Untuk turunkan berat badan cara sihat bukan sahaja perlu bersenam, tetapi paling penting kena kawal pemakanan.
Senaman hanyalah 20 peratus faktor saja dan selebihnya memang seseorang kena ubah cara pemakanan.
Walaupun sukar untuk mengawal nafsu makan, tetapi lama kelamaan akan terbiasa dan jadi rutin. Hasilnya berat akan berkurangan sedikit demi sedikit.
Jika sudah berjaya turunkan berat badan, pasti banyak perkara menggembirakan boleh dibuat salah satunya lebih selesa dan mudah untuk beribadat selain mendapat tubuh yang sihat.
Dalam satu perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri, nikmat sihat memang nikmat yang menggembirakan.
Saya masih ingat masa pertama kali ditahan di wad Hospital Kuala Lumour (HKL) kerana suspected sakit jantung, tekanan darah saya ialah 146/92. Hari tu pulak tepat pada hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 16 tahun.
Mana tak panik. Semua orang panik. Wife saya terlebih lagi panik.
Masa tu berat badan saya hampir 90 kilogram (kg) kot. Dada selalu sesak nafas. Tidur berdengkur kuat.
Hari ni berat badan saya sekitar 76 kg saja. Tekanan darah pulak semakin baik. 118/75 saja.
Isnin ini rutin check up di Klinik Kesihatan Gombak. Tak sabar hendak tunggu apa kata doktor. Excited semacam rasanya.
Nasihat saya kepada semua lelaki yang berat badan melimpah keluar, jom kita turunkan berat badan. Berat badan turun, dengan sendirinya kesihatan akan jadi tambah baik.
Kalau orang tanya apa petua saya, saya bagi yang mudah-mudah saja.
Tinggalkan gula dalam minuman. Potong terus. No excuse.
Terbaik ialah minum air kosong saja.
Ada 2 kesan bila kita tinggalkan tabiat suka minum air manis ni. Berat akan turun dan perut buncit akan hilang.
Belajar puasa lama-lama. Takde kos. Belanja pun jimat. Siap dapat pahala lagi. Dapat maintain Isnin, Khamis dan 3 hari putih, itu dah dalam 11 hari setiap bulan kita berpuasa.
Senaman, jogging, walk out, pergi gym dan seumpama dengannya hanyalah mewakili tidak lebih dari 20% faktor penurunan berat badan. 80% ialah ubah, kawal dan jaga tabiat makan yang betul.
Yang terakhir, selalu ingat ni. Nikmat makan hanya sementara. Tapi nikmat sihat selama-lamanya. Dengan tubuh yang sihat, macam-macam kerja dan ibadah kita boleh buat dengan lebih bermutu lagi.
Best kan?
#KAB – Doakan buku saya “Ustaz Wajib Kurus” cepat siap dan terbit –
Artikel Berkaitan:
Bahaya Dongakkan Kepala Jika Hidung Berdarah. Doktor Pesan Buat 5 Langkah Mudah Hentikan Pendarahan!
Mental Lebih Sihat & Bantu Mantapkan Stamina Antara Kebaikan Senaman Renang
Hati-Hati Pilih Produk Nak Putih & Kurus. Gadis Terlantar Di Hospital Sebab Hati Bengkak!