Sebenarnya tidak kira berapa usia kita dalam usaha memastikan bentuk badan sentiasa kekal sihat dan langsing.
Seperti perkongsian wanita ini Puan Dzuriasikim Dzulkefli yang sudah mencecah usia 52 tahun, tetapi masih bertenaga melakukan pelbagai aktiviti dalam memastikan berat kekal ideal.
Ikuti perkongsiannya kepentingan menjaga kesihatan dan antaranya adalah bagi memudahkan ibadah dan kerja-kerja rumah.
FAEDAH MENJAGA KESIHATAN DAN 10 TIPS UNTUK WANITA LEBIH CERGAS, BADAN SIHAT DAN RINGAN, MUDAH SOLAT DAN LAKUKAN KERJA-KERJA RUMAH
Oleh kerana terlalu banyak pertanyaan tentang TIPS kecergasan saya akan cuba jawab dalam tulisan ini.
Pada usia yang hampir mencecah 52 tahun, Alhamdulillah saya masih mampu untuk melakukan banyak aktiviti termasuk sukan lasak.Malah saya masih boleh melakukan aktiviti pendakian atau “hiking” di sepanjang bulan Ramadhan ini tanpa berasa letih.
Saya yakin semua wanita sangat inginkan untuk menjadi lebih sihat dan cergas.Apabila kita rajin bersukan dan bersenam, badan juga akan lebih mudah menyahkan toksin (detox) dan ianya sangat membantu untuk menjadikan kita menjadi lebih segar dan bermaya serta awet muda!
Apa yang paling penting adalah kesihatan yang optimum.Dan jika dapat mengekalkan berat badan yang ideal ianya adalah bonus yang terbaik.
Berat badan yang tidak berlebihan juga akan membantu untuk memudahkan pergerakan termasuk melakukan ibadah.Jika tidak sihat sudah tentu kita masih boleh meneruskan ibadah dengan cara yang dibenarkan.
Namun, alangkah besar nikmatnya apabila kita masih mampu bangun pada malam hari dengan mudah, melakukan sujud dan rukuk dengan cara biasa, kerana ianya akan memberikan kepuasan jiwa yang sangat optimum dalam beribadah.
Kesihatan yang baik juga sangat penting dalam membahagiakan pasangan.Memudahkan wanita untuk menguruskan kerja-kerja rumah dengan lebih mudah dan cergas.
Wanita yang berstatus ibu pula adalah idola bagi anak-anak.Jadi, adalah sangat bagus jika seorang ibu dapat menunjukkan contoh yang baik dalam penjagaan kesihatan badan dan diri bagi anak-anak mereka.
Ads
Memiliki badan yang sihat dan cergas juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri.Tidak kira samada di tempat kerja atau untuk berada di dalam “circle” apa pun….
Dalam apa sahaja situasi samada kita bekerja makan gaji atau berkerja sendiri jika tidak sihat, banyak urusan akan tergendala dan menjejaskan prestasi kerja.
Kecergasan juga adalah sebahagian dari keterampilan diri.Cara kita berjalan, melakukan tugasan, semuanya akan berubah apabila badan kita cergas.Malah “body language”, struktur badan, “body positioning” juga akan menjadi lebih baik.Dan ya, apabila badan cergas, otak akan lebih sihat juga dan kita akan lebih positif serta ceria.
10 TIPS UNTUK WANITA LEBIH CERGAS DAN SIHAT
1.DAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL
Memang mencabar tetapi seboleh mungkin cuba usahakan.Jika badan kita terlalu berat atau melebihi berat yang ideal, kita mungkin sukar beribadah walaupun belum sakit.Kaki akan mudah lenguh kerana beban berat badan yang bertambah.Pergerakan akan terbatas.Jadi ini adalah tips yang paling utama untuk menjadi cergas.
2.JAGA PEMAKANAN
Tidak kira sebanyak mana aktiviti sukan yang kita lakukan dan suka jenis apa serta sebanyak mana kalori yang kita mampu bakar setiap hari, jika pengambilan makanan tidak dijaga kita susah untuk kurus.Jadi, mesti berhati-hati dengan jenis makanan yang diambil.
Untuk permulaan, anda boleh elakkan pengambilan gula dan karbo.Ambil makanan seperti sayur, buah-buahan, ikan, tofu.Anda juga boleh memilih untuk berpuasa secara penuh (seperti orang Islam berpuasa) atau melakukan “intermittent fasting”.
3.SET KAN TARGET DAN MINDA
Tetapkan dalam hati dan minda yang kita nak jadi lebih sihat, lebih cergas, lebih ringan badan, lebih bersemangat, nak ubah diri, supaya dapat menjalani hidup dengan lebih berkuali.Anda pasti boleh!
Ads
4. LAWAN RASA MALAS
Mesti rajin dan mesti lawan segala perasaan malas dan suka bertangguh.Usah tangguhkan esok atau minggu depan untuk berdiet dan bersukan.Kerja bertangguh tidak akan menjadi.
5. PILIH CIRCLE YANG BETUL
Pilih rakan-rakan atau circle yang mementingkan penjagaan kesihatan, yang juga ingin turunkan berat badan, yang suka memilih makanan sihat, yang gemarkan bersukan.Jika tidak, diet anda akan “ke laut” nanti.
Bayangkan jika kawan-kawan sering mengajak anda untuk mencuba menu baru di restoran atau minum teh tarik sambil lepak setiap malam atau memilih aiskrim bersalut cokelat yang manis setiap kali anda memesan makanan!
6.PASANGKAN NIAT YANG BETUL
Niatkan untuk menjaga kesihatan diri kerana untuk memelihara anugerah kesihatan yang Allah pinjamkan.Untuk memudahkan kita beramal.Untuk suami supaya lebih disayangi dan dihargai.
Untuk anak-anak.Untuk berikan yang terbaik kepada diri.Untuk kecapi hidup dengan lebih bermakna.Setiap kali rasa tidak bersemangat, ingatkan diri kita semula segala niat asal kita.
7.MULAKAN AKTIVITI SECARA BERPERINGKAT
Mulakan aktiviti anda dengan sesuatu yang lebih ringan.Jika perlu dan mampu anda boleh ambil khidmat tenaga pengajar.Jika tidak, memadai dengan membuat pendakian ringan, berjalan kaki atau menaiki tangga.Jangan mudah putus asa.Jangan cepat mengalah.Jangan buat separuh jalan.Lakukan dengan bersungguh dan berterusan.
Ads
8.BANGUN SEAWAL PAGI DAN TERUS MANDI
Usah sambung tidur walaupun pada hari minggu.Bangun awal pagi, mandi dan terus sarungkan pakaian sukan anda.Jujurnya, itulah yang saya lakukan hampir setiap hari kecuali jika ada mesyuarat formal. Apabila kita berada dalam keadaan siap (ready) kita akan lebih bersemangat.Cubalah…
9.DAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI DAN CUKUP
Ini sangat penting untuk persiapan minda, tenaga dan emosi bagi anda bersukan pada keesokan hari dan hari seterusnya.Jaga tidur anda dengan baik.Tidur yang baik tidak semestinya tidur pada waktu yang panjang.Tetapi cubalah dapatkan tidur yang berkualiti.Matikan telefon bimbit anda.Elakkan dari tidur di hadapan televisyen.Tutup mata.Dan tidurlah…
Kekurangan tidur akan mengganggu mood anda, mengganggu kadar metabolism badan, kesihatan jantung, sistem imunisasi badan dan boleh menghasilkan hormon stress!
10.MINUM AIR DENGAN SECUKUPNYA
Minum air dengan cukup ini sangat penting kerana ia akan membantu badan kita agar kekal sihat.Air adalah “pencuci” semulajadi bagi organ badan dan sistem penghadaman.Air juga akan membantu untuk mengeluarkan toksin dari badan melalui peluh dan urine. Jika nak kan badan yang lebih cergas, minum air dengan cukup ya.
TIPS TAMBAHAN:KAWAL EMOSI DAN STRESS ANDA
Jika masalah tekanan emosi dan stress ianya akan sangat mengganggu minda.Cuba kawal emosi dan tangani stress dengan sebaik mungkin.Bila kita stress badan dan minda akan menjadi lesu dah tidak bermaya.
Ikutilah semua tips mudah ini dengan berdisiplin.Jika dilakukan dengan berterusan, anda boleh lihat hasilnya dalam masa dua minggu pertama.Ingat, umur bukanlah penghalang untuk kita kekal cergas dan sihat.
Saya kongsikan sebahagian dari gambar aktiviti hiking saya sepanjang Ramadhan.
Mendengar suaranya yang serak-serak basah, terus terbayang seraut wajah jelita milik empunya diri, Zizi Kirana.
Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil ini bertuah dianugerahkan seraut wajah yang tidak bermasalah dan sangat mulus kala usia mencecah 40-an.
Zizi Kirana Pilih Petua Tradisional, Minum Jus Kunyit Untuk Kekal Cantik Usia 40-an!
Menurut pelantun lagu Eh? ini, bagi Zizi kecantikan membawa pengertian yang berbeza bagi setiap orang.
Dari sudut pandangan penyanyi itu, ia semuanya bermula dari dalam diri, ditambah dengan diet pemakanan sihat dan merajinkan diri melakukan senaman.
Rupanya sekitar tahun 2018, Zizi pernah mengisytiharkan dirinya ‘bermusuh’ dengan nasi, namun kini segalanya sudah berubah.
“Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
“Jika mempunyai masa terluang saya membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus.
“Saya gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana seperti yang dikatakan tadi, saya tidak gemar ke spa kecantikan,” jelasnya yang turut berkongsi tip penampilan untuk kekal anggun dan jelita.
“Pada saya, penjagaan penampilan itu penting dan seharusnya bermula dari dalam.
“Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, saya juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan.
“Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, saya juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan,” katanya yang turut mengamalkan pemakanan jamu tradisional jamu untuk penjagaan dalaman.
“Sejak dahulu lagi saya mengamalkan meminum jus kunyit sebagai minuman kesihatan. Kaedah ini merupakan cara tradisional dan mudah untuk melakukan sendiri di rumah untuk menjaga kesihatan,” tambahnya yang hanya akan lakukan aktiviti fizikal seperti senaman ringan seminggu sekali.
Nampaknya masih ramai yang tidak mengambil suntikan dos penggalak kerana beranggapan sudah lengkap dengan menerima suntikan dua dos sahaja.
Namun itu belum menjamin kita tidak mudah dijangkiti virus Covid-19. Apatah lagi dengan penyebaran varian omicorn yang menyebabkan kita perlu ambil dos penggalak ini sebagai satu langkah pencegahan.
Ayuh ikuti perkongsian Dr. Arisman kenapa kita perlu mengambil suntikan dos penggalak ini.
Doktor Jelas Sebab Kenapa Kena Ambil Dos Penggalak
Kenapa dos penggalak sangat-sangat disarankan untuk diambil segera mungkin? Kenapa negara-negara lain juga malah majoritinya juga mengambil langkah yang sama memberikan dos penggalak kepada rakyat mereka??
Kerana kajian demi kajian telah membuktikan. Bukti data membenarkan apa realiti sekarang sedang berlaku. Kajian peringkat global juga sudah banyak dan kita boleh jadikan rujukan. WHO dan CDC juga menyarankan dos penggalak untuk diberikan bagi melawan jangkitan kuman Covid-19 khasnya pada gelombang varian Omicron ini mengganas.
Begitu juga jika individu yang mempunyai kekebalan tubuh melalui natural immunity iaitumendapat antibodi selepas dijangkiti Covid-19, tahap perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 juga menurun selepas 3 bulan.
Dan vaksinasi diperlukan kerana ianya satu-satunya cara paling selamat untuk kita merangsang sistem imun tubuh bagi menghasilkan antibodi (askar) sebagai pelindung melawan jangkitan kemudian hari.
Semua orang pasti tak mahu dengan sukarela mendapat jangkitan alami dari Covid-19 semata2 mahu dapatkan kekebalan tubuh secara alami, kan? kerana cara itu adalah bahaya dan memudaratkan diri (dilarang dalam agama) kerana kita tak tahu sama ada jangkitan alami yang berlaku itu hanya ringan atau sedang atau boleh jadi jangkitan sangat teruk sehingga menyebabkan kematian.
Khas buat anda yang baru nak belajar mekap, boleh cuba beberapa produk yang dicadangkan. Mesti lah murah sebab itu anda boleh cuba. Apa yang penting, bebas merkuri dan selamat untuk diguna.
Jom tengok apa yang Puan Nur Sumyyah cadangkan kali ini, katanya sangat sesuai untuk golongan B40 cuba.
Sesuai Kalau Nak Belajar Mekap, Golongan B40 Pun Boleh Cuba!
Wardah – SPF 30
Sebelum keluar rumah, wajib pakai sunscreen dulu. Dan yang ini anda boleh jadikan sebagai primer. Nanti solekan akan nampak lebih glowing!
Wardah Colorfit Matte Foundation
Kalau cuba yang ini, teksturnya lebih cair tetapi bila blend, jadi smooth macam velvety. Malah produk ini medium coverage.
Wardah Exclusive Liquid Foundation
Jenis tekstur matte. Sangat ringan bila pakai dan tak mengeringkan kulit. Medium to high coverage juga.
Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation
Kalau anda suka mekap nampak matte, tak berkilat bagai, boleh guna yang ini ya. Cantik sangat bila gabungkan dengan wardah foundation.
Wardah Colorfit Mattifying Face Powder
Haaa… kalau ambil yang ni, pastu tak bercapuk walau anda berpeluh. Yang best, boleh cover pori-pori dekat muka tu sekali.
Wardah Colorfit Perfect
Medium to hight coverage, yang mana boleh tutup parut dekat muka. Sangat ringan dan tak rasa macam pakai mekap!
Wardah EyeXpert Aqua Lash Waterproof Mascara
Sesuai untuk anda yang baru nak belajar bersolek dan senang nak cuci ya.
Wardah Colorfit Cream Blush
Jika anda nak naikkan seri wajah, boleh sapu ini. Warnanya cantik sesuai buat blusher.
Wardah Colorfit Last All Day Lip Paint Cream Matte
Tekstur sangat ringan macam tak pakai apa dan cepat kering.
Wardah Colorfit Velvet Matte Lip Mousse
Terpaling digemari oleh anak gadis, sebab banyak warna cantik dan selesa bila pakai. Tahan lama juga.
Wardah Everyday Blush On Blusher
Ini kalau nak bawa pergi ke mana-mana senang, masuk saja dalam beg mekap. Warnanya cantik ya, tak terlalu terang bila sapu ke pipi.
Nampaknya semua orang boleh mula melawa raya kali ini. Dengan harga yang murah dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. Nanti cuba tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!