Bella Dally Jaga Makan Untuk Kulit Cantik, Rajin Bersenam Demi Hidup Sihat

Share

Manis dan punya aura tersendiri, Bella Dally berkulit cantik dan cukup pandai jaga badan walau usia semakin meningkat.

Aktif dalam menggayakan fesyen tudung, Bella memiliki kulit wajah yang bersih dan lembut membuatkan sesiapa sahaja yang memandang tak jemu melihatnya.

Malah, wanita kelahiran Sabah ini lemah-lembut saat mengatur bicara lantas menyerlah keperibadian seorang wanita Melayu yang beradab dan sopan.

Bella Dally Jaga Makan Dan Suka Bersenam

Apabila digali tentang rahsia cantiknya, wanita ini tak loket berkongsi gaya pemakanan dan amalan hariannya.

“Saya suka pakai produk hidrasi. Sebab sebelum ini kulit saya bermasalah juga tapi selepas selalu pakai hydration mask serum kulit menjadi lebih baik.

 

Foto: Instagram @belladally

Sebelum ini saya suka pakai tiga benda ini sahaja pembersih, penyegar dan pelembap. Tapi bagi saya itu tidak cukup kena pakai topeng wajah dan serum baru nampak perubahan. Ketika photo shoot

saya memang kena banyak mekap dan saya pastikan kulit benar-benar besih daripada sebarang solekan. Saya hanya pergi facial hanya bila perlu sahaja.

Ambil Nasi Dan Gula Tapi Kurangkan

Ya, Bella memang jaga makan dan bersenam. Siang makan nasi dan tak pernah sekat pengambilan makanan.

Tapi kurangkan makanan segera serta makanan berminyak dan gula. Tubuhnya memang sensitif dengan gula. Jika terlebih gula memang boleh rasa badan cepat naik.

Jadi jika anda nak tubuh maintain slim dan berwajah cantik tanpa masalah jerawat daj jeragat, kawal pemakanan yang diambil dulu ya. Dari dalam akan biaskan pada luaran kita, mesti cantik cara sihat!

Published by
Nadia