Bertahun solat atas kerusi, sebab malu nekad turunkan berat badan. Hasilnya rakan terkejut! Sebelum ini penat dirinya berdepan dengan kecaman body shamming disebabkan masalah berat badan melampau.
Bukan itu saja paling menakutkan berat badannya naik hampir 35KG dalam tempoh 3 tahun. Malah semakin berusia beratnya makin bertambah dan ini memang sangat mengejutkan.
Menurut Nor Azeera Mazlan ketika belajar, dia juga cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan tetapi hasilnya hanya sementara. Hanya turun sekitar 5KG dan kemudian terus putus asa untuk meneruskan perjuangan diet.
Artikel Lain: Hikmah Sakit 2 Tahun Dulu, Bonda Rozita Strict Jaga Makan. Kurus Sampai Boleh Sarung Baju 20 Tahun Lalu!
Sebelum itu juga dia turut berdepan masalah hampir dua tahun solat di atas kerusi walaupun usianya masih muda.
Malah jika solat di masjid, terasa begitu malu apabila ditanya makcik di sana penyakit dialami kerana terpaksa solat atas kerusi.
Namun disebabkan keazaman yang kuat untuk kurus, dia akhirnya berjaya melawan perasaan malas dan bertangguh untuk tekad berdiet.
Siapa sangka dalam masa 17 bulan berjaya melenyapkan hampir 61KG berkat kesabaran dan konsisten.
Artikel Lain: Setahun Jaga Makan, Baru Dapat Berat Ideal. Rahsianya, Diet Suku-Suku Separuh & Brisk Walk Tanpa Jemu!
Tidak perlukan pengambilan produk untuk kurus, sebaliknya hanya join Grup Diet Suku-Suku Separuh dan melebihkan pengambilan eat clean.
Memulakan diet sekitar tahun 2021, daripada berat asal 137KG akhirnya berjaya mendapat berat terkini 76KG.
Walaupun perjalanan diet agak lambat tetapi lebih selamat tanpa sebarang pengambilan produk kurus. Kini dia begitu selesa menggayakan baju mengikut saiz diingini dan berpotongan longgar berbanding sebelumnya sukar mencari baju bersesuaian.
Pesannya pada yang mahu memulakan diet, usah bertangguh. Jika bertangguh berat makin naik dan lebih sukar untuk menurunkan berat badan.
Ternyata perubahan besar yang berlaku ini sangat mengejutkan teman-temannya kerana mereka tahu sebelum ini jika dia diet pasti gagal.
Dia juga sebenarnya turut berterima kasih pada mereka yang body shamming dirinya kerana dari situ jadi motivasi untuk membuktikan dia juga mampu berubah dengan memiliki berat badan diingini.
Artikel Lain: Malas Bersenam Sebab Masalah Baju. Jenama Ini Tawar Outfit Sesuai Dari Saiz XXS Ke XXL!