Hilang 30KG Dalam Masa 24 Bulan. Wanita Amal Diet Eat Clean & Buat Aktiviti Senaman Indoor/Outdoor!

Share

Bukan senang perjalanan bagi seseorang itu dalam proses menurunkan berat badan.

Pelbagai dugaan perlu dihadapi seperti mengekang nafsu makan serta semangat yang kuat bagi mengatasi rasa untuk malas melakukan diet.

Bagi wanita ini La Aism Asif berjaya membuktikan usaha gigih yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil.

Setelah hampir setahun mengamalkan diet cara sihat (memulakan diet pada 12/2019), dia berjaya menurunkan berat badan.

Hanya melakukan amalan dengan  hanya menjaga pemakanan dan melakukan senaman dalam rumah sahaja.

Sebelum itu dia juga turut melakukan aktiviti, hiking, joging dan berbasikal agar tidak bosan melakukan senaman.

Sebelum ini beratnya sekitar 83 kg dengan ketinggian 157 kg dan selepas hampir setahun diet, berjaya mendapat berat idaman iaitu 53 kg.

 

Menurutnya suami jadi pendorong utama dalam proses melenyapkan hampir 30 kg dan kembali langsing seperti sebelumya.

Sehingga hari ini sudah masuk tahun kedua mengamalkan diet diet suku-suku separuh dan masih maintain dengan berat yang ada.

Hilang 30KG Lepas 2 Tahun Amal DSSS

Disebabkan ramai meseg saya Di inbox dan tak terbalas semua saya Tulis disini untuk sapa yang nak tahu, Saya makan dan tak pernah izinkan perut saya rasa lapar

– Saya makan on time sarapan 7-8am… Roti wholemeal/telur hancur goreng dengan sikit minyak + makan letak sos

– Bihun soto (portion ikut dsss)

– Saya cuba sedaya mampu untuk amik makan rebus atau kurang minyak

– Tengahari makanan saya selalu nasi ayam penyet, nasi tomyam ,sup ayam, ayam bakar, ikan bakar . Sesekali udang, sotong saya makan tapi dalam portion dsss

– Malam ulang makan makanan lunch atau saya makan roti wholemeal & telur

– Snacking saya buah-buahan..

– Saya jugak ada makan daging burger bakar dengan sikit majerin .. + sos & mayo

– Saya akan tukar-tukar menu hari-hari bagi tak jemu

– Selain itue saya amalkan eat clean & dsss dan kayuh indoor bicycle hari-hari.. 4-6 jam 1 hari.. saya tinggalkan gula dari minuman dan saya cuba elakkan makanan yang manis 

Pantang saya : JANGAN IZINKAN PERUT RASA LAPAR

Artikel Berkaitan:

Sekadar Suka-Suka Tapi Wanita Ini Berjaya Lenyapkan 29KG. Enjoy Makan Apa Saja, Syaratnya Jaga Portion!

6 Bulan Je Dah Hilang 8 KG. Selain Lakukan Senaman Tabata, Wanita Kongsi Menu DSSS Diambil!

Nafas Laju Simptom Sesak Nafas Paling Ditakuti, Semak 13 Sebab Utama & Cara Rawatan

Published by
Siti Zurina Mat Saman