Gemar Layan Sukan ‘Rock Climbing’, Punca Wanita Ini Pilih Kerjaya Tawan Puncak KLCC. Siapa sangka pembabitannya yang sering aktif menyertai aktiviti sukan lasak iaitu ‘rock climbing’ atau mendaki tebing batu menjadi batu loncatan padanya untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang lebih mencabar.
Bergelar antara 10 wanita labah-labah dinegara ini, Noramalia Sidek yang dilabel ‘iron lady’, akhirnya memilih menjadikan kerja lasak sebagai juruteknik akses tali yang selama ini didominasi lelaki sebagai karier sepenuh masa sejak lima tahun lalu.
Dia sekalipun tidak gentar bergayut di bangunan pada ketinggian lebih 200 meter dalam tempoh lama dan bukanlah satu tugas mudah kerana menuntut keberanian dan kemahrian yang tinggi.
Malah pekerjaan yang dilakukannya ini juga antara pekerjan berisiko tinggi. Wanita yang juga ibu kepada seorang anak ini juga bukan sekadar mencuci tingkap bangunan, skop tugasnya juga lebih luas termasuk melakukan kerja-kerja Ujian Tanpa Musnah (NDT) dan sebagainya.
Menurutnya sebelum betul-betul terbabit dalam pekerjaan ini, dia juga mengambil kursus kemahiran untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pekerjaan itu.
“Dari situ, baru saya tahu bahawa skop kerja ini sebenarnya luas dan mendapat permintaan yang tinggi serta menawarkan pendapatan lumayan sehingga timbul minat untuk lebih serius,” katanya dalam artikel bersama Harian Metro.
Menurutnya, dia kemudian mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat sebagai pelatih juruteknik akses tali.
Ads
“Sepanjang bekerja sambil belajar di syarikat itu, saya dapat belajar banyak perkara yang lebih mendalam mengenai bidang ini.
“Saya masih teringat, apabila kali pertama ditugaskan membuat kerja di bangunan 30 tingkat, saya menangis kerana takut dan gayat. Biarpun sudah menjalani latihan, namun apabila berada di lokasi sebenar, keadaannya berbeza kerana saya masih kekurangan ilmu,” katanya.
Katanya, selepas enam bulan, dia mengambil keputusan untuk bergerak secara sendiri (freelance) sehingga ke hari ini.
Ads
“Ramai beranggapan pekerjaan ini berisiko tinggi namun kejadian yang tidak diingini boleh dicegah lebih awal dengan ilmu dan kemahiran. Jadi tidak hairanlah, setiap tiga tahun sekali, lesen perlu diperbaharui untuk memastikan kami sentiasa kompeten,” katanya.
“Apa yang penting, juruteknik akses tali perlu sentiasa cergas dan fokus ketika bertugas.
“Selalu orang ingat kerja tergantung pakai tali ini cuci tingkap je, Tapi sebenarnya tugas juruteknik akses tali ini luas, banyak cabangnya.
“Saya sendiri meneroka cabang-cabang baru dan ambil certificate pelbagai bidang dalam lapangan ini sebab terfikir sampai bila nak cuci bangunan,” katanya yang turut berdepan pengalaman tidak boleh dilupakan, apabila dia hampir disambar kilat ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah bangunan di Bangsar, Kuala Lumpur.
“Mengikut prosedur operasi standard (SOP) apabila cuaca buruk semua kerja perlu dihentikan. Namun pada ketika itu cuaca cerah dan secara tiba-tiba berubah tanpa kami sedari.
“Entah bagaimana, saya nampak hujung kilat itu melalui cermin tingkap bangunan. Kami kemudian bergegas turun daripada bangunan itu dalam keadaan hujan lebat,” katanya sambil memberitahu pengalaman melakukan kerja penyelenggaraan di Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan bekerja di pelantar minyak Bunga Kertas, Terengganu antara yang tidak boleh dilupakan.
“Ini antara pencapaian yang membanggakan apabila diberi kepercayaan untuk bekerja di bangunan ikonik.
“Selain itu, saya dapat merealisasikan impian bekerja di pelantar minyak selama sebulan. Biarpun berdepan masalah mabuk laut pada tiga hari pertama, pengalaman bekerja di tengah laut, adalah sesuatu yang cukup berharga,” katanya yang turut bertemu jodoh dengan suami, Abdul Hazim Abdul Razak melalui bidang sama.
Video perkongsian di akaun TikTok @siva_wwc6 jadi viral menyaksikan seorang wanita berhijab sama sekali tidak gentar bekerja di bahagian paling tinggi mercu tanda Kuala Lumpur yang berketinggian 88 tingkat dengan memakai alat keselamatan lengkap.
Telah meraih melebihi 100,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen warganet yang kagum dengan keberanian wanita berasal dari Negeri Sembilan melakukan pekerja yang sangat berisiko ini.
Senyuman pengacara, Dayah Bakar cukup mempersonakan apatah lagi melihat kulitnya yang begitu cantik dengan penampilan bertudung.
Namun semua orang akan ada fasa tertentu sebelum mendapat kepuasan dalam kecantikan kulitnya yang membuatkannya maintain pakai produk tertentu.
Begitulah juga yang dilalui oleh wanita yang aktif dalam bidang pengacaraan ini, kulitnya pernah ada beberapa masalah sebelum nampak mulus dan sihat seperti hari ini.
Kulit Dayah Bakar Pernah Bermasalah, Ini Yang Dibuat Untuk Pulihkan
“Jujurnya bila bercakap mengenai skin breakdown. Tipu lah kalau kata tiada, meskipun nampak flawless dan saya tidak mempunyai masalah kulit serius seperti jerawat. Tapi saya punya muka, jenis yang cepat kering, mudah terbakar (Sunburn) dan berjelaga (tiny bumps). Lagi tak best apabila kulit saya akan ambil masa yang lama untuk dia recover semula,” ujar Dayah Bakar.
Tambahnya lagi, antara amalan yang dilakukan apabila mukanya berjelaga atau sedang mengalami fasa terbakar (sunburn) Dayah Bakar akan merehatkan mukanya daripada mengenakan sebarang solekan yang tebal agar kulit dapat bernafas dan kembali seperti sediakala.
“Jadi apa yang saya selalu amalkan, adalah cuba rehatkan muka daripada ‘heavy make-up’ setiap kali saya tiada kerja, sebab kalau kerja kita memang tak boleh nak elakkan,” jelasnya.
Amal Pakai Aloevera
Selain mengelakkan muka mengenakan solekan yang tebal, Dayah Bakar juga mendedahkan bahawa dia akan memakai Aloevera gel pada wajah. Tapi tip yang paling penting tanpa perlu mengeluarkan kos adalah seperti berikut.
“Lepas tu saya akan selalu pakai Aloevera gel daripada Wardah dan juga minum banyak air, sebenarnya Air kosong ini adalah tip kecantikan yang paling murah dan tidak memerlukan kos pun sebenarnya,” dedahnya.
Jangan Guna Produk Sebarangan
Elakkan daripada terus ikut cadangan orang lain untuk menggunakan sembarangan produk kecantikan, itu paling anda kena jaga. Mungkin produk itu berkesan kepada sesetengah individu, tetapi tidak memberi kesan kepada kita.
Sebaiknya kita perlu memberikan masa yang sewajarnya untuk kulit sembuh, tanpa menggunakan terlalu banyak produk yang kita tidak tahu kemampuannya untuk menyembuhkan masalah kulit yang kita hadapi.
“For you to recover your skin and bagi saya satu lagi jangan mudah terpedaya dengan dakyah ‘yang ini elok, yang itu elok’ dan melompat-lompat produk.
“Kalau cuba sesuatu produk tu, ambil waktu lama sedikit, lagi-lagi kita nak bagi peluang dekat kulit kita untuk bernafas kan. Jadi itu je rutin yang saya amalkan,” katanya.
Agak disiplin juga Dayah Bakar dalam bab menjaga kulit wajah ya, jadi selepas ini anda pun boleh ikut tip cantiknya untuk bebas daripada sebarang cela. Paling penting, konsisten!
Kanser payudará adalah antara penyakit yang digeruni oleh kaum wanita.
Bagi mengelaknya, kaum wanita disarankan untuk melakukan saringan kesihatan terutama pemeriksaan mammogram bagi mengesa jika ada masalah payudara.
Namun begitu, berapa usia yang sepatutnya disarankan untuk membuat pemeriksaan mammogram ini.
Gambar sekadar hiasan.
Apakah Itu Pemeriksaan Mamogram?
Mamografi (mamogram) adalah pengimejan sinar-X pada payudara dengan menggunakan sinar-X bertenaga rendah. Ia alat pemeriksaan untuk memeriksa payudara bagi pengesanan awal dan diagnostik jika wujud risiko kanser payudara.
Prosedur mamografi dapat membantu mengesan barah payudara lebih awal sehingga 3 tahun sebelum munculnya benjolan dalam pemeriksaan payudara sendiri.
Usia Disarankan Buat Pemeriksaan Mamogram
American Cancer Society (ACS) mengesyorkan untuk mula menjalani mamografi atau berjumpa doktor berkaitan barah payudara kepada wanita:
Berumur 40-44 tahun: Mempunyai pilihan untuk memulakan pemeriksaan barah payudara tahunan dengan mamogram jika mahu melakukannya
Berumur 55 tahun ke atas: Boleh menjalani pemeriksaan mamografi sekali setahun atau 2 tahun sekali
Kebiasaannya, doktor tidak menyarankan pemeriksaan ini untuk wanita di bawah usia 40 tahun.
Tetapi bagi wanita dengan mutasi yang dikenal pasti dalam gen barah payudara, perlu memulakan pemeriksaan seawal usia 25 tahun.
Gambar sekadar hiasan.
Saringan Tambahan
Tempoh seseorang untuk menjalani pemeriksaan mamogram boleh berubah jika mempunyai faktor risiko barah payudara. Atas sebab ini, penting untuk anda berbincang dengan doktor dan menentukan masa yang tepat untuk menjalani penyaringan.
Antara faktor risiko tersebut adalah:
Berusia lebih 50 tahun
Mutasi genetik, seperti BRCA1 dan BRCA2
Sejarah peribadi barah payudara
Sejarah keluarga barah payudara
Mempunyai tisu payudara padat
Faktor peribadi seperti haid sebelum usia 12 tahun atau mula menopaus selepas usia 55 tahun
Pernah menjalani rawatan radiasi
Manfaat Lakukan Penyaringan
Manfaat penyaringan ini adalah dapat membantu mengesan barah payudara lebih cepat, sekali gus memberikan hasil akhir yang lebih baik dan mengurangkan keperluan rawatan invasif seperti pembedahan.
Menjalani mamografi juga dapat mengurangkan 25 hingga 35% risiko kematian akibat barah.
Risiko Menjalani Pemeriksaan Mamogram
Oleh sebab sinar-X digunakan untuk menghasilkan gambar payudara, anda akan terdedah dengan sedikit jumlah radiasi semasa prosedur.
Pendedahan ini amat rendah, bahkan manfaatnya adalah melebihi risiko pendedahan radiasi.
Pun begitu, pendedahan radiasi semasa kehamilan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran. Maka langkah berjaga-jaga perlu diambil untuk meminimumkan pendedahan radiasi pada janin.
Beberapa ketidakselesaan mungkin dirasai kerana payudara akan ditekan pada plat sinar-X semasa prosedur. Tetapi pemampatan ini tidaklah berbahaya kepada buah dada anda.
Doktor biasanya akan menasihatkan wanita hamil atau yang menyusu badan untuk melakukan kaedah pemeriksaan lain yang lebih selamat seperti imbasan ultrabunyi.