Hetty Koes Endang Suka Minum Kopi, Sampai 12 Cawan! Tapi Ini Caranya

Share

Rupanya penyanyi evergreen Indonesia, Hetty Koes Endang seorang pencinta kopi. Hebat ya, walau sudah berusia 60-an tetapi masih lepas minum kafein.

Tetapi ada caranya, walau boleh minum banyak tetap kena ada ‘syarat’. Jom kita tengok apa rahsianya itu.

 

Hetty Koes Endang Suka Minum Kopi Hitam

Memetik perkongsian portal SINDOnews.com, Hetty sangat menggemari kopi hitam dan tidak boleh menggantikannya dengan minuman lain.

“Saya pun tak tahu (kenapa suka kopi). Jadi kalau beli kopi macam air minum,” kata Hetty.

Tanpa ragu, Hetty mengakui bahawa dia boleh minum sehingga 12 cawan kopi sehari.

 

Tanpa Gula Lebih Elok

Namun, penyanyi senior ini menegaskan kopi yang diambilnya adalah kopi hitam tanpa gula.

“Kalau Afi (anak Hetty) tak halang, Ibu (Hetty) boleh minum 12 cawan (kopi) sehari. Tapi tak campur gula, cuma kopi hitam,”

tambah Hetty.

Pun begitu, kini Hetty mula mengurangkan tabiat ini dan kerap mengambil air putih.

Biarpun gemar meminum kopi, Hetty tetap menjaga kesihatan dan mengakui tidak pernah mengadu sakit perut yang sering dialami oleh pencinta kopi.

“Ibu ada pemeriksaan berkala, alhamdulillah, insya-Allah tidak mendapat sakit perut,” katanya.

Selain rutin pemeriksaan kesihatan, Hetty juga mengakui dia turut menerapkan pemikiran positif demi mengekalkan kesihatan fizikalnya.

“Rutin pemeriksaan Ibu setiap 6 bulan.

“Tiada apa-apa rahsia pun yang penting kita enjoy dan berfikiran positif kerana ia akan memberi kesan kepada badan.

“Lagipun Ibu dah tua,” akhirinya.

Tumpang bahagia melihat gaya hidup Bonda Hetty Koes Endang, elok lah cedok yang baik-baik untuk diri kita juga. Semoga dirinya sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan awet muda.

Published by
Nadia