Memilih untuk berhijab pada usia 52 tahun, pengacara dan pelakon terkenal, Raja Azura, memberi inspirasi kepada ramai selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji pada Julai lalu.
Keputusan ini dilakukan dengan penuh keikhlasan, bukan sekadar untuk penampilan luaran, tetapi lebih kepada memenuhi tanggung jawabnya sebagai seorang Muslimah.
Raja Azura Berhijrah
Raja Azura, yang mesra dikenali sebagai Kak Engku berkata, perubahan yang dilakukannya adalah atas kehendak diri sendiri, sesuai dengan usianya yang semakin meningkat.
“Apabila sudah sampai waktu, kita berubah menjadi seorang yang lebih baik. Kita semua makin lama makin meningkat usia,” katanya.
Tiada Peristiwa Luar Biasa
Berbeza dengan kisah-kisah penghijrahan lain, Raja Azura tidak mengalami sebarang mimpi atau peristiwa luar biasa sebelum memutuskan untuk bertudung.
Ads
“Saya tidak seperti orang lain yang mendapat mimpi dibakar sebelum memilih untuk bertudung. Saya lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan sedar menutup aurat ini adalah tanggung jawab dan wajib kepada diri saya,” jelasnya.
Minta Doa Agar Istiqamah
Keputusannya adalah hasil dari kesedaran diri dan keikhlasan yang lahir dari hati. Raja Azura turut mengakui bahawa dia sudah puas dengan imej yang digayakannya sebelum ini. Kini, dia memohon doa daripada semua agar mendoakan yang terbaik untuk individu-individu lain yang belum berhijrah.
“Saya dah lalui macam-macam dalam hidup ini. Kita semua melalui proses kehidupan tidak kira baik atau buruk,” katanya.
Ads
Dengan pengalaman hidup yang luas, Raja Azura memahami bahawa setiap orang memiliki perjalanan yang berbeza dalam menemui kebenaran dan mengekalkan keimanan.
Beliau juga menasihati agar tidak mudah menghukum mereka yang belum berhijab, sebaliknya menyeru agar kita lebih berfikiran positif dan memahami bahawa setiap individu adalah milik Allah.
“Kalau ada dalam kalangan kita yang belum bertudung, jangan kita menyalahkan individu itu kerana mereka juga milik Allah. Setiap orang akan melalui pelbagai dugaan dalam hidup. Jika tiada ujian, tidak mungkin mereka mampu menjadi seorang yang matang,” katanya lagi.
Raja Azura menekankan pentingnya memperbaiki diri sendiri sebelum menilai orang lain, kerana berhijrah bukan sekadar penampilan, tetapi juga soal hati dan keikhlasan.
Ads
Teruja Kerjakan Ibadah Haji
Selain berkongsi tentang penghijrahannya, Raja Azura juga meluahkan rasa terujanya kerana berpeluang mengerjakan ibadah haji buat kali kedua, kali ini bersama ibu tercinta.
Pengalaman ini menjadi lebih istimewa kerana jemputan untuk mengerjakan rukun Islam kelima tersebut datang secara tidak disangka-sangka, memberikan kejutan manis kepada ibunya yang sudah berada di Tanah Suci lebih awal.
Penghijrahan Raja Azura ini bukan hanya menggambarkan perubahan fizikal semata-mata, tetapi juga menandakan perjalanan spiritual yang lebih mendalam.
Dengan keikhlasan dan kesedaran yang tinggi, Raja Azura menunjukkan bahawa perubahan yang dilakukan dengan niat yang baik akan memberi manfaat yang besar, bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang lain.
Eja atau nama penuhnya Siti Shahrizah binti Saifuddin merupakan seorang pelakon hebat dan pengacara yang dikenali menerusi rancangan ‘Roda Impian’ dari tahun 1999 sehingga 2003.
Kelihatan ayu dengan penampilan terkini, pelakon berusia 51 tahun ini seolah-olah langsung tak dimamah usia. Maintain dengan air wajah yang manis dan langsing namun berubah dengan berpakaian muslimah berbanding zaman awal kemunculannya dulu.
Teruja Tengok Eja Maintain Cantik Dan Sopan, Sekarang Fokus Keluarga
Baru-baru ini, tular satu video di laman tiktok milik @farezadnanofficial2 yang meraih perhatian ramai. Video tersebut meraih jumlah tontonan sebanyak 445 ribu, 17 ribu tanda suka dan sebanyak 400 komen.
@farezadnanofficial2Ni zaman kecik2 selalu tonton kt tv3 😍 siapa la yang tak crush ngn kak eja kan? 😍
Di dalam video berkenaan memaparkan seorang lelaki sedang menyanyikan lagu OST yang pernah dilakonkan oleh Kak Eja dahulu. Lelaki tersebut menyanyi sambil duduk di kawasan ‘foodcourt’ sambil diperhatikan oleh Kak Eja serta rakannya yang lain.
Rata-rata peminat yang menonton video tersebut, terubat rindu apabila melihat keberadaan Kak Eja di situ. Mereka mengungkapkan bawa amat merindui untuk melihat lakonan darinya di kaca televisyen. Ada juga yang memuji Kak Eja masih mengekalkan kecantikkan dan sangat sopan.
Memilih untuk bersendiri jauh dari sorotan lampu glamor yang pernah dikecap dahulu, bukan kerana sombong tetapi sebenarnya Eja mahu manfaatkan masa yang bersisa dengan Pencipta, suami dan anak.
Fokus Anak Dan Keluarga
Akui Eja, sejak bergelar ibu, fokusnya terhadap anak bukan sekadar 100 peratus bahkan lebih daripada itu terutamanya apabila Nur Eishal sudah memasuki alam persekolahan pada tahun 2016.
Demi memastikan anak tersayang menerima didikan sebaiknya, Eja sanggup tidak menerima sebarang tawaran berlakon dan tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti. Besar sungguh kasih sayang seorang ibu!
Apa-apa pun, semoga Kak Eja diberikan kesihatan yang berpanjangan. Sekiranya Kak Eja akan kembali berlakon suatu hari nanti, pasti ramai yang akan memberikan sokongan untuknya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertahun melalui penyakit bipolar, akhirnya Janna Nick berkongsi macam mana dia lawan untuk rasa bahagia dalam kehidupan hariannya.
Pernah dikongsinya suatu ketika dulu, penyakit bipolar ini telah mempengaruhi sebahagian besar kehidupannya, membuatkan dia tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Janna Nick Kongsi Tip Untuk Rasa Bahagia
Selepas berjumpa dengan pakar psikiatri dan melakukan pelbagai cara untuk merawat penyakit bipolarnya itu, Janna Nick ada mengongsikan beberapa tip yang dilakukannya untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan ceria.
Antaranya adalah, pada setiap pagi Janna Nick akan mulakan harinya dengan senaman. Katanya, sekiranya badan dan emosi tidak berada dalam keadaan stabil, melakukan senaman pagi dapat membantunya untuk mendapat mood yang baik.
“Kalau rasa tak best, moody tak tentu pasal, stress and down, exercise lah sebab it will help you release endorphins and stimulate various brain chemicals. (Natural painkillers and mood elevators).”
Manakala untuk kekal gembira dan kawal emosi walaupun menghidapi masalah kesihatan mental, Janna Nick mendedahkan yang dirinya akan jalani kehidupan yang aktif. Bukan itu sahaja, dia juga pastikan dirinya mengambil makanan yang berkhasiat untuk badan.
Sekadar info, penyakit bipolar melibatkan perubahan mood yang drastik antara tahap euforia (mania) dan tahap kesedihan yang mendalam (depresi).
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adalah menjadi kepantangan bagi seorang wanita jika terlihat kesan parut di wajah. Tidak kisahlah parut disebabkan masalah jerawat ataupun luka.
Pasti seseorang itu akan berusaha untuk memulihkannya kerana tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai dalam keadaan wajah berparut.
Tetapi bagi salah seorag pengguna aplikasi TikTok dikenali dengan nama Amirahmaisarah02 pula melihat ia bukanlah satu perkara yang memalukan atau mampu menjejaskannya dari menjalani rutin sehariannya.
Tampil baru-baru ini di laman sosial berkongsikan sebuah video di TikTok apabila terdapat salah seorang pengikutnya bertanyakan mengenai wajahnya yang kelihatan seolah-olah melecur akibat terkena sesuatu yang panas menyebabkan kulit mukanya herot.
Menurut Amirah, ketika usianya tujuh tahun, berlaku satu kemalangan sewaktu dia tinggal di rumah bersama kakaknya.
“Saya masuk dapur tapi tergelincir dan tertarik sekali tong gas menyebabkan periuk belanga atas dapur pun jatuh sekali serta terkena muka saya.
“Kakak saya bawa saya masuk dalam bilik air dan basuh dengan air sebelum mendapatkan bantuan jiran serta dibawa ke hospital.
“Sampai hospital muka saya kena balut macam mumia seluruh badan sampailah jadi macam ni,” katanya.
Akibat dari kejadian itu, Amirah terpaksa menjalani kehidupan dengan wajah muka yang berparut terutama bahagian mulutnya disebabkan mungkin melecur teruk akibat terkena minyak panas.
Namun, Amira dilihat kuat dan langsung tidak kekok untuk berhadapan dengan kamera sewaktu menghasilkan konten di TikTok.
Jadikanlah perkongsian Amira ini satu pengajaran buat kita semua supaya lebih berhati-hati terutama ketika memasuki kawasan dapur atau memasak yang pastinya menggunakan minyak yang panas.
Semoga wajah Amira mampu diubati dan pulih seperti sedia kala satu hari nanti!