Ada ramai yang minat bidang hiburan tetapi kurang yakin nak teruskan sebab risau dengan masa depan dan pandangan orang luar.
Jangan begitu, hakikatnya ramai juga selebriti Malaysia yang cemerlang dalam SPM. Ini membuktikan bahawa kejayaan dalam bidang hiburan tidak semestinya mengabaikan pendidikan.
Berikut adalah beberapa orang artis wanita yang telah mencapai keputusan SPM yang membanggakan.
Mereka adalah contoh terbaik bahawa dengan usaha dan komitmen, seseorang boleh mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua bidang. Kisah kejayaan mereka memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk terus berusaha mencapai impian mereka tanpa mengabaikan pentingnya pendidikan.
1. Erysha Emyra (9A)
Pelakon yang kian popular, Erysha Emyra, 25, mendedahkan dirinya merupakan pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan SPM 9A pada tahun 2016.
Bekas pelajar Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur (SAB) itu menjelaskan, beliau terpaksa menangguhkan pengajian ke peringkat Universiti atas komitmen kerjaya sebagai anak seni.
2. Neelofa (10A)
Usahawan, personaliti dan pengacara terkenal, Neelofa atau nama panjangnya, Noor Neelofa Mohd Noor, merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.
Ads
Memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006, Neelofa antara selebriti contoh yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan tersebut.
3. Mira Filzah (8A)
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur ini membuatkan ramai kagum akan kejayaannya dari sekolah sehingga ke peringkat Universiti.
Nur Amirah Filzah Badioezaman antara selebriti yang disifatkan ‘Beauty with Brains’, memperolehi keputusan PMR (8A) dan SPM (8A 2B) yang kemudian menyambung pengajian dalam jursan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Terknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
4. Janna Nick (6A dan 2B)
Ads
Isteri kepada Dini Schatzmann, Janna Nick merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pendang, Kedah yang memperolehi keputusan 6A dan 2B.
Sentiasa mencapai kejayaan dari usia muda, Janna Nick kini bergelar pelakon popular dan pengarah malah memiliki aset rumah dan kereta pada usia muda, antara selebriti yang patut dicontohi.
5. Dr. Soo Wincci (7A dan 2B)
Miss World Malaysia 2008, Dr. Soo Wincci antara selebriti Malaysia yang memiliki keputusan cemerlang dan pengajian tinggi di Malaysia.
Meraih 7A dan 2B, Dr. Soo Wincci melanjutkan pengajiannya ke peringkat tinggi, antaranya berkelulusan undang-undang dari Universiti Reading (UK), pemegang MBA dari Universiti Sunshine Coast dan kini, graduan doktor falsafah PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.
Ads
6. Ezlisa Loy (7A dan 2B)
Pelakon yang juga adik kepada Elfira, Ezlisa Loy mendapat keputusan 7A dan 2B dalam SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein On (2)
Ezlisa berjaya peroleh keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan pada tahun 2013. Beliau memperoleh A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Agama Islam dan Sejarah. Sementara ‘B’ bagi mata pelajaran Biologi dan Kimia.
7. Wani Kayrie (7A)
Penyanyi, Wani Kayrie mencatat keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pelajar aliran seni Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya, itu memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Information and Communication Technology (ICT) dan Tasawwur Islam.
Jadi, anda yang berminat dalam hiburan, jangan malas kaut ilmu. Teruskan cita-cita, biar selari minat dengan kejayaan. Cantik yang berilmu, konsepnya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelihatan anggun walau berstatus ibu kepada enam orang anak, Datin Shahida tak kedekut kongsi amalan kecantikannya ketika di rumah dan sepanjang hari.
Tak perlu mekap yang mahal pun, cukup jika amalkan penjagaan wajah yang asas dan haruslah berusaha untuk aktif keluarkan peluh walau cuma sesekali. Apa yang menarik, Datin Shahida sekarang mula aktif masuk gym untuk sihat.
Datin Shahida Kongsi Tip Jaga Kulit
“Jangan tak tahu yang saya dah mula main gym tau. Bukan Datuk Seri Aliff Syukri je nak sado. Isteri dia pun nak badan ketak ketak. Bukan apa, saya rasa penjagaan kesihatan amat lah penting dalam lingkungan umur kita yang mula meningkat ni.
“Rasa sangat perbezaan selepas mula ke gym ni. Badan jadi ringan dan terasa cergasnya apabila melakukan aktiviti seharian di pejabat mahupun di rumah.
“Sebelum ke gym benda yang wajib saya pakai adalah Powder Foundation yang menaikkan seri wajah yang mengandungi SPF 35, ada bedak yang akan membutkan muka kita bertambah glowing dan flawless.
“Saya juga menggunakan lipstik delima untuk mencantikkan warna bibir supaya tidak kusam. Lipstik delima juga boleh digunakan di pipi kerana kaya dengan kolagen untuk menaikkan tulang pipi dan mencantikkan kulit.
“Rasa segar sepanjang hari walaupun seharian melakukan aktiviti riadah,” tulisnya di kapsyen Instagram miliknya.
Fokus Jaga Badan Untuk Sihat
Pada masa sama, Shahida turut memberikan respon terhadap pertanyaan seorang individu mengenai tips penjagaan badan selepas bersalin.
“Kena rajin tunku dan pakai bengkung. Kalau lepas bersalin memang ngeri tengok perut sendiri. Macam tak keluar babynya. Sama sahaja besar,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Shahida yang dilihat bertenaga dan berseri walaupun baru sahaja melahirkan cahaya kata keenam.
Begitulah sedikit perkongsian rutin kecantikan oleh Datin Shahida dalam kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu.
Sekadar informasi, Aliff dan Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Kalau sebelum ini setiap kali Syawal agak sukar untuknya mencari size baju bersesuaian. Tetapi setelah berusaha mendapat berat badan ideal, masalah itu tidak lagi timbul.
Bagi wanita ini Che Raa, dalam tempoh setahun ini (sejak Jan 2020) dia berusaha untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing.
Dan setelah mendapat apa dihajati, berpuas hati kerana tahun ini boleh membeli baju raya mengikut saiz disukai dengan lebih selesa.
Dia telah berjaya hilangkan 20 KG tanpa sebarang produk sejak mengalami kenaikan badan sejak tahun 2017.
Berjaya Turun 20 KG Tanpa Produk
Salam… salam diet ramadan Hehe… mana geng yang dah lost 20kg. Saja nak share…buat semangat sikitt…
Before Ramadan 57-58 kg… sekarang 55-56kg.. tak banyak pun turun .. bulan puasa bulan susah saya nak diet sebab melayan kuih-kuih yang sedap…sebab selain bulan puasa ini…memang tak merasa kuih-kuih..
Tapi tak puasa pun memang berat payah nak turun dah ..nak turun sekilo dekat 2 bulan tau
Cite dia tahun 2020 beraya berat lebih kurang 65 kg..(dah diet dalam 3bulan)
2019 pregnnt…2017-2018 beraya dengan berat 70-78kg..
Tahun 2018 itu pernah menangis lah kat husbnd masa shoping raya… balik tangan kosong..tak beli apa-apa sebab baju yang saya suka semua tak cantik saya pakai…
Baju yang muat selesa untuk pakai semua bukan taste saya pon…
So untuk 2 tahun sihat bam2 tu.. memang beli dan pakai baju yang sekadar muat sahaja…bukan sebab suka pon baju tu…
Untuk tahun ni alhmdulillah …pergi beli baju ..tarik-tarik acu kat badan saja… tak risau tak muat ke ape… so ini la kelebihan badan dah kecil sikitk… masuk sekali je fitting room…pastu tengok baju lain…nak masuk fittng room tak sanggup dah kena beratur kemahin panjang…
*Diet dari jan 2020 sampai sekarang… now masih usaha lagi nak capai 50kg atau 53kg… harap pnghujung 2021 ni capai lah
Rupanya Adira Suhaimi antara selebriti yang melakukan prosedur mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL).
Kalau nak tahu, ini adalah prosedur memotong, mengikat atau memutuskan tiub Fallopian daripada bersambung dengan rahim agar tidak berlaku persenyawaan antara sperma dengan ovum yang boleh menyebabkan kehamilan secara kekal.
Adira Suhaimi Ikat Peranakan
Melahirkan anak keempat pada 2022, pemilik nama Siti Adira Suhaimi, 31, melakukan prosedur berkenaan pada tahun yang sama.
Ujarnya, BTL dilakukan selepas mendapat nasihat daripada pakar sakit puan dan persetujuan daripada suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red.
“Sebenarnya kalau ikut hukum Islam ia adalah haram.
“Namun ia boleh dilakukan jika ada risiko setelah mendapat nasihat doktor dan persetujuan daripada pasangan suami isteri.
“Ia bukan dibuat secara suka-suka. Apa pun hendak dilakukan, perlu berbincang dan dapatkan nasihat pakar dahulu,” ujar Adira.
Keputusan Ini Lepas Perbincangan Dengan Suami
Jelasnya lagi, prosedur BTL yang dilakukan ke atas dirinya adalah kekal.
“BTL yang saya lakukan ini perlu ada persetujuan daripada suami yang dicapai menerusi perbincangan.
“Atas nasihat itu juga saya lakukan BTL dan ia tidak boleh dibuka kembali. Ia (tiub Fallopian) kekal (diikat).
“Ia lebih memudahkan. Kalau tengok feed back daripada wanita-wanita yang melakukan BTL, mereka sangat happy,” katanya dalam temu ramah bersama Astro News.
Pelantun lagu Ku Ada Kamu dan Pujaan Hati ini juga bijak mengatur content media sosialnya dan sering menghasilkan video yang menghiburkan.
Buat Banyak Content Untuk Kekal Relevan
Penyanyi dan ahli perniagaan kelahiran Ranau, Sabah itu mengakui ia dilakukan untuk kekal relevan dan diingati.
“Untuk mengejar (tahap) influencer tidak dapatlah. Jadi kita buat cara kita.
“Sekarang ni rugi kalau tak perform di media sosial kerana macam-macam boleh buat. Sangat rugi jika tidak kreatif dan mengambil peluang menggunakannya.
“Apa yang Adira boleh cakap, rezeki anak-anak. Alhamdulillah tak pernah putus.
“Saya tiada niat untuk bersaing dengan sesiapa, hanya buat apa yang hendak dilakukan.
“Asalkan ia tidak memberikan kesan buruk dan tidak mengganggu sesiapa. Agar kekal diingati, itu yang penting” ujarnya.
Sekadar info, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayoub, 1.