Wow, terkejut melihat pelakon dari Indonesia, Marshanda yang nampak semakin langsing dan cantik!
Kongsi Marshanda atau nama sebenarnya Andriani Marshanda, 35, dia berjaya menurunkan berat sebanyak 20 kilogram sejak setahun lalu dengan melakukan pelbagai sukan.
Marshanda Turunkan Berat 20 Kilogram
“Alhamdulillah sihat, dulu 76 kilogram, sekarang 56 kilogram.
“Saya bersukan seperti bermain badminton, pergi gim dan buat pelbagai jenis sukan, selama setahun,” katanya.
Buat IF, Tak Makan Pagi
Ads
Dalam pada itu, selain bersukan Marshanda mendedahkan dia juga mengamalkan intermittent fasting (IF) bagi menurunkan berat badan.
Malah aktres itu memberitahu perjalanan IF dilakukan itu pada awalnya agak sukar namun selepas lama-kelamaan perkara itu sudah menjadi kebiasaan.
“Selain bersenam, saya juga lakukan IF dan tidak makan dari pagi sehingga tengah hari.
“Mula-mula agak sukar dan saya cuba makan pukul 12.00 tengah hari. Selepas sudah terbiasa sekarang saya mula makan pukul 5 petang sehingga 8 malam sahaja.
“Lama-kelamaan perut saya semakin kempis dan sudah biasa makan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari,” jelasnya.
Ads
Tahun lalu, Marshanda terpaksa tambah berat badan sehingga memperlihatkan dirinya nampak lebih berisi bagi watak dalam drama bersiri Induk Gajah.
Jadi buat anda yang nekad nak kuruskan badan, mungkin boleh cuba berpuasa dan amalkan IF macam Marshanda. Kalau konsisten pasti akan dapat hasilnya!
Cukup suka melihat perwatakan Sherie Merlis, macam langsung tak dimamah usia walau sudah berusia 50-an. Murah dengan senyuman, itu lah salah satu yang membuatkan air wajah ini awet muda.
Terkenal sebagai anak seni yang tak lekang senyuman di bibir dan bakat lakonan yang mantap, Sherie Merlis atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Abidin masih aktif mewarnai industri seni.
Malah, dia juga menjadi tenaga pengajar FINAS bagi mengasah kemahiran penghayatan lakonan dalam kalangan bakal pelapis baharu.
Walau industri seni hari ini menerima kehadiran ramai muka baharu namun pesona dan kemampuan Sherie sebagai pelakon sentiasa mendapat pujian dan dinanti-nantikan peminat seni tanah air.
Pendek kata, aura ibu empat anak ini masih berbisa. Sherie dilahirkan di Sibu, Sarawak dan khabarnya mewarisi keturunan Arab dan Melayu dari ayah. Manakala ibunya pula berketurunan Melayu dari Indonesia dan Cina.
Sepanjang lebih 30 tahun bergelar anak seni, Sherie berjaya membawa watak dan menggalas karakter yang diberikan dengan sebaiknya.
Komitmen dan disiplin aktres ini dalam kariernya terbukti menerusi i-Tanggang yang menguji kemampuan Sherie melakonkan watak ibu psiko. Pelakon serba boleh!
Sebelum ini dia pernah membintangi filem Leftenan Adnan dan tahun 2022 Sherie muncul dalam filem Tablis Iblis serta Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada Februari 2023.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dan dikurniakan dua anak iaitu Habib Daniel, 29 tahun dan Harith Daniel 28 tahun.
Pada 2 Januari 2012, Sherie bergelar isteri kepada Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau dikenali sebagai Ash. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tengku Kaseh Anaqah berusia 11 tahun dan Tengku Areef Bolkiah, sembilan tahun.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita yang melahirkan anak pasti akan menjalani sesi berpantang selama dalam tempoh tertentu.
Ini adalah bagi proses penyembuhan dan menguatkan tenaga setelah melalui proses melahirkan anak.
Sama juga bagi mereka yang alami keguguran, turut digalakkan untuk menjalani sesi berpantang untuk mengembalikan semula tenaga dalaman.
Namun ada juga yang tidak percaya dengan amalan berpantang kerana dikatakan agak leceh mahu mengikut aturan diberikan terutama oleh mereka dipanggil mak bidan.
Akibatnya seseorang itu boleh mengalami masalah untuk mendapatkan kembali cahayamata.
Ini yang dialami oleh pelakon Nabila Huda yang memberitahu menyesal tidak mengamalkan cara berpantang dengan betul selepas dua bulan mengalami keguguran sebelum ini.
Tambah pelakon berbakat ini, kemungkin disebabkan itu dia sukar untuk hamil lagi pada usia melwati 37 tahun.
Menulis posting di laman Instagram melalui Insta Storynya, Nabil atau Abil memberitahu setiap bulan akan kira hari dan mengharap tetapi tidak sangkut juga.
“Kenapa susah sangat ni? Setiap bulan mesti saya akan kira hari dan mengharap, tapi mesti tak sangkut juga.
“Tapi saya tak adalah kecewa sangat. Saya reda sebab nak bagi rezeki pada kita, Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab. Mungkin belum tiba masanya.”
“Tapi saya tak adalah kecewa sangat. Saya reda sebab nak bagi rezeki pada kita, Dia. Kalau Dia tak bagi, mesti bersebab. Mungkin belum masanya,” katanya.
Tambah pelakon Diva Popular itu, dia beranggapan bahawa kesukarannya untuk kembali hamil berkemungkinan disebabkan faktor tidak menjalani rutin berpantang seperti biasa sewaktu mengalami keguguran.
“Saya betul-betul tak tahu dan menyesal sangat. Mungkin itu adalah salah satu punca kenapa tak boleh hamil? Benci kan bila dah mula negatif.
“Okey, kena positif. Saya kena pulihkan apa yang patut. Boleh kan walaupun kita dah lama keguguran tapi nak ganti balik pantang tu? Masih tak terlambat kan? Mungkin membantu saya untuk kembali hamil lagi,” katanya.
Dia sebenarnya sangat berharap untuk dikurniakan zuriat yang ramai sebelum usianya menginjak 40 tahun dalam masa tiga tahun lagi, namun memilih berusaha menggunakan cara tradisional.
Pada masa sama, pelakon itu turut meminta bantuan daripada pengikut Instagramnya untuk berkongsi idea dan pakej berpantang terbaik.
“Saya terlalu nak sangat ada zuriat. Tak tahu macam mana nak terangkan. Selagi tak kerja dan ada masa lapang banyak, baik saya buat pakej berpantang.
“Saya perlu berusaha tak kira macam mana pun. Saya nak anak ramai lagi. Tapi saya nak maklumkan, proses rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) tiada dalam senarai sebab saya dah pernah melahirkan sebelum ini. Jadi untuk sekarang, saya nak usaha dengan cara tradisional dulu,” tambahnya lagi.
Untuk info, Abil yang sebelum ini sudah mempunyai seorang anak, bernama Keisha Laila hasil perkahwinan dengan bekas suami.
Manakala perkahwinan kali keduanya dengan Mohd Iwan Johar pada 2015, namun masih belum ada rezeki dikurniakan anak dan telah mengalami keguguran dua kali.
Teruk dilabel tidak moden dan nampak tua berbanding usia sebenar, Mia Ahmad abaikan mulut orang sebab apabila mengenakan tudung labuh, niatnya cuma kerana Allah.
Jelas pemilik nama penuh Samihah Ahmad Baderi itu, dia mahu terus memperbaiki diri menjadi muslimah yang menjaga aurat dari masa ke masa.
“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden. Maaf, saya tutup aurat kerana Allah.
“Macam-macam orang kata, ada yang cakap saya tidak akan istiqamah, malah ada yang cakap suami saya tidak akan menjadi sistem sokongan yang kuat dalam proses perubahan ini.
“Saya kuatkan hati sebab saya tahu saya buat benda betul, mengikuti perintah Allah. Saya tahu saya tidak baik, maka saya ubah cara pemakaian saya untuk jadi lebih baik, bukan untuk nampak baik,” ujarnya menerusi hantaran dalam Instagram.
Kata aktres berusia 35 tahun itu lagi, sepanjang tempoh perubahan ke arah kebaikan itu, segalanya dipermudahkan dan diberi kekuatan Allah untuk terus istiqamah.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang tanpa henti. Semoga Allah terus menjaga niat hati saya dan kita semua.
“Saudaraku, saya doakan semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan,” katanya lagi.
Mula mengenakan tudung labuh sejak tahun 2021, isteri kepada bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi itu dilihat lebih selesa menguruskan perniagaan berbanding muncul di kaca televisyen.
Terkadang bila kita asyik mendongak ke atas kita jadi lupa untuk melihat apa yang ada di bawah.
Perkara yang paling mahal di dunia adalah SEDAR DIRI. Sedar kita adalah HAMBA.
Bagaimana nak sedar diri?
1. Mestilah dengan ilmu dan mengambil TINDAKAN dengan ilmu yang dipelajari dan ilmu yang paling tertinggi sudah tentulah ilmu agama.
2. Jadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam kehidupan dan hidupkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Persoalannya adakah kita memahami isi kandungan Al-Quran jika tidak memahami apa yang dibaca?
Lakukan sesuatu hari ini walaupun sekecil kecil usaha untuk cuba memahami MAKNA DI DALAM AL-QURAN.
Bahasa Arab bukan untuk masyarakat Arab sahaja.
Bahasa Arab adalah untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Wallahualam.
Fahami makna Al-Quran. Miliki Digital Quran Center. Sebarkan Al-Quran.
Mia berkahwin dengan Izham pada tanggal 13 Januari 2017 dan perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!