Ramai yang tahu penyanyi Elyana telah menjalani rawatan radioterapi sekitar Jun lalu.
Dia juga turut menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya hingga menyebabkan berat badan naik hingga 7 kg.
Namun begtu, melalui petkembangan terbaru di laman sosial Instagram, Elyana memberitahu beratnya kini semakin menurun sehingga 35 kg.
Menerusi satu entri dikongsikan di Instagram, Elyana seolah meluahkan rasa sakit apabila memuat naik video berkenaan dengan lagu Sepi dendangan Yuni Sahara.
Sementara itu, dalam satu entri di Insta Story, Elyana seolah tidak dapat menahan rasa sakit namun terpaksa disembunyikan untuk keluarga tersayang.
Dia juga turut memberitau semua bahagian tubuhnya sakit dan berlanjutan selama 10 tahun.
Namun begitu, Elyana dilihat sangat positif berdepan dengan masakan kesihatan di hadapinya.
Melalui perkongsian di IGSnya, Elyana memberitahu dia berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan dirinya melalui Direct Message (DM) dengan memberi kata-kata semangat dan mengenai dirinya.
Dia juga memberitahu semua agar tidak perlu risau kerana dirinya masih baik walaupun setiap hari sakit. Elyana juga berkata selagi ada daya dia akan terus bertahan.
Dalam pada itu, penyanyi Tapak Sulaiman ini juga mohon doakan dirinya diberikan kekuatan semangat yang luar biasa daripada Allah untuk meneruskan kehidupan dan juga untuknya menggembirakan orang di sekelilingnya.
Sebelum ini, Elyana yang sudah hampir 10 tahun menghidap kanser limfoma tahap empat dan baru saja menjalani rawatan radioterapi pada bahagian hati dan pinggul bagi mengubati kanser dihidapinya.
Semoga Elyana akan terus kuat menghadapi dugaan ini dan sebaik muat naik posting, warganet turut mendoakan kesembuhannya.
ahwaa97 Ya allah.. Berikan lah kesembuhan kepada kak elyana…. Engkau yg maha berkuasa… Engkau yg maha penyembuh segala penyakit… Sembuhkan lah penyakit nya ya allah…. Aminn….
syafiqabaj Moga elle sembuh dan kuat
dellaxdelaila Stay strong sistur. Ur super woman
damiiii_4 Moga Allah beri kesembuhan dan kekuatan pada kak El. Stay strongest!
bardrina_7980 smoga Allah SWT permudahkan semuanya buat Ell & stay strong…Aamiin YRA
susipadzil Moga adik terus kuat..moga Allah permudahkan segala urusan adik…aamiin3xyra
Kredit Foto: Instagram Elyana
Artikel Berkaitan:
Walau Alami Pecah Lidah & Ulser Kesan Rawatan Radioterapi, Tapi Berat Elyana Kini Dah Naik 7kg
11 Tahun Hidap Kanser Limfoma, Berat Tinggal 35KG. Elyana Kini Jalani 10 Hari Rawatan Radioterapi!