Masih cantik berambut panjang, pelakon wanita, Aida Aris mempunyai aura tersendiri dalam usia meniti usia 50 tahun.
Dia yang pernah menjadi dambaan ramai kerana kejelitaan yang dimiliki, personalilti ini tidak hanya berbakat dalam dunia lakonan tetapi juga turut mahir dalam bidang kulinari.
Masih menerima tawaran berlakon dan bergiat aktif sebagai anak seni, jelitawan ini turut memanfaatkan kelebihan yang ada dengan menceburi bidang perniagaan.
Jika dulu, dia pernah menjual aksesori pelengkap gaya wanita menerusi jenama Paku, kini bekas peragawati berkenaan merupakan peniaga makanan atau dessert.
Berkongsi sedikit tentang gaya hidup dan tip cantik menerusi satu video Keluarga, kata Aida dia memang jenis aktif suka bergerak. Kata mudah jenis tak boleh duduk diam dan tak akan sesekali tidur siang.
“Alhamdulillah, Allah bagi saya okay dalam umur macam ni. Yang penting sihat.
“Saya sebenarnya suka bergerak, tak suka duduk. Dan saya tak suka tidur siang. Bila dah bangun, saya tidak akan tidur siang melainkan sakit atau pening kepala.
“Saya juga bayak minum air, tak suka minum ais. Minum air panas tak kira pagi siang atau malam memang suka minum panas. Amalkan air putih dan makan nasi macam biasa,” kongsinya.
Sekadar info, Aida mendirikan rumah tangga dengan Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain yang merupakan bekas Ketua Pramugara Malaysia Airlines pada 4 September 2010.
Kemunculan Aida Aris dalam industri seni bermula sekitar lewat 90an dan bakat lakonannya masih mendapat tempat dalam arena ini. Salah satu drama popular yang melonjakkan nama figura ini ialah Bulan Bintang Capricorn pada tahun 1999.
Kredit: Aida Aris