Perkongsia sahabat grup Diet Suku-Suku Separuh, Lili Intan Payung memberitahu method diet digunakan sehingga berjaya melenyapkan 22 kg dalam masa tidak kurang setahun.
Turun 22KG Hampir Setahun Amal Diet Sihat
22.2.2022(cantik tarikh harini kan,happy birthday Lili Intan Payung ,im proud of you!) 32kg lost genap umur 32 (insyallah) 22kg lost dalam 3 bulan 1 tahun lebih (start diet oktober 2020)
Ads
Daripada 82kg – 60kg Daripada obese kelas 2 – overweight(sikit lagi nk ke normal weight) Tinggi 150cm
SebelumSebelum
Pemakanan – Defisit kalori(pahamkan betul2 your bmr,dcr&dci),suku2 separuh,intermittent fasting, rajin puasa sunat Isnin & Khamis) – Dalam setiap meal pastikan ade makronutrient (karbo,protein,fiber(buah&sayur) dan mikronutrien(vitamin&mineral) – Lebihkn protein, lebihkan fiber, kurangkan karbo (kurangkan bukan cut) – Biasakan makan dulu protein & fiber, last baru makan karbo (teknik ini yang saya amalkan untuk capai saya punye saiety(kepuasan) bila makan. – Tak cut gula, tak cut garam, tak cut minyak,makan ape saje janji dlm defisit kalori (tapi kena tengok jugak makro & mikronutrientnye) Minum banyak air kosong
Senaman – Lebihkan senaman beban(weight,strenght,resistance training)sy wajib buat senaman beban 3 or 4 kali seminggu(anggaran masa 1jam or 1jam lebih) – 10k steps (cara saya untuk dapatkan 10k steps kalau tak joging kat luar, sebab jenis jarang keluar rumah, pagi lepas subuh jalan keliling rumah untuk dapatkan 3 ribu steps,athen lepas buatkan sarapan untuk mak, mula senam, ikut utube yang walk2 tu(joanna soh&leslie sensone) dapatkan lagi dalam 3ribu steps or 5 ribu steps, kalau tak cukup lagi, time masak tengahari cuba lg dptkn sampaikn cukup 10k steps or bahagikan pagi n petang,tp biasa pagi dah capai dah 10k steps tu – Tak semua org mampu berlari,sy pon hanya brisk walk or slow jog je or jalan lenggang kangkung janji dapat 10k steps.
Selepas
Apa yang saya dapat lepas dah lost 22kg dalam setahun lebih; – Lebih sihat & fit ,hadiah paling bernilai birthday tahun ini, tak cepat penat buat kerja, badan rasaa ringan, senang bergerak, tak cepat mengah, tak cepat letih,(sangat beza rasa dulu & sekarang, dulu buat apa-apa mesti cepat letih, joging 2km pon balik muntah, migrain, tapi tak sekarang, memang lain sangat rasanya,syukur alhamdulilah) – Untuk ksihatan mental & fizikal(perbezaan bila kerap senam,release tension & boost happy mood) – Nak senang beribadat sebab dulu pernah mengah time solat – Nak senang pilih baju/seluar,sbb dulu susah nak pilih baju sbb pilihan baju/seluar yang ade,nak jugak pakai baju cantik-cantik, sekarang dah senang hati nak pilih baju sebab semua dah boleh pakai, baju makin lama makin longgar – Dulu kerap gastrik, pedih ulu hati, tumit pecah, migrain, sekarang jarang dah rasa semua tu, syukur alhamdulilah – Moga dapat teruskn journey jaga makan & senam ini sepanjang hidup in syaa-Allah, cabaran memang akan ada tu willpower kene kuat
Selepas
Tips paling penting – KONSISTEN! – KUAT MENTAL&FIZIKAL – SMALL PROGRES STILL A PROGRES – JANGAN PUTUS ASA&SABAR – LOST WEIGHT JOURNEY BUKAN PERTANDINGAN SIAPA KURUS DULU,SIAPA MAKAN NASI PALING SIKIT TAPI PERTARUNGAN DENGAN NAFSU SENDIRI,MENTAL,NAFSU&WILLPOWER KENE KUAT. – CARI ILMU(ni lg penting sebenarnye,xkira apa jenis diet yg anda amalkan, pastikan ada ilmu sebelum buat, search je ilmu@info diet, pemakanan, senaman, melambak je kat social media tapi pastikan daripada sumber yang betul & sahih bukan merapu)
Ads
Selepas
Boleh follow dorang ni untuk dapat lebih bnyak ilmu mengenai diet&senaman,dengan folow dan amalkan ilmu dorang bagi la saya berjaya lost 22 kg,tips semua org leh bagi, tapi ilmu hanya yang betul2 berilmu je boleh bagi, dari segi penyampaian saja dah boleh tahu die berilmu atau x;
Sam Abd Rahman Daniel Lee Han Yuan Muhida Mahmood,eda sharip,farah wahid dpgfitnes,jennie yafee,mohd khairul azwan,syaza nutrionist,taufiq tajuddin,rafsanjaini zainal,izzat mazlan,hanisah abdullah,amar osem,bob harun,wes kono,coach shazly(try tag tapi xkeluar pulak biru tu,mana dan jelah ye,maaf)
Doktor, apabila ibu menghidap Covid-19 semasa hamil, bagaimanakah kondisi anak di dalam kandungan? Mungkin doktor boleh ulas dari segi tahap kesihatan dan jangka hayat bayi?
JAWAPAN:
Pertama sekali, kita perlu memberi fokus kepada keadaan bayi yang dikandung itu.
Sekiranya ibu mempunyai komplikasi disebabkan oleh jangkitan virus Covid-19, kebiasaannya bayi dalam perut turut mempunyai masalah seperti mengalami kekurangan oksigen seperti yang terjadi kepada si ibu.
Oleh itu, kita kena faham, kemelut kekurangan oksigen dalam darah boleh menyebabkan masalah kegagalan beberapa organ seperti buah pinggang, jantung, otak dan sebagainya.
Jadi, dilema yang sama juga boleh berlaku kepada bayi yang sedang dikandung. Selain itu, mungkin masalah-masalah lain juga boleh tercetus, misalnya keracunan di dalam darah disebabkan oleh jangkitan kuman.
Pada masa sama, ibu-ibu hamil yang dijangkiti Covid-19, mereka juga berisiko untuk melahirkan bayi pramatang iaitu bayi dilahirkan tidak mengikut usia yang sepatutnya.
Bersalin Lebih Awal
Bayi yang sihat sepatutnya dilahirkan pada usia sekitar 35 hingga 36 minggu. Namun untuk pesakit Covid-19, kadangkala kandungan terpaksa dikeluarkan awal untuk menyelamatkan nyawa si ibu.
Kesannya, bayi yang dilahirkan pada usia tersebut cenderung untuk mendapat komplikasi seperti paru-paru yang tidak matang dan memiliki organ-organ yang belum sempurna pembentukannya.
Dalam pada itu, bayi yang mempunyai tempoh hayat kurang 22 minggu juga tidak dapat diselamatkan.
Namun, bayi yang berumur lebih daripada 22 minggu atau yang mempunyai berat 500 gram ke atas mungkin masih boleh diselamatkan dengan bantuan di unit khas sesebuah pusat perubatan.
DR NURUL YAQEEN MOHD ESA
Pakar Perunding Perubatan dan Paru-paru, Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur
Semakin hari kita lihat angka kes baru Covid-19 tinggi dan turut juga mencatat kematian baru setiap hari.
Terbaru, virus yang mula dikesan hujung tahun 2019 ini telah mengorbankan seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sungai Buloh.
Artini Dzolkarnaini yang juga petugas barisan hadapan ini meninggal dunia awal awal pagi tadi disebabkan oleh komplikasi Covid-19.
Berita ni dikongsi oleh Faculti Perubatan UiTM melalui hebahan di laman sosial Facebook hari ini.
“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.
“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,”
Laporan portal memberitahu, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu.
Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.
Menurut sumber juga, allahyarham Artini merupakan penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM dan bertugas sebagai jururawat program pemulihan jantung dan merupakan ibu kepada lima anak, termasuk baru dilahirkan.
Marilah kita sedekah Al-Fatihah (dengan bacaan) dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.
Sebagai wanita kita memang perlu menjaga kebersihan bahagian alat sulit bagi mengelak dari terkena jangkitan bakteria.
Oleh kerana bahagian ini agak sensitif untuk dijaga jadi ia memerlukan penjagaan rapi terutama jika mereka ada mengalami masalah keputihan.
Namun jika ada antara mereka tidak mengalaminya, penggunaan cecair pembersih wanita yang mengandungi kimia atau herba adalah tidak perlu.
Menurut Doktor Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat, membersih dengan air biasa adalah sangat baik dan digalakkan. Menggunakan air bersih biasa adalah kaedah paling selamat.
Katanya lagi keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada kemaluan (faraj) sekali gus kepada pintu rahim.
“Jika wanita mengalaminya adalah terbaik untuk berjumpa doktor dikhuatiri mempunyai penyakit kanser.
“Kena bersihkan, buat ‘pepsmear’, kerana ramai wanita mengalami luka pada pintu rahim. Itu mudah dijangkiti. Rawatannya juga spesifik,” ujarnya.
Dalam pada itu, ujar beliau, antara punca jangkitan kuman ini adalah cara penjagaan kebersihan diri dan boleh menjadi punca ketidaksuburan yang mengakibatkan wanita sukar untuk mendapat anak.
Rupanya jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengamalkan membasuh dengan air garam atau dikenali sebagai saline douching. Ia kaedah paling selamat natural dan organik kerana ia antiseptik natural yang tiada kesan sampingan.
Menurut Dr Hamid, punca yang menyebabkan jangkitan kuman dalam peranakan terjadi pada wanita adalah;
1. Keputihan
Keputihan atau lelehan yang berbau dikawasan sekitar pintu faraj mudah mendapat jangkitan kuman.
2. Tidak Menjaga Kebersihan
Tidak menjaga kebersihan setelah membuang air kecil atau air besar. Bila keadaan haid tidak menjaga kebersihan sekitar faraj.
3. Imuniti Rendah
Disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, tidak cukup ambil vitaman. Disarankan makan vitamin C, makanan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum juga air-air yang masam seperti jus lemon, jus kranberi yang boleh meningkatkan imuniti disamping membersihkan kawasan kemaluan.
4. Kegemukan
Orang mengalami kegemukan, gula meningkat juga buat pesakit kencing manis mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
5. Memakai Alat Dalam Rahim (IUD)
Wanita yang memakai IUD juga mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
Jadi, salah satu langkah bagi membersihkan faraj bagi mengelakkan jangkitan kuman adalah menerusi kaedah air garam (saline douching).
Bahan diperlukan;
1 gelas air suam
1 sudu garam halus
Kapas
Sarung tangan (glove)
Cawan pakai buang
Vaseline
Cara-Caranya;
1. Campurkan garam ke dalam air suam dan biarkan ia larut sebati.
2. Pakai sarung tangan, ambil kapas dan celupkan ke dalam larutan air garam tersebut. Masukkan kapas tersebut kedalam kemaluan dan keluarkan kapas tersebut.
3. Ambil kapas yang baru dan ulang langkah yang sama dalam empat hingga lima kali.
*Lakukan pada mandi petang, sekurang-kurangnya jika bersama dan melakukan hubungan intim pada waktu malam, kawasan kemaluan bersih daripada jangkitan kuman dan memudahkan ia hamil.
*Vaselin bertindak sebagai pelincir untuk jari, ketika masukkan dan keluarkan kapas yang direndam air garam tadi unutk bersihkan faraj. Amalan begini sangat baik untuk menjaga kebersihan, penggunaan air garam adalah natural, tiada bahan kimia dan sangat organik.