Inspirasi

Memiliki Kulit Tan, Cik Manggis Kongsi Rahsia Jaga Wajahnya

Share

Salah seorang artis wanita yang memiliki kulit tan, Cik Manggis tak kedekut kongsi rahsia jaga wajahnya.

Pemilik nama Nurshazwani Shamsuddin ini dilihat selesa pakai baju longgar. Baik ketika bersantai atau memenuhi undangan program di televisyen, Cik Manggis memilih konsep pakaian tidak ketat dalam persalinan koleksi baju-T oversize.

Corak pemakaian tersebut menjadi pilihan sejak zaman remaja hingga hari ini kerana dia gemarkan konsep bebas.

Cik Manggis Selesa Pakai Baju Longgar

Sebenarnya Cik Manggis selesa menyarungkan baju-T potongan longgar dan besar kerana ini membantu menutup bahagian badan tertentu daripada dilihat orang sekeliling.

“Paling utama, pada bahagian perut tidak kelihatan sendat selepas kita menikmati hidangan yang banyak.

“Maklumlah, saya pencinta makanan dan tidak mengamalkan diet ketat. Cuma saya wajib minum air putih termasuk mengambil sarapan dan makan tengah hari.

“Disebabkan terlalu obses menggayakan baju-T potongan longgar, tidak keterlaluan saya berkongsi tiga perempat di dalam gerobok peribadi saya merupakan koleksi item fesyen berkenaan.”

Selain polos, saya juga memiliki baju-T oversize variasi warna, tekstur dan corak yang lazimnya dipadankan bersama seluar jean atau pun sukan.

Pada masa sama, baju tersebut tidak membataskan pergerakan saya khususnya ketika menghasilkan video tarian atau mengajar menari di Studio 2twenty2 di Sentul, Kuala Lumpur.

Tarian Buat Tubuh Sihat

Berbicara mengenai aktiviti menari, sama seperti aktiviti kecerdasan lain, tarian turut menawarkan pelbagai manfaat tersendiri baik untuk golongan wanita, lelaki mahupun kelompok kanak-kanak.

Jika dihuraikan, kita boleh memperoleh bermacam-macam manfaat apabila mengamalkan aktiviti tersebut secara konsisten dan rutin yang betul. Satu daripadanya membantu menyihatkan tubuh badan untuk kekal bertenaga.

Menari juga membantu mengembangkan otak. Ini bukan sahaja melatih teknik menghafal langkah tarian dengan cepat dan tepat, malah mendorong mempraktikkan rutin berkenaan dalam tempoh masa yang sama.

Kadang-kadang apabila belajar menari, seseorang individu mempunyai masa sejam sahaja untuk berlatih, menghafal dan menterjemahkan langkah satu persatu.

Cara Kekalkan Kelembapan Kulit

Manggis memiliki kulit wajah jenis kombinasi dan kering. Justeru, bagi mengekalkan kelembapan sepanjang hari, maka rutin penjagaan memainkan peranan utama.

“Saya amat menitikberatkan rejim kecantikan bukan semata-mata untuk tampak cantik, tetapi sasarannya memastikan kondisi kulit wajah sentiasa sihat.

“Bagaimana caranya? Mudah sahaja dengan mengaplikasikan produk wajah mengikut turutan disarankan.

Ini tip untuk kurangkan masalah liang pori sekitar T-zone.

“Kemudian, diikuti dengan menyapu toner (penyegar), serum dan krim mata. Selepas itu, disusuli pula krim pelembap siang dan krim pelindung cahaya matahari. Inisiatif tersebut bertujuan mengelakkan kulit terbakar, pigmentasi dan jerawat.

“Pada sebelah malam pula, saya akan memastikan kulit wajah dioles krim malam supaya ia kekal hidrasi, sihat dan anjal keesokan harinya,” kongsinya lagi.

Berkulit tan yang cantik malah pandai jaga auratnya. Apa yang menarik tentang penampilannya, setiap kali keluar rumah, suaminya, Shazmin Firdaus akan membuat ‘spotcheck’ terlebih dahulu terhadap penampilannya agar tidak kelihatan janggal dengan imejnya.

Untung Cik Manggis, ya!

Sumber gambar: Cik Manggis

IKLAN