Hampir 10 tahun menderita kanser darah atau Limfoma, siapa sangka penghujung tahun lalu penyayi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35 tahun dikhabarkan sudah bebas dari penyakit berkenaan.
Perkara menggembirakan ini disahkan sendiri oleh doktor bahawa dirinya sudah pulih dan bebas dari kanser limfoma tahap empat.
Malah perbezaan ketara sepanjang tempoh itu selain dirinya tampak lebih sihat dan ceria, berat badannya juga turut bertambah.
“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.
Ads
“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” katanya memberitahu pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
Bercerita lanjut, Elyana berkata, pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.
“Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.
“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” kata penyanyi Tapak Kaki Sulaiman ini yang mengakui tidak mahu terlalu gembira apabila sel kanser sudah tiada, sebaliknya, Elyana bersyukur apabila doanya untuk sihat dimakbulkan Tuhan.
“Saya lega… Bagai ada satu beban yang saya pikul selama ini sudah tiada. Tetapi saya tidak boleh gembira terlalu awal sebab kanser boleh datang semula bila-bila masa sahaja.
Ads
“Jadi, saya hanya nikmati apa yang ada sekarang. Saya tidak berharap sangat, namun, alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan.
“Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula,” katanya kepada BH Online sambil memberitahu anak-anak, Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani menjadi insan paling gembira sebaik tahu dirinya sudah pulih dari kanser.
Elyana mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat pada 2017. Sebelum ini, sel kanser menyerang dan merebak ke beberapa organ badan Elyana seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Kebanyakan golongan wanita obses nak kulit putih, padahal warna kulit asli Melayu itulah cantik. Begitulah pandangan pelakon dan pengara wanita, Nabila Huda tentang warna kulit.
Memiliki rupa paras dan bakat yang seiring menjadikan Nabila Huda ini antara selebriti yang memiliki pakej lengkap dalam industri hiburan tanah air.
Nabila Huda Pelik Orang Obses Dengan Kulit Putih
Namun baru-baru ini menerusi luahan Nabila Huda di Twitter, pelakon ini meluahkan rasa peliknya apabila ramai perempuan yang obses untuk miliki kulit dengan warna cerah. Umum sedia tahu pelakon ini memiliki kulit sawo matang yang diakui kecantikannya.
Menerusi ciapannya di akaun Twitter milik peribadi pelakon ini, Nabila Huda pelik wanita Melayu nak kulit cerah.
“Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih. Korang sedar tak, kulit asli warna kite ni sebenarnya menggambarkan wanita melayu tu cantik. Brown sugar is sexy you know. I love my skin so much and I am so proud of it..”
Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih..Korang sedar tak, kulit asli warna kite ni sebenarnya menggambarkan wanita melayu tu cantik..Brown sugar is sexy you know.. i love my skin so much and i am so proud of it..
Pesannya ringkas, “Kepada wanita di luar sana, jangan mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media sosial. Hargai lah kecantikan atau kekurangan yang ada pada diri awak ok. We are beautiful in our own way! Tak perlu nak jadi orang lain. Just be you and love yourself more.”
Baginya, kalau semua wanita melayu berkulit gelap bertukar jadi putih, hilang lah keaslian orang kita sebagai wanita Melayu.
Malah, dia turut mengatakan bahawa ketagihan mengubah warna kulit asal juga akan mengundang pelbagai penyakit kerana kemasukan bahan kimia merbahaya menerusi rongga kulit.
“Seriously, rugi gila kalau korang ubah warna tu sebab once korang ubah the colour,dah macam-macam chemical masuk dalam kulit. Imagine bila dah tua nanti, adakah dia akan kembali brown seperti asli atau mungkin dia akan jadi kelabu sebab yang putih dibuat-buat tu dah expired?” Terangnya untuk memberikan kesedaran kepada golongan wanita yang obes dengan warna kulit putih.
Nabila Huda juga turut akui yang warna kulit ‘brown’ inilah yang paling senang untuk dijaga. Sempat juga pelakon ini memberikan tips.
“To be honest kan, our brown skin ni lah yang paling senang jaga and tak banyak kerenah. Korang hanya perlu jaga dia untuk sihat and glow. Brown skin paling cantik kalau kena cahaya matahari sampai boleh bertukar jadi golden brown! Sexy.” Tulisnya di Twitter.
Sekadar info, Nabila Huda selamat disatukan dengan suaminya Mohd Izwan pada 25 Disember 2015 dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata bersama. Namun hasil perkahwinan pertamanya dahulu, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan yang semakin cantik, Keisya Laila.
Masih ramai yang selesa menggunakan cara orang lama untuk hilangkan parut sebab berkesan dan cukup jimat poket.
Malah menggunakan tip cantik orang dulu-dulu juga sesuai untuk anak-anak dara amalkan pada peringkat awal. Salah satunya limau purut, popular merawat kelemumur tetapi turut bagus untuk kulit wajah.
Pakai Masker Nasi, Gula Dan Lemon Hilangkan Parut, Ini Cara Orang Lama Jaga Kulit
Bersihkan kulit dengan menggunakan air suam yang diperah dengan sedikit lemon. Urut wajah dengan lembut menggunakan hampas atau kulit lemon. Anda juga boleh menggantikan dengan limau purut.
SKRUB WAJAH DAN TUBUH
Limau purut dijadikan skrub wajah dan tubuh. Cara ini mampu menghaluskan kulit dan merawat luka kecil akibat gigitan serangga, kudis dan jerawat.
Orang dulu-dulu guna limau purut sebagai pencuci semula jadi kerana kandungan antiseptik dan antibakteria yang ada padanya.
Selepas membersihkan wajah, bilas muka dengan air sejuk dan lap kering.
Pilih masker atau skrub berikut untuk rawatan wajah selama 15 minit dan bilas. Rasai perbezaan sebelum dan selepas merawat wajah.
MASKER NASI
Bahan-bahan:
3 sudu bubur nasi (suhu bilik)
3 sudu jus limau purut
Cara-caranya:
1.Campurkan kedua-dua bahan dan gaul sekata.
2.Sapu nipis ke wajah dalam gerakan jam.
3.Biarkan kering selama 15 minit.
4.Tanggalkan pupur yang kering dan bilas dengan air sejuk.
SKRUB GULA
Bahan-bahan:
1 sudu jus lemon
1 sudu gula
1 camca madu
Cara-caranya:
1.Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul.
2.Sental pada kulit wajah perlahan-lahan.
3.Bilas dengan air suam, diikuti air sejuk.
Jadi, tiada sebab untuk rasa malas jaga kulit sebab ada banyak pilihan yang anda boleh amalkan dalam rutin kecantikan. Ingat, kalau langsung tak jaga kulit, sel kulit mati yang melekat buat wajah nampak kusam dan tak cerah. Jangan lupa cuba, tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau bibir gelap, anda terpaksa pakai lipstik 24jam. Ini sangat leceh dan anda pasti mencari jalan keluar macam mana nak merahkan bibir tanpa menggunakan laser.
Ada satu petua yang berkesan, malah tular dan dikatakan sangat berkesan. Tip cantik yang dikongsikan oleh Puan Esyima Zamri ini hanya memerlukan bahan alami yang senang nak dapat dan biasanya memang ada di dapur.
Bahan-bahan:
Gula perang
Madu
Gaulkan dan jadikan skrub bibir, anda boleh menggunakan scrub madu dan gula perang ini untuk lembutkan bibir dan hilangkan masalah bibir gelap.
Biasanya skrub bibir gula memang popular kerana berkesan untuk menanggalkan sel kulit mati di bibir.
Gula perang lebih lembut pada kulit berbanding gula putih. Gula ini juga kaya dengan antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan ultraviolet (UV) akibat pendedahan cahaya matahari. Asid glikolik yang terdapat di dalam gula juga membekalkan kulit dan melindungi daripada toksin.
Kelebihan madu pula ialah humectant semula jadi, yang bermaksud lebih memberikan kelembapan. Madu membantu mengekalkan bibir yang terhidrasi dan sihat. Enzim yang terdapat dalam madu juga membantu meringankan nada kulit bibir.
Ingat, campurkan bahan-bahan dengan teliti. Sapukan di bibir dengan jari anda sahaja. Urut ringan pada bibir selama 1 minit. Urutan tidak hanya membantu dengan pengelupasan, malah meningkatkan peredaran darah di bibir, menjadikannya sihat dan lebih ringan.
Biarkan di bibir korang selama beberapa minit sebelum mencuci dengan air kosong. Ulangi ubat ini 2 atau 3 kali seminggu sehingga melihat hasil yang ketara.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!