Untuk turunkan berat badan tak perlu menahan diri berlapar. Kita masih boleh makan sedap asalkan menjaga portion pemakanan.
Kebanyakan bagi mereka yang sedang diet, mengamalkan pengambilan makanan ‘eat clean’ dan juga suku-suku separuh. Cara ini lebih sihat dan selamat untuk diamalkan.
Seperti perkongsian Scha EllCha Lee yang hilang 25 kg dalam masa 10 bulan dengan mengamalkan pegambilan diet suku-suku separuh.
Menurutnya dia melakukan diet cara santai tetapi masih boleh makan sedap. Dia juga masih boleh makan nasi dengan bermacam-macam lauk tetapi pengambilannya hanya suku.
Ayuh kita lihat pengambilan menu diet yang diambil sepanjang tempoh berdiet.
Tidak dinafikan usaha bagi seseorang itu mahu menurunkan berat badan memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi.
Tanpa itu semua, pasti impian untuk memiliki saiz badan idaman tidak tercapai.
Apatah lagi jika mahu bergelar sebagai selebriti, pastinya sangat perlu untuk menjaga penampilan diri agar sentiasa tampil cantik di khalayak.
Bagi anak kepada aktor Said Ali Khan, Sara Ali Khan yang juga anak tiri kepada Kareena Kapoor turut berkongsi kesusahannya yang pernah menghidap PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) yang menyebabkan kenaikan berat badan berlebihan.
Justeru dia berusaha untuk menurunkan beratnya sebelum berani tampil di layar perak.
Bagi memastikan impiannya untuk muncul di layar perak, Sara berlatih bebeapa senaman seperti kathak, yoga, pilates, boxing dan juga senaman dengan penuh bersungguh-sungguh untuk mendapat badan yang fit.
Hasilnya Sara berjaya mendapat berat badan ideal dan fit. Ternyata kesungguhan Sara dengan berdisiplin bersenam dan menjaga pemakana untuk hasil yang mengkagumkan.
Jadi kepada yang masih cuba untuk menurunkan berat badan idaman boleh cuba cara Sara ini yang lebih menitik beratkan senaman workout untuk mengeluarkan peluh.
Ada antara kita yang sangat berpantang untuk makan atau menyentuh beberapa makanan kerana dikhuatiri mendatangkan masalah angin dalam badan.
Benarkah ia boleh berlaku dan apa kesannya jika terus diambil secara berlebihan. Masalah angin ini juga turut dikenali sebagai kembang urat.
Pakar Kimia dan juga Pensyarah Kanan di UiTM, Dr. Fatimah Salim dalam satu posting di laman sosial Facebook menjelaskan perkara ini dengan panjang lebar.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Kenapakah memakan sesetengah buah atau sayur boleh menyebabkan ‘angin’ dan ‘kembang urat’?
Jawapan umum untuk pertanyaan mengenai ‘angin’ dalam badan:
Sebenarnya jenis tumbuhan seperti nangka, sukun, tarap, kekacang (legumes) dan yang seangkatan dengannya… mengandungi bahan kimia dari kumpulan karbohidrat seperti raffinose, stachyose, verbascose… yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.
Dan keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan tiada masalah dan kini mudah terkesan.
Disebabkan ketiadaan enzim khusus, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi. Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.
Sekiranya gas ini tidak dikeluarkan, ianya akan terus terkumpul/ terperangkap dalam usus yang juga dikenali dengan istilah ‘kembung perut’ atau orang kita bahasakan sebagai ‘angin’.
Harus diingat ‘angin’ ini ialah ‘benda asing’ yang berada dalam badan. Maka badan akan seboleh mungkin untuk mengeluarkannya dengan mekanisma yang mampu menggangu keseimbangan proses kimia badan yang lain.
Ketidakseimbangan kimia badan ini akan menyebabkan kita berasa ‘kurang selesa’ atau ‘sakit’ pada bahagian tertentu. Keadaan inilah yang agaknya orang lama istilahkan dengan ‘kembang urat’.
Tujuannya adalah sebagai ‘signal’ untuk kita berbuat sesuatu atau badan akan beradaptasi untuk mengembalikan semula keseimbangan kimia (Self-healing). Bahagian mana yang terkesan dan bagaimana, adalah bergantung kepada tahap kesihatan sedia ada dan mekanisma yang ‘paling’ kurang mudarat kepada system badan.
Untuk mengembalikan keselesaan, ada yang pergi berurut. Ada yang ambil ubat tahan sakit, ada juga yang ambil ubat buang angin. Ada yang baik sendiri hasil daripada pemakanan yang mengandungi pelbagai bahan kimia semulajadi yang membantu menyeimbang punca sakit tadi.
Pun begitu, sesetengah orang tidak mengalami masalah ‘angin’ ini disebabkan mempunyai enzim alpha-galactoside yang cukup dan/ atau juga memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.
Tips untuk sistem penghadaman yang baik:
1) Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).
2) Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.
3) Jenis kekacang atau beras pulut boleh rendam dulu untuk memudahkan proses penghadaman, seterusnya mengurangkan fermentasi oleh bakteria.
4) Amalkan sayuran dalam diet pemakanan sebagai sumber serat (prebiotik) dan fitokimia yang bagus.
5) Kurangkan makanan terproses. Kurangkan pengambilan gula tersedia.
6) Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yoghurt, tempoyak, tapai… untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus.
Pusat Perubatan Sunway Velocity, Lancar Pusat Kesuburan Penuhi Keperluan Komuniti Setempat. Diketuai oleh pakar berpengalaman, pusat kesuburan ini menawarkan pelbagai rawatan dan teknologi perubatan terkini untuk menyelesaikan masalah ginekologi dan kesuburan.
Mendapatkan zuriat semestinya menjadi impian pasangan yang sudah berkahwin. Walaubagaimanapun, tidak semua pasangan mudah mendapatkan zuriat disebabkan masalah yang berkaitan dengan kesuburan.
Selalunya apabila timbul masalah ini, golongan wanita sering dipersalahkan. Mereka dianggap punca tidak subur sehingga menyukarkan proses kehamilan.
Hakikatnya, masalah berkaitan kesuburan ini boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun wanita.
Seiring perubahan zaman, pelbagai teknologi diwujudkan bagi mengatasi masalah sukar mendapatkan cahaya mata.
Antara yang sering menjadi pilihan adalah teknologi persenyawaan in vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji.
Sejajar dengan komitmennya untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang baru-baru ini , Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) melancarkan Pusat Kesuburan Sunway di hospital tersebut.
Terletak bersebelahan dengan Pusat Wanita dan Kanak-Kanaknya, fasiliti seluas 7,222.5 kaki persegi ini dilengkapi dengan kemudahan yang komprehensif seperti bilik konsultasi, dewan bedah, bilik rawatan, bilik pengumpulan sperma, makmal andrology, makmal embriologi, bilik pengawetankrio, bilik dan wad pemulihan harian (daycare) serta teknologi dan sistem terkini untuk pelbagai prosedur kesuburan dan sakit puan (ginekologi)
Diketuai oleh Dr Farah Leong Rahman dan Dr Ashley Chung Soo Bee, Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan, perkhidmatan lain di Pusat Kesuburan Sunway di SMCV.
Ini termasuklah ujian penilaian kesuburan, inseminasi intrauterine (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF), suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI), ujian genetik plaimplantasi (PGT), pengawetankrio, analisis penerimaan endometrium (ERA), pembedahan laparoskopi serta rawatan untuk penyakit sakit puan.
Dengan pelancaran pusat kesuburan baharu ini, SMCV kini boleh menyediakan pelbagai rangkaian perkhidmatan berkaitan kesuburan serta penjagaan wanita dan kanak-kanak di bawah satu bumbung yang sama, serta menyelaraskan pengalaman rawatan kesuburan kepada pasangan yang ingin menimang cahaya mata.