Sebelum ini pelakon Shima Anuar memberitahu dirinya akan berehat seketika dari dunia seni kerana mahu beri tumpuan pada kehamilan anak ketiga.
Namun kita merancang Tuhan juga menentukan apabila hasrat untuk menimang anak ketiganya tidak kesampaian apabila disahkan hamil luar rahim.
Perkara ini disahkan oleh Shima Anuar melalui laman Instagramnya dan pelakon ini masih berada di dalam unit rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan bagi menggugurkan kandungan berusia 3 bulan di sebuah hospital dua hari lepas.
Dia juga turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan mengharapkan yang baik-baik sahaja.
Manakala dalam posting terbaru, Shima turut berkongsi pengalaman mengerikan selain membuatkan dirinya hampir kehilangan nyawa.
“Doktor cakap, saya hampir kehilangan nyawa. Saya mengalami kekurangan darah sehingga 2.5 liter. Tekanan darah saya 60/30 dan wajah saya kelihatan sangat putih dan pucat.
“Tetapi saya sangat berterima kasih pada Dr. Susanna yang merawat. Ia adalah satu pengalaman yang mengerikan, memang sakit sangat-sangat.
“Sampai tak boleh bergerak, tak boleh bercakap. Selepas proses pembedahan selesai, saya dah tak respons, doktor beritahu. Disebabkan itulah, kena masuk unit rawatan rapi (ICU) dan buat pemindahan darah,”.
Ads
Katanya lagi, sebelum ini dia tidak pernah tahu kehamilan luar rahim itu begitu sakit sehingga boleh menyebabkan ibu mengandung kehilangan nyawa.
“Tetapi, syukur Alhamdulillah, sekarang semuanya selamat. Cuma sakit itu masih ada. Kena potong di tempat jahitan luka pembedahan Czer dulu. Tapi sakit sekarang lagi sakit daripada Czer itu.
“Namun tak apalah. Anggap saja ini ujian dan dugaan. Saya reda”.
Untuk pengetahuan, Shima telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Dolih Toha, 54 tahun.
Dan hasil perkahwinana mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Mariam Sophia 3 tahun dan Mikhael Imaan, 2 tahun.
Ads
Perkongsian ini turut mendapat reaksi warga maya. Masing-masing mendoakan kesejahteraan peakon ini dan kembali sembuh seperti sebelumnya.
noradanish Allahuakhbar, semoga terus kuat sayang ku
eykafarhana Get well soon akak sayang
nadiaannuar Omg babe…get well soon. Strong mummy. sending hugs love and doa for you
nyati39 yes ectopic pregnancy is a medical emergency…kalu pecah d fallopian tube tu ia sgt bahaya…pendarahan ke dalam abdomen…tube tu xboleh expand byk ++ mcm rahim kita…Alhamdullilah Shima selamat dgn ikhtiar n usaha Dr dan izin Allah…get well soon…
syakirahkhairii InshaaAllah ada hikmahnya .. be strong Shima Anuar ! We love you so much
Mendaki gunung sudah menjadi trend aktiviti riadah yang popular. Tiada kekangan gender atau usia dalam melakukan aktiviti sukan lasak ini.
Jika dahulu mendaki gunung hanya dilakukan oleh segelintir masyarakat tetapi kini ramai yang sudah mula menunjukkan minat.
Namun, masalah mula melanda apabila mereka yang baru (beginner) berjinak-jinak untuk mendaki ini tidak melakukan persiapan yang sempurna. Ya, persediaan fizikal adalah sangat penting untuk memulakan sebuah pendakian.
Tips senaman atau sukan yang boleh dilakukan sebagai persiapan sebelum mendaki gunung.
1. Bermula dengan senaman kardio
Kardio adalah senaman yang paling penting dilakukan sebagai persediaan sebelum mendaki gunung. Senaman kardio bukan sahaja boleh membantu membakar lemak di tubuh tetapi boleh memperbaiki sistem paru-paru, melatih otot jantung dan melancarkan peredaran darah. Jika dilakukan dengan betul, sistem pernafasan akan lebih teratur dan tubuh menjadi ringan untuk mendaki gunung. Antara yang boleh dilakukan adalah;
Joging setiap pagi atau petang
Jogging adalah senaman kardio yang paling mudah dan penting untuk dilakukan. Ini kerana dengan joging dapat memperkuatkan otot kaki dan menyediakan otot kaki ini dalam ekspedisi pendakian. Otot kaki menjadi kuat dan tidak cepat letih. Jika otot kaki tidak dilatih sejak awal pasti sukar untuk meneruskan pendakian lebih-lebih lagi jika melalui jalan yang sukar dan mencabar.
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum ekspedisi pendakian sudah mula joging setiap hari. Jika tidak pagi cuba joging di waktu petang atau malam. Namun, tips yang perlu dilakukan adalah setiap hari jarak yang ditempuh mesti bertambah setiap hari. Buat permulaan cuba sasarkan jarak larian sejauh 500 meter. Hari demi hari tambah jarak larian sehingga sekurang-kurangnya 800 meter. Pasti otot menjadi kuat dan bersedia untuk memulakan pendakian.
Kayuhan basikal
Selang empat hari sekali boleh diselang-selikan berbasikal dengan joging. Sebagai permulaan mungkin boleh berbasikal sekitar kawasan perumahan atau taman yang berdekatan. Tetapi, untuk sesi yang berikutnya cuba mengayuh basikal di kawasan yang berbukit. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan membiasakan kaki untuk melalui kawasan yang berbukit atau mendaki bukit. Memang jika ingin mendaki memerlukan aktiviti memanjat bukan?
2. Latihan ringan
Melakukan senaman kardio memang sudah memberi penyediaan kepada otot kaki dan tubuh untuk melakukan aktiviti pendakian. Namun, pasti akan lebih baik sekiranya melakukan latihan ringan lain agar dapat menguatkan otot kaki dan juga tubuh secara keseluruhan.
Latihan turun naik tangga
Fokus utama ketika mendaki dan menuruni gunung bukan hanya pada kekuatan otot kaki dan stamina semata-mata. Kekuatan kaki yang berjalan pada jalan, seperti tanah, batu dan pasir perlu dikuasai. Jika sudah mempunyai kekuatan ini, apa sahaja cabaran ketika mendaku pasti dapat ditempuhi.
Latihan turun naik tangga ini jika dijadikan sebagai rutin harian di rumah atau di pejabat boleh menguatkan otot kaki. Apatah lagi jika selepas berjoging, melakukan latihan turun naik tangga ini. Lakukan selama 10 minit setiap hari.
Otot paha kuat dengan squat jumps
Kemantapan kaki dan kekuatan otot paha juga boleh dilakukan dengan latihan squat jumps. Bila waktu yang sesuai dilakukan latihan ini. Sebaik sahaja selepas berjogging cuba lakukan lompatan ini. Jika dilakukan dengan konsisten pasti dapat memiliki otot paha yang lebih kuat. Tips, selepas selesai 1 set squat jumps rehat selama 10 saat untuk set yang seterusnya. Boleh lakukan sebanyak empat set.
Bina otot tangan dengan push up
Ketika mendaki bukan sahaja memerlukan kekuatan otot kaki malah mendambakan kekuatan otot tangan. Kekuatan otot tangan juga perlu dilatih untuk menyeimbangkan diri dan membantu memanjat atau merangkak ketika menempuhi sasaran untuk ke puncak. Latihan push up secara rutin setiap hari boleh membantu dan menjadi salah satu alternatif untuk menguatkan otot tangan. Selepas jogging atau mengayuh basikal lakukan latihan push up ini. Jangan memaksa diri melakukan di luar kemampuan. Lakukan perlahan-lahan dan mengikut kemampuan. Apabila sudah biasa mungkin hanya dengan satu tangan pun boleh melakukan push up.
Latihan back up untuk belakang
Mendaki gunung bukan membawa diri semata-mata. Perlu menggalas beg untuk membawa makanan atau apa sahaja keperluan di puncak gunung. Oleh itu, persediaan bahagian belakang juga perlu diperkuatkan. Latihan tambahan diperlukan untuk memperkuatakan bahagian belakang iaitu back up.
Latihan pernafasan
Pernafasan yang lancar dan teratur sangat penting ketika mendaki. Ini kerana berjalan dengan jarak yang jauh, membawa beban yang berat dan jalan yang mencabar pasti membuat nafas kencang dan tidak teratur. Itu belum lagi termasuk perbezaan tekanan udara yang berbeza ketika di awal pendakian sehingga ke puncak.
Cara yang paling baik dilakukan adalah dengan latihan pernafasan. Senaman pernafasan yang paling mudah adalah dengan aerobik. Cukup hanya dilakukan tiga kali seminggu untuk membantu pernafasan yang teratur.
Satu lagi cara yang membantu pernafasan yang teratur adalah dengan berenang. Berenang selama dua kali seminggu bukan sahaja membantu latihan pernafasan malah boleh membantu menguatkan otot kaki dan juga tangan.
Manfaat Mendaki Gunung
Meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru
Kebaikan mendaki gunung salah satunya adalah dapat meningkatkan dan menjaga kesihatan jantung dan paru-paru. Perjalanan mendaki sambil membawa beban akan mengepam jantung dengan lebih cepat dan memberi beban kepada paru-paru lebih daripada biasa.
Melatih daya tahan tubuh
Keadaan alam sekitar yang ekstrim, cuaca yang sejuk di atas pergunungan dan kekangan makanan yang terbatas melatih daya tahan tubuh. Pendaki gunung biasanya boleh membentuk diri keluar daripada zon selesa. Itu yang membuatkan pendaki gunung mempunyai daya tahan yang kuat untuk melawan cabaran dunia yang sebenar.
Meningkatkan daya ingatan
Mendaki gunung juga boleh membantu meningkatkan daya ingatan seseorang kerana mendaki gunung tergolong dalam sukan yang santai. Lingkungan ahli kumpulan yang pelbagai menemukan pengalaman baru dan meningkatkan perasaan yang riang gembira.
Ektra!
Jika berkesempatan cuba bersenam atau bersukan seawal pukul 4 pagi kerana untuk membiasakan tubuh pada cuaca yang sejuk. Ini kerana jika terpaksa bermalam di kawasan puncak biasanya udara sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang.
Bagi anda yang ada masalah kulit kusam, kering, dan jeragat tebal wajib cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Puteri Kasim yang dikatakan jimat tetapi berkesan.
Sebenarnya rawatan ini dipanggil Hydrating Mask Scrub. Anda boleh amalkan hydrating mask ini untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah.
Petua Rawat Kulit Kusam, Kering Dan Jeragat Tebal
Cara – caranya:⠀
1. Sediakan sebiji tomato. Tomato ini boleh digunakan sehingga 3 kali. Setelah itu, korek isi tomato tersebut.⠀
2. Masukkan 2 sudu beras hancur untuk dijadikan scrub muka. Anda tidak perlu membasuh beras terlebih dahulu ya. ⠀
3. Masukkan Yogurt asli untuk kesan optimum, anda boleh lakukan detox skin dan detox body.
4. Masukkan 1 sudu madu asli.
5. Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga sebati. Dia agak cair sikit boleh je nak tambah beras kalau tak cukup.
6. Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam.⠀
7. Sapukan campuran bahan-bahan tadi dan biarkan 15 minit atau 20 minit.
Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati. Sangat elok hydrating mask digunakan dalam suhu yang sejuk.
⠀
Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus. lebih segar.⠀
8. Selepas 30 minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.⠀
9. Untuk proses yang terakhir, boleh sapukan ais ke kulit wajah anda untuk menambahkan kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik.⠀
⠀
Jika anda memang tak rajin nak pakai skincare yang belum tentu selamat untuk wajah, eloklah cuba petua ini ya. Sekurang-kurangnya anda ada usaha untuk jaga kulit wajah dengan cara jimat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rupanya bagus bagi anak makan epal merah waktu pagi, salah satu cara untuk hilangkan mengantuk katanya.
Ini satu bonus untuk anda uruskan anak-anak yang jenis mengantuk waktu pagi, yang jenis monyok depan meja makan!
Biasanya setiap pagi mak-mak akan berperang dengan masa untuk uruskan anak-anak yang payah bangun pagi. Ada saja drama air mata anak-anak, itu belum lagi yang jenis mandi lama dalam tandas.
Makan Epal Merah Elak Mengantuk
Jangan risau, sebab anda boleh cuba tip makan epal merah bagi mengurangkan mengantuk si kecil yang dikongsi oleh pengguna Facebook Ainini Zainal.
Anak Selalu Mengantuk Waktu Pergi Sekolah?
Anak-anak tidak perlukan kafein daripada minuman kopi dan sebagainya untuk mereka segar ke sekolah.
Bagi mereka epal merah. Yang hijau kurang sesuai untuk perut anak-anak waktu pagi.
Antara kebaikannya;
• Epal adalah caffeine-free, mempunyai natural sugar yang memberikan kesan serupa seperti kafein pada badan.
• Khasiat vitamin daripada epal akan bertindak sebagai bahan yang akan ‘stimulate’ badan anak untuk segar dan tak buat mereka mudah mengantuk.
• Lebih kurang 13g natural sugar ini, tidak seperti kafein, yang biasanya akan mencetuskan isu seperti ‘mood swings’ atau ‘anxiety’ bagi sesetengah yang mengambil kopi. Khasiatnya amat banyak.
• Badan anak rasa bertenaga sebab tenaga daripada ‘natural glucose’ itu dan ia dihadamkan dengan baik di samping baik untuk sel-sel badan anak.
• Epal kaya nutrien, vitamin, phytonutrients, antioksidan dan serat yang membantu badan kekal cergas.
• Nak jadikan epal sarapan setiap hari pun bagus sangat, sebab ada lebih kurang 90 kalori (kalau saiz sederhana), kiranya untuk sarapan sebelum ke sekolah tu ok sangat.
• Sistem penghadaman anak juga lebih sihat dengan pengambilan epal pada waktu pagi.
Tak susah, bukan? Sesekali boleh masukkan epal dalam bijiran yang anak makan buat sarapan. Atau mungkin boleh jadikan bekal untuk anak anda dapat khasiat buah epal merah itu. Rugi tak cuba, ini salah satu gaya pemakanan sihat juga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!