Niatnya pada mula hanya mahu turunkan berat badan tanpa mengambil kira perkara lain.
Namun di sebalik usahanya untuk mendapatkan berat badan ideal, dia juga turut mendapat kelebihan lain apabila hasil kulit wajah jadi cantik.
Ikuti perkongsian sahabat dari grup Diet Suku-Suku Separuh Khuzai Bo Art yang bukan saja dapat turunkan berat badan tetapi kulit wajahnya juga jadi lebih cantik.
Sebelum itu dia yang mengalami obesiti (ketika 19 tahun berat capai 148kg) berjaya menghilangkan 75 kg dari berat badan asal. Mengambil masa tiga tahun untuk capai berat terkininya iaitu 79 kg.
Berat Turun, Kulit Pun Jadi Lebih Cantik
Memang lepas turun berat kulit jadi putih eh?
Soalan paling saya dapat selama ini. Niat saya mula-mula tak ada pun nak putih or kulit cantik.
Ads
Nak turun 10kg je dulu.. tiba-tiba terturun sampai 75kg. Bonus kulit pun jadi better. Hilang dah kerak-kerak dekat leher/tepi hidung/cuping telinga..
Orang badan besar memang tak boleh lari dari hitam-hitam dekat muka nih..
Tak ada rahsia apa-apa pun. Just jaga makan. Kalau dok melantak macam-macam, macam mana kulit nak cantik. Minum air masak, bukan air manis
Ads
Dok berhabis beribu-ribu beli skin care..tapi makan tak jaga..start dari dalam. Baru laa kulit pun ikut sama cantik.
Lagi pun saya dah 8 tahun jaga mkan. Bukan sebulan dua ya. Tak ada cucuk-cucuk or rawatan muka bagai. Cukup jaga mkan and minum air kosong
Ads
Gula punca utama acne and sebum kat muka ya. Cuba kurangkan gula and minum air kosong. Insya-Allah lama-lama cantik laa kulit tu.
Nampak ‘teduh’ melihat kecantikan pelakon dan pengacara, Lisa Surihani, dengan penampilan bertudung dan menutup aurat selengkapnya, lagi lah nampak manis.
Malah isteri kepada pengarah, Dato’ Yusry Abdul Halim ini semakin menjadi idola dari sudut penampilan kepada golongan wanita untuk menjaga aurat sepenuhnya.
Namun apa yang menarik perhatian, wajahnya walau kurang mekap, tetap naik serinya. Haaa.. nak tahu tak apa rahsinya? Jom kita selongkar tup cantik Lisa Surihani…
Solekan selalunya menjadi ‘teman karib’ bagi wanita kerana ia mampu merubah penampilan seseorang itu menjadi luar biasa. Solekan juga mampu meningkatkan keyakinan diri yang tinggi. Tetapi sejak mula istiqamah berhijab Lisa dilihat semakin jarang mengenakan solekan yang tebal kecuali atas tuntutan kerja bagi menghadiri majlis-majlis formal.
Malah, Lisa lebih selesa hanya mengoleskan perlindung sinaran UV (Sunscreen) agar dapat melindungi diri dari dimamah panahan mentari. Lisa juga hanya menaikan seri wajahnya dengan menggunakan maskara serta gincu yang dioles nipis pada wajah.
Selain menjaga kesihatan kulit wajah. Lisa juga rajin melakukan senaman demi menjaga kesihatan tubuh badan. Ini kerana, semakin berusia semakin menjadi satu kewajipan untuk menjaga kesihatan tubuh badan jika tidak mahu merisikokan kesihatan. Hanya lakukan senaman ringan seperti turun naik tangga, brisk walking atau bersenam secara santai juga sudah memadai.
‘Happy wife happy life’ itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan kebahagiaan Lisa sejak mendirikan rumahtangga dengan Yusry sejak 11 tahun yang lalu. Malah, pasangan ini sentiasa kelihatan sangat sweet dan romantik dan mereka sering dilihat bersama.
Jelas terpancar kebahagiaan yang dipaparkan pasangan ini. Hasil perkongsian hidup bahagia merpati dua sejoli ini, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran tiga orang cahayamata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Mungkin inilah rahsia sebenar kejelitaan Lisa. Apabila bahagia maka dalaman pun gembira terpancar kecantikan dari jiwa ke wajahnya.
Meskipun sibuk dengan tugasan memenuhi undangan pelbagai aktiviti, namun rutin yang satu ini tidak Lisa lupakan.
Lisa akan memastikan wajahnya dicuci sebelum masuk tidur. Bagi Lisa dia hanya memilih produk penjagaan kulit yang mudah didapati, pragmatik dan dipercayai oleh pakar dermatologi, seperti Cetaphil.
Jadi, kalau nak cantik semula jadi macam Lisa Surihani, anda kena lah berubah dan amalkan beberapa tip yang dikongsi seperti di atas. Rajin buat senaman dan jangan sesekali tidur tanpa membersihkan kulit wajah dahulu. Ingat tau!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak suka pada makanan manis terutamanya desert. Lebih enak dinikmati bersama kopi panas petang hari bersama tersayang.
Namun begitu, bukan kita tak boleh menikmati makanan manis ini tetapi kenalah berpada-pada. Terutama bagi mereka yang ada diabetes. Walau bagaimanapun kita masih boleh mengawalnya.
Perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad memberitahu cara terbaik untuk turunkan gula dalam darah
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Bagi wanita yang mengandung pasti tidak akan terkecuali mengalami masalah stretch mark terutama di bahagian perut dan tepi paha.
Malah kesan strech mark ini akan jadi lebih ketara selepas melahirkan anak dan meninggalkan parut berwarna puti di bahagian tertentu sperti perut, punggung dan payudara.
Stretch marks atau turut dikenali sebagai tanda regangan kulit merupakan masalah kulit global yang dihadapi oleh ramai individu.
Masalah kulit ini boleh mengganggu keyakinanan diri seseorang terutamanya bagi golongan kaum Hawa.
Terdapat 2 cara yang boleh bantu menghilangkan stretch marks ini iaitu melalui prosedur dan juga krim.
1. Prosedur Menghilangkan Stretch Marks Adalah:-
– Terapi laser
– Radiofrekuensi
– Ultrasound
– Chemical peel
– Mikrodermabrasi
* Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, dermatologi mungkin akan mencadangkan lebih daripada satu prosedur.
Walau bagaimanapun, prosedur-prosedur ini masih berisiko untuk mempunyai kesan sampingan jangka pendek walaupun dilakukan oleh golongan profesional.
Antara situasi yang boleh berlaku selepas mendapat rawatan ini ialah kebengkakan dan kemerahan pada kulit.
Setiap prosedur berbeza-beza mengikut stretch marks setiap individu dan pakar dermatologi akan memastikan anda mendapat rawatan yang bersesuaian dengan kondisi anda.
2. Penggunaan Krim, Gel & Losyen
Jika anda bercadang untuk mengunakan mana-mana krim, gel atau losyen bagi merawat tanda regangan kulit, pastikan anda melakukan perkara berikut:
Pakai secara konsisten. Produk harus selalu dipakai kerana masalah ini boleh mengambil masa yang lama untuk menampakkan kesan.
Gunakan ketika stretch marks mula terhasil. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawatkan? Oleh itu, tumpuan perhatian yang lebih kepada kulit badan anda dan ambil tindakan segera sekiranya tanda regangan kulit mula muncul.
Pastikan anda betul-betul sapukan produk rata meresapi kulit. Bagi mendapatkan hasil yang efektif, ambil masa ketika meletakkan produk pada kulit.
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan ubat preskripsi ini bagi merawat tanda regangan kulit:
– Tretinoin
– Asid hyaluronik
– Terdapat kajian yang menunjukkan dengan mengamalkan asid hyaluronic ini mampu memudarkan stretch marks.
Bagi tretinoin, ia turut dapat membantu dalam membuatkan kesan regangan tersebut kurang kelihatan.
Ada sebuah kajian melaporkan, individu yang mengamalkan tretinoin pada setiap malam selama 24 minggu menunjukkan pengurangan yang ketara berbanding mereka yang tidak mengamalkan apa-apa produk.
Retinol juga dikatakan dapat membantu memudarkan kesan-kesan awal regangan kulit.