Tidak dinafikan proses menurunkan berat badan bukanlah satu perjalanan diet yang mudah.
Banyak pantang larang dan godaan nafsu makan perlu kita tepis dalam merealisisakan impian mendapat berat ideal.
Kena sanggup bertahan dan berdisiplin untuk berberapa bulan demi memastikan segala yang diusahakan dari hari pertama berhasil.
Seperti perkongsian wanita ini, Nurul Asmah Nordin yang berjaya melenyapkan hampir 10 kg dalam masa 4 bulan.
Artikel Lain: Strict Jaga Portion Makan, Rahsia Wanita Ini Boleh Sarung Baju Size XS Syawal Kali Ini
Dia yang memulakan diet November lalu dengan berat sekitar 83 kg dan kini beratnya sudah pun mencecah 73 kg dengan ketinggian 54 cm.
Hanya mengamalkan diet suku-suku separuh dengan latihan workout 3 hingga 4 kali seminggu dia berjaya menurunkan berat badannya. Masih lagi berazam untuk turunkan lagi berat untuk misi raya nanti.
Ayuh, ikuti perkongsiannya melalui page Diet Suku-Suku Separuh.
Menurukan berat badan bukan sesuatu yang mudah.
Tapi saya dapati, diet suku suku separuh ini sangat enjoy dan tidak menyeksakan. So, dengan tekad & azam yang ada, saya mulakan juga perubahan ini.
Saya hari-hari akan jenguk Page ni untuk mendapatkan suntikan motivasi. Seumur hidup saya inilah kali pertama saya mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Setakat ni saya masih positif dan belum mahu mengalah kerana BMI belum Normal. Target saya sebelum Raya, Kurus, sihat dan Cantik
My Journey:
– Start 26 Nov 2021 berat 83 KG
– Now 73KG
– Tinggi 154 cm
– SSS Portion
– Workout 3-4 Kali Seminggu dalam 30mins-1 Jam (Cardio) nnt nak try weight Training plak
– Air Masak 2-3 Ltrs sehari
– 10K Steps sehari
– Cut gula 90% sebab kadang seminggu sekali makan dessert, kadang tak
Artikel Lain: Doktor Dedah Rahsia Pesakit Usia 51 Tahun, Tiada Masalah Kolesterol & Maintan Awet Muda
– Jaga Calories Deficit
– Cut Minyak
Mari teruskan perjuangan & semoga kita semua istiqomah wlupn kekadang ada juga cheat day @ cheat meals
Artikel Berkaitan: