Berjaya Sarung Baju Saiz M, Melly Goeslaw Dedah Rahsia Jadi Kurus Tanpa Guna Produk

Share

Setiap wanita pastinya inginkan berat badan ideal. Lebih-lebih lagi jika mereka adalah golongan selebriti.

Dan terbaru ramai memperkatakan tentang penampilan penyanyi dan penulis lirik dari negara seberang Melly Geoslaw yang dikatakan semakin langsing dan cantik.

Jika dulu penyanyi bersuara lunak ini dikatakan mempunyai berat badan berlebihan dan mengenakan baju bersaiz XXL, tetapi kini tampil bergaya dengan baju bersaiz M.

Ternyata pelantun lagu Jika dan Ketika Cinta Bertasbih ini sangat beza bentuk fizikalnya dan sangat yakin dengan dirinya sendiri.

Melalui entri di Instagram miliknya, pada awal Februari lalu, Melly telah memuat naik foto dirinya sambil menulis bahawa tubuhnya kini lebih kurus dan sihat.

Rahsianya adalah beliau menjalani program diet dengan seorang doktor pemakanan yang terkenal iaitu Dr Cissie Nugraha.

“Saya secara berkala akan berjumpa dengan doktor iaitu setiap seminggu sekali.

“Sebenarnya, saya tidak pernah menggunakan apa-apa jenis produk sekalipun, proses diet saya dibantu oleh doktor pemakanan sahaja,” tulisnya.

Pun demikian, dalam entri sama, Melly tidak mengira berapa kilogram penurunan berat badan yang telah dilaluinya.

Melly hanya mengatakan bahawa sekarang saiz gaunnya telah banyak berubah.

“Dulu saya berukuran XXL, sekarang sudah bertukar menjadi saiz M,” tulisnya.

Bagaimanapun, ujar Melly, banyak produk pelangsingan badan dan diet yang mengaitkan namanya secara sembarangan seolah-olah dirinya mengamalkan produk tersebut.

“Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah menggunakan produk itu. Hasil penurunan berat badan kini benar-benar hanya dikendalikan oleh Dr Cissie Nugraha sahaja,” jelas Melly lagi.

Jadi bagi mana-mana mereka yang inginkan berat badan ideal, pilihlah pihak yang berkaitan agar tidak ada kemudharatan lain kelak.

Kredit Foto: Instagram Melly Goeslaw

Artikel Berkaitan:

Menangis Tengok Saiz Badan Dulu, Gadis Ini Dedah Rahsia Berjaya Turunkan 24 KG Dalam Masa 4 Bulan!

Wanita Ini Kongsi Menu Diet Sihat Lengkap Sebulan, Hasilnya Suami Berjaya Lenyapkan 20 KG

DIY Masker Guna Putih Telur, Rahsia Camila Cabello Jaga Kecantikan Wajah

Published by
Siti Zurina Mat Saman