Inspirasi

Marshanda Turunkan Berat 20 Kilogram, Amalkan Puasa dan IF

Share

Wow, terkejut melihat pelakon dari Indonesia, Marshanda yang nampak semakin langsing dan cantik!

Kongsi Marshanda atau nama sebenarnya Andriani Marshanda, 35, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 20 kilogram sejak setahun lalu dengan melakukan pelbagai sukan.

Marshanda Turunkan Berat 20 Kilogram

“Alhamdulillah sihat, dulu 76 kilogram, sekarang 56 kilogram.

“Saya bersukan seperti bermain badminton, pergi gim dan buat pelbagai jenis sukan, selama setahun,”

katanya.

Buat IF, Tak Makan Pagi

Dalam pada itu, selain bersukan Marshanda mendedahkan dia juga mengamalkan intermittent fasting (IF) bagi menurunkan berat badan.

Malah aktres itu memberitahu perjalanan IF dilakukan itu pada awalnya agak sukar namun selepas lama-kelamaan perkara itu sudah menjadi kebiasaan.

“Selain bersenam, saya juga lakukan IF dan tidak makan dari pagi sehingga tengah hari.

“Mula-mula agak sukar dan saya cuba makan pukul 12.00 tengah hari. Selepas sudah terbiasa sekarang saya mula makan pukul 5 petang sehingga 8 malam sahaja.

“Lama-kelamaan perut saya semakin kempis dan sudah biasa makan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari,” jelasnya.

Tahun lalu, Marshanda terpaksa tambah berat badan sehingga memperlihatkan dirinya nampak lebih berisi bagi watak dalam drama bersiri Induk Gajah.

Jadi buat anda yang nekad nak kuruskan badan, mungkin boleh cuba berpuasa dan amalkan IF macam Marshanda. Kalau konsisten pasti akan dapat hasilnya!

kredit gambar: Insta Marshanda

Published by
Nadia