DVT Boleh Jadi Punca Kematian. Rupanya Wanita Sarat Hamil, Alami Masalah Kesihatan Sebelum Meninggal!

Share

DVT Boleh Jadi Punca Kematian. Rupanya Wanita Sarat Hamil, Alami Masalah Kesihatan Sebelum Meninggal! Wanita yang sedang hamil sebenarnya terdedah dengan pelbagai kemungkinan sepanjang tempoh kehamilan.

Justeru itu, mereka ini diingatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dari awal kehamilan hingga waktu untuk melahirkan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini seperti kematian.

DVT Boleh Jadi Punca Kematian

Dalam perkongsian Public Health Malaysia mendedah salah satu wanita hamil yang mengalami masalah Deep Vein Thrombosis (DVT) atau pembekuan darah beku di saluran darah boleh menyebabkan kematian.

Artikel Lain: Diserang Muntah, Cirit Birit, Rupanya Simptom Cyst & Hamil Luar Rahim. Almy Nadia Selamat Jalani Pembedahan!

DVT merupakan pembentukan darah beku di dalam saluran darah (vena) yang biasanya berlaku di bahagian betis atau peha.

DVT boleh mendatangkan bahaya dan kematian apabila darah beku pecah dan dibawa melalui saluran darah ke paru paru. Situasi ini dikenali sebagai PE (Pulmonary Embolism)

Apakah punca?
– Berusia lebih 60 tahun
– Mempunyai berat badan berlebihan
– Mempunyai urat varikos (saluran darah bengkak di kaki)
– Perjalanan yang jauh lebih daripada 3 jam dengan kapal terbang, kereta atau kereta api
– Sedang hamil atau jika anda telah melahirkan bayi dalam tempoh 6 minggu
– Mengalami dehidrasi

Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera jika ada gejala DVT, alami sesak nafas atau sakit dada.

Wanita Sarat Hamil, Alami Masalah Kesihatan Sebelum Meninggal

Baru-baru ini viral kematian mengejut seorang wanita sarat hamil telah mendapat perhatian ramai. Dia yang hamil anak kelima telah pergi bersama bayi yang dikandungnya.

Sebelum dijemput Ilahi, arwah Aizura Zulkifli sempat menulis posting memberitahu situasi dirinya seperti mengalami simptom ‘angin tak lepas’ yang berkaitan dengan pernafasan dan penghadaman.

Nikmat bernafas, nikmat membuang air besar, nikmat kentut. Antara nikmat yang jarang kita syukuri kerana setiap hari dapat melakukannya tanpa masalah.

Bangun pagi sahaja sudah boleh menghirup udara segar. Masuk tandas boleh membuang air seperti biasa.

Sejak semasa membuka buku pink (mendaftarkan kehamilan) tempoh hari, aku sudah terbatuk-batuk kecil. Jururawat ada bertanya masa tu, tetapi aku beritahu sebab muntah lepas gosok gigi, maka tekak tidak selesa. Rupa-rupanya batuk itu bukan sekejap sahaja.

Batuk-batuk ini menyebabkan aku semakin mengah untuk bernafas hinggakan rakan sepejabat beranggapan aku berjogging.

Apabila batuk semakin teruk, apa yang dimakan semua aku muntahkan semula. Semuanya. Aku jadi tidak berselera untuk makan selepas itu. Muntahkan makanan, tidak makan, maka aku tidak membuang air besar

Beberapa hari selepas itu, Selasa 18 OKtober, aku batuk, mengah dan sakit dada sebelah kanan. Kahak pula ada sedikit darah. Aku ke klinik dan doktor berikan ubat batuk herba sahaja. Sarannya jika sakit dada keterlaluan boleh ambil paracetamol. Ubat lain memang tidak sesuai.

Hari Khamis, rasa agak baik dan ada selera makan. Jadi pada paginya makan bihun di pejabat. Tengah hari aku makan limau sejuk, selepas makan limau rasa tidak selesa pada dada kanan. Bukan rasa ketat dada tetapi sakit mencucuk. Aku agak ini angin.

Khamis malam sudah mula rasa tidak larat, beritahu suami tetapi beliau seperti berbelah bahagi untuk balik, ada urusan lagi.

Artikel Lain: Berat Turun Mendadak Lepas Buat Bariatrik. Penampilan Terbaru Alyah Makin Cantik & Langsing!

Aku sudah tidak kisah kalau suami tidak balik, aku boleh telefon sahaja ambulans. Anak-anakm Yam dengan Haajar pandai-pandailah jaga diri. Aku tidak boleh berbaring, rasa sangat sakit. Tiada posisi yang selesa dan hanya boleh tidur duduk sahaja. Setiap kali tarik nafas dan batuk akan rasa sangat sakit pada dada.

Sebelum Subuh, suami sampai Johor, sekitar pukul 4.00 petang dadaku sangat sakit, nafas tercungap. Apabila tarik nafas dlam, dirasakan seperti ditikam. Aku buat keputusan untuk ambil ubat paracetamol, maka berkurangan sedikit rasa sakit. Tidak boleh tidur langsung, hanya pejamkan mata menahan sakit.

Pada Jumaat aku sekali lagi ke klinik. Oksigen turun sedikit maka doktor bagi rawatan nebulizer. Aku diberikan ubat sembelit juga kerana sudah seminggu tidak membuang air besar.

Alhamdulillah kini aku sudah boleh bernafas agak baik.Cuma kalau baring masih tidak selesa. Tarik nafas dalam pun ada rasa mencucuk dada, jadi aku bernafas pendek sahaja.

Semua aktiviti melibatkan otot dada dan perut seperti batuk, bersin, muntah, menguap, tarik nafas dalam, semuanya membuatkan aku rasa sakit. Kahak pada waktu pagi masik ada darah pekat. Agaknya aku batuk kuat sangat.

Aku tidak penah hadapi situasi seperti ini. Penyakit refluks asid (gastroesophageal reflux disease – GERD) atau apakah ini, memang tidak pernah.

Aku memang sudah berhenti minum kopi, kurangkan makanan gluten keranan rasa kembung selepas makan. Makanan tinggi histamin memang jarang ambil sepanjang kehamilan kerana aku memang ada isu berkaitan makanan itu.

Doakan aku sihat seperti biasa, gambar aku masa sakit sangat buruk. Aku masih tidak buang air besar, doakan ya. #catatanpregnantdiusia40.

Aizura dalam hantaran lain turut berkongsi degupan jantungnya laju dan rasa hendak pitam. Malah beliau berkongsi sakit pada kaki kanan dan terpaksa berjalan terhincut.

“Sakit kaki kanan dan mula kejang pada betis. Semasa memasak tempoh hari sedikit terpelecok. Urut sendiri, selepas urut esoknya rasa sakit hinggakan tidak boleh berpijak atas lantai. Doktor berikan ubat tahan sakit dan ubat surut bengkak, tetapi tidak makan

“Perasan ada biji pada tapak kaki, siang tadi memang sakit sangat. Kawan kata biji itu angin. Biji angin pada tapak kaki? Bagaimana hendak pecahkan, aduhai seksanya. Kaki kiri pun sudah mula sakit kerana berjalan tidak seimbang.

Takziah untuk keluarga arwah dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Artikel Lain: Tak Sampai Seminggu Bersalin, Dah Tampil Cantik & Cergas. Dr. Amalina Dedah Tip Pantang Lebih Sihat!

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman