Berjaya Kurangkan 10kg Dalam Masa Dua Bulan, Ini Rahsia Raffi Ahmad Makin Aktif & Sihat!

Share

Demi kesihatan diri, selebriti terkenal Raffi Ahmad berjaya menurunkan berat badan yang mencapai 75kg kepada 65kg dalam masa tidak sampai dua bulan.

Menggunakan kaedah diet Intermittent Fasting (IF) Raffi berjaya mengurankan 10kg beratnya dalam tempoh yang tidak lama.

Memetik perkongsian CNN Indonesia, aktor tersebut berusaha untuk menjaga bentuk badan agar masih kelihatan relevan dalam industri.

Kata Raffi, perubahan tersebut secara tidak langsung membuatkan dirinya berasa lebih sihat dan tubuhnya menjadi semakin aktif.

“Sekarang berasa lebih segar, sebaik sahaja bangun tidur sudah tidak berasa pening, tetapi menjadi lebih lincah,” katanya.

Selain keadah IF yang dilakukan, ini antara tip lain yang menjadi rahsia Raffi berjaya kurangkan berat badannya.

  1. Waktu tertentu

Menurut Raffi, sejujurnya beliau tidak menghadkan sebarang pengambilan makanan.

Meskipun mahu makan nasi lima pinggan atau ayam goreng 20 ketul.

Rahsianya, makan mengikut waktu yang ditetapkan iaitu 11 pagi hingga 2 petang, 12 tengah hari hingga 3 petang dan 12 tengah hari hingga 4 petang.

Tempoh masa tersebut perlu dilakukan mengikut minggu dan berubah mengikut penurunan berat badan.

  1. Air putih

Pastikan pengambilan air putih yang banyak untuk mengelakkan rasa lapar.

  1. Berehat

Bukan sahaja amalan diet serius, Raffi turut mendapatkan rehat yang cukup.

Setelah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kg, Raffi menjalani diet yang lebih ringan termasuk makan pada waktu malam.

Oleh itu, meskipun selebriti mereka tetap individu biasa yang perlu berusaha keras untuk mencapai matlmat.

Tiada istilah jalan mudah apatah lagi ‘potong Q’ lebih-lebih lagi melibatkan soal penjagaan kesihatan.

Sumber: SinarPlus

kredit foto: Instagram raffinagita1717

IKLAN