Selain menjaga kecantikan wajah, seseorang wanita juga sangat obses mahu mendapatkan tubuh badan ideal.
Pelbagai cara dilakukan dan berkat kegigihan dan disiplin, tidak mustahil bagi yang mengalami kenaikan berat badan akan berjaya mendapat berat ideal.
Seperti perkongsian wanita ini, Su Fin yang sebelum ini mempunyai berat asal 97 kg tetapi berjaya lenyapkan hampir 20 kg dalam masa 8 bulan. Kini berat badannya adalah 57 kg.
Berat asal.
Menurutnya hikmah PKP tahun lalu menyebabkan dia bertekad untuk menurunkan berat badan dan itu adalah antara kenangan paling manis buatnya.
Setelah mendapat berat ideal, dia sudah boleh melakukan aktiviti seperti melompat, makan secara rileks dan mencuba resipi yang disukai.
Antara tip diamalkan olehnya untuk mendapat berat sebegitu adalah dengan melakukan aktiviti brisk walk bermula 2 km kemudian 3 km sehari.
Berjaya hilangkan 20 kg dalam masa 8 bulan.
Dan sekarang ini apabila tubuhya sudah jadi ringan, dia boleh berjalan sehingga 5 km atau 7 km sehari tanpa sebarang masalah.
Ads
Selain itu dia juga turut menjaga pemakanannnya dengan mengamalkan pengambilan diet suku-suku separuh.
Tubuh jadi semakin ringan.
Ini antara yang menjadi hidangannya sepanjang menjalani tempoh diet berkenaan. Panduan bagi yang mahu mengikut cara dilakukan gadis ini dan pastinya tidak mustahil anda juga akan mendapat berat badan ideal.
Memiliki tubuh badan langsing dan berat ideal memang jadi idaman setiap wanita. Namun bukan mudah untuk mencapainya tanpa usaha dan disiplin yang tinggi.
Seperti perkongsian gadis ini @zarbellaa di twitter memberitahu diet dilakukannya hingga berjaya menurunkan berat badan sehingga 20 kg hanya dalam masa 4 bulan.
Tanpa mengamalkan diet ekstrem dan masih mengambil nasi tetapi dalam portion sedikit dan dalam masa sama dia elak terus mengambil gula atau sesuatu yang manis. Hasilnya terdapat perubahan dalam bentuk fizikalnya.
Berjaya hilangkan 20 kg
Hanya diet selama 4 bulan saja
Diet simple, minum air 8 gelas sehari & elakkan gula terutama susu pekat
Ambil nasi dalam portion kecil & banyakkan makan daging
Untuk bab senaman pula, pilih lompat bintang, sit up
Boleh kurus dan jadi tinggi
Cara yang simple untuk kurus, jadi boleh mulakan sekarang
Cantik jelitanya Reen Rahim pada malam berinai, macam artis Bollywood air wajahnya. Itu pun satu anugerah juga.
Haa.. buat bakal pengantin yang nak naikkan seri pengantin waktu atas pelamin, anda mesti teruja dan tercari-cari petua cantik yang buat nampak wajah nampak fresh.
Bayangkan kalau tetiba ada salah tetamu yang datang tegur, “Nampak penat je pengantin, tak cukup tidur ke?” Hah, sudah!
Maklumlah macam-macam persiapan yang anda buat sebelum majlis tiba, pasti ada yang kurang cukup tidur dan terlepas untuk prep kulit wajahnya.
Eh, semua pengantin nak nampak cantik walau akan dimekap. Mesti nak nampak natural beauty di hari persandingan.
Makan kelopak mawar merah setiap hari menjelang 44 hari sebelum majlis. Amalkan untuk nampak berseri seri setiap hari. Nanti muka anda mesti glowing habis masa hari pernikahan tu.
2. 30 hari menjelang hari bahagia.
Jadikan rebusan daun sireh sebagai masker and pencuci muka anda menjelang 30 hari sebelum hari bahagia anda. Air rebusan daun sireh ni boleh elakkan jerawat dan ruam juga.
3. Hirisan timun sebagai eyemask.
Hirisan timun yang sejuk ni boleh hilangkan eyebag and dark circle di mata anda yang penat tu. Tiada istilah mata panda lagi!
4. Lobak sebagai masker muka.
Lobak merah kaya dengan vitamin E boleh bantu anda hilangkan parut dan buat muka lebih berseri bila atas pelamin nanti. Amalkan, ya.
5. Air kelapa tua membantu melembabkan wajah.
Ramai yang tak tahu, air kelapa tua ini boleh melembabkan muka dan buat muka glowing!
6. Tidur secukupnya.
Pastikan sibuk mana pun anda, tidur mesti kena cukup 8 jam. Terutamanya menjelang 30 hari sebelum majlis. Anda kena dapat rehat yang cukup.
7. Jangan lupa luangkan masa ke pusat kecantikan.
Menjelang 14 hari sebelum majlis, anda boleh ke spa untuk manjakan diri dan dapatkan ketenangan supaya masa majlis nanti anda nampak lebih bertenaga dan berkeyakinan.
8. Minum air putih 2 liter sehari.
Ini penting, pastikan anda minum air mineral 2 liter sehari untuk elakkan kulit kering dan badan sihat menjelang majlis nanti.
9. Ambil supplement untuk meningkatkan tenaga.
Boleh ambil vitamin atau energy booster untuk pastikan anda sihat dan nampak bertenaga sepanjang majlis berlangsung.
10. Pakai wangi-wangian
Sentiasa pakai haruman untuk naikkan confidence level anda dan semakin berseri pada hari bahagia. Jangan pilih yang kuat sangat baunya, just nice.
Salah satu dikatakan senaman paling berkesan untuk mendapat tubuh yang sihat adalah dengan melakukan tabata.
Sebelum melakukan latihan tabata dan mendapat manfaat sama kesannya seperti berjoging selama 40 minit, ada beberapa perkara penting untuk anda ketahui.
Apa Itu Latihan Tabata?
Ia merupakan kaedah senaman (High Intensity Interval Training) yang diolah berdasarkan kajian pada tahun 1996 oleh Dr. Izumi Tabata dan rakan-rakan dari National Institute of Fitness and Sports, Tokyo.
Kaedah/Protokol Latihan Tabata Seperti:
1. Warm-up (memanaskan badan)
2. Senaman yang ultra-intensif pada 170% daripada VO2 (20 saat)
3. Diikuti dengan rehat yang minimal (10 saat)
4. Ulangi langkah 2 hingga 3 untuk 8 set (Jumlah masa = 4 minit)
5. Warm-down (sejukkan badan)
Huraian Mengenai Kaedah/Latihan Tabata
Latihan Tabata adalah sejenis HIIT yang menerapkan nisbah 2:1. Latihan yang berlangsung hanya selama 4 minit ini (240 saat) terbahagi kepada 8 bahagian atau set. Setiap set pula terbahagi kepada 2 fasa, iaitu fasa pecut selama 20 saat (sprint phase) dan fasa rehat selama 10 saat (rest phase). Kitaran ini berterusan sebanyak 8 kali (Jumlah masa = 4 minit).
Untuk 20 saat yang pertama, anda haruslah melakukan sesuatu senaman itu pada intensiti yang paling tinggi (do it all out!).
Sekiranya anda ingin menerapkan Latihan Tabata dalam larian, maka dalam tempoh 20 saat itu juga anda perlu berlari pecut sekuat hati seperti Usain Bolt, sebelum diikuti dengan rehat selama 10 saat (boleh berjalan lenggang ‘itik pulang petang‘ sebentar).
Apabila jam randik di tangan sudah cukup tempoh 10 saat, anda harus terus berlari pecut lagi untuk 20 saat berikutnya, dan proses ini berulang sebanyak 8 kali. Boleh anda bayangkan?
Keberkesanan Tabata
Menerusi kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Tabata, atlet yang menggunakan kaedah ini selama 4 kali seminggu berserta 1 kali kardio konsisten (jogging) didapati mengalami peningkatan kapasiti aerobik* dan anaerobik sama seperti mereka yang pulun berjogging selama 5 kali seminggu.
Sedangkan latihan kardio seperti jogging yang biasa mungkin makan masa sekurang-kurangnya 40 minit, tetapi kaedah Tabata hanya memakan masa hanya 4 minit sahaja!
Sangat pendek bukan? Sesuai untuk mereka yang berkerjaya dan terlalu sibuk untuk bersenam. Malah iklan di TV3 pun jauh lebih panjang tempohnya daripada itu. Mana nak dapat senaman yang hanya selama 4 minit, kemudian habis sesi senaman untuk hari tersebut. Mungkin anda tidak percaya, tetapi itulah kelebihan Latihan Tabata.
Dipercayai, kesan daripada melakukan latihan Tabata tidak terhad kepada peningkatan stamina sahaja, tetapi pembakaran kalori (menerusi peningkatan kadar metabolisma) juga adalah hampir sama dengan mereka yang pulun berjogging setiap hari. Selepas ni, jangan terkejutlah jika terdengar boleh turun 5kg dalam masa seminggu. Rahsianya? Tabata 4 minit sehari sahaja!
Bersediakah Melakukan Tabata? (AMARAN!)
Mungkin bunyinya seperti mudah, 4 minit itu berapalah sangat, bukan? Maka adalah yang berkira-kira ingin mencuba kaedah Tabata selepas ini.
Untuk melakukan Tabata, jantung anda haruslah benar-benar kuat, dan betul-betul fit. Sekiranya kalau berjogging selama 20 minit tanpa henti pun dah semput, maka anda mungkin boleh mula melupakan kaedah Tabata ini, sehingga stamina/jantung anda benar-benar mantap menghampiri keupayaan seorang atlet.
Anda juga perlu memastikan yang diri anda benar-benar sihat, dan dapatkan pengesahan daripada doktor atau jurulatih peribadi (jika ada) sebelum melakukan Tabata.