/kg x 10kg = 150mg untuk satu kali makan. Maksimum boleh makan 4 kali (sela masa 6 jam).
Kalau beli Paracetamol di farmasi atau klinik, doktor atau pegawai farmasi akan kirakan siap-siap dalam bentuk berapa mililiter.
Selain dalam bentuk pil dan sirap yang diambil melalui mulut, Paracetamol juga wujud dalam bentuk suppositori(ubat peluru) untuk dimasukkan ke dalam dubur, dan dalam bentuk cecair intravena(masuk melalui salur darah). Ini pun ada dosnya yang selamat. Suppositori :30mg/kg x4 sehari. IV : 1mg x4 sehari
Kalau makan lebih daripada dos yang ditetapkan ini, maka ada risiko kerosakan hati. Ini kerana Paracetamol diuraikan di hati. Oleh sebab yang sama, individu yang mempunyai masalah/penyakit hati, perlu ambil dos yang lebih sedikit daripada yang disyorkan di atas tadi.
Dos toksik paracetamol ialah pengambilan lebih 10g(20 biji) sehari. Jika berlaku keracunan Paracetamol (akibat terlebih dos secara sengaja atau tidak), ada antidot untuk mengurangkan risiko komplikasi keracunan. Antidot untuk keracunan Paracetamol adalah N-acetylcystein(NAC). Selain itu, pesakit akan dipantau oleh doktor untuk beberapa hari.
Kesimpulannya, Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil mengikut dos dan cara yang disyorkan oleh pengeluar. Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku. Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum ambil Paracetamol.
Kalau demam, atau sakit kepala, lenguh-lenguh badan, period pain, boleh cuba makan Paracetamol dahulu. Demam tinggi tak terkawal lagi bahaya! Boleh sawan!
Ohya! Jangan pula gunakan Paracetamol tidak mengikut saranan, seperti gunakan tablet Paracetamol yang ditumbuk halus pada luka, atau makan suppositori Paracetamol. Jangan buat pelik.