Emosi ‘Koyak’ Bila Berat Terlebih. Wanita Berjaya Langsing Lepas Tukar Ambil Suku Nasi!

Share

Tidak dinafikan, apabila mengalami pertambahan berat badan akan menyebabkan emosi seseorang itu juga turut terganggu.

Apatah lagi apabila melihat bentuk badan tidak langsing seperti sebelumnya. Jika tidak tahan memang mental akan koyak.

Ini juga yang berlaku pada wanita ini, Elly Naureen dari sahabat Diet Suku-Suku Separuh yang mengalami pertambahan berat badan disebabkan pemakaian implanon.

Emosi ‘Koyak’

Sebelum

Artikel Lain: Enjoy ‘Journey Diet’, Ambik Superfood & Rajin Workout. Rahsia Berjaya Kurus Dalam Tempoh Singkat!

Bukan itu sahaja, perubahan hormon juga turut berubah di mana rambut mula gugur teruk dan selera makan juga bertambah.

Situasi ini menyebabkan kenaikan berat badan mendadak dan penurunan metabolisme. Apabila situasi ini berlaku menyebabkan empunya badan rasa tidak selesa dan mengubah cara hidup dan pemakan.

Namun tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan berat badan ideal. selama hampir dua tahun, dia akhirnya berjaya mengurangkan sebanyak 13kg.

Bila Berat Terlebih

Jika berat asal adalah sekitar 76-75kg, tetapi beratnya kini adalah 63kg dan target untuk mendapat berat sehingga 58kg.

Ada yang bertanya bagaimana dia yang berketinggian sekitar 162cm melakukan proses diet ini. Adakah melalui cara mengira kalori.

Selepas

Wanita Berjaya Langsing

Artikel Lain: 6 Sudu Makan Bukan Penentu Turun Berat Badan. Pakar Dietition Jelaskan Sebabnya!

Menurutnya dia tidak pernah mengira kalori cuma memastikan portion diambil adalah dalam kadar suku-suku separuh.

Bukan itu saja, dia turut mengubah gaya hidup daripada tidur lewat kepada tidur awal.

Lepas Tukar Ambil Suku Nasi

Mengambil minuman air kosong berbanding manis sebelum ini. Begitu juga tidak mengambil snek seperti ais krim, kek dan menukarnya kepada buah-buahan serta salad sihat.

Paling memberi kesan apabila menukar pengambilan nasi daripada 2 pinggan sebelum ini kepada 1 pinggan dan terus kepada suku sahaja.

Selain itu menurutnya, kawan-kawan juga banyak membantu proses diet ini dan disiplin serta yakin jadi kunci kepada kejayaan menurunkan berat badan.

Artikel Lain: 100 Peratus Diet Lakukan Exercise & Jaga Makan. Rahsia Wanita Lenyap 30KG Tak Sampai Setahun!

Published by
Siti Zurina Mat Saman