Tular di media sosial kerana memiliki tubuh ‘sado’ Nana Al Haleq jurulatih dan penasihat kecergasan mengakui mempunyai bentuk badan berotot ibarat ‘kerja seni’ dan merupakan salah satu amalan kehidupan yang sihat.
“Pada saya, maksud ‘sado‘ itu sangat umum. Sama macam maksud kecantikan. Kalau lihat tubuh badan saya, ia sebenarnya tidaklah ‘sado‘ mana pun. Sebaliknya, lebih kepada bentuk badan atlet.
“Sejujurnya saya tidak kisah walaupun sesetengah orang memanggil saya ‘sado‘, Mungkin bagi mereka nampak pelik kerana sebelum ini tidak ramai wanita berotot sepertimana sekarang,“ ujarnya dengan nada bersungguh.
“Bagi saya, terpulang kepada masing-masing bagaimana menonjolkan imej diri. Saya sendiri berusaha gigih untuk mendapat hasil seperti yang kalian lihat sekarang. Kalau diikutkan dulu, saya sangat kurus. Berat saya sebelum ini sekitar 47 hingga 49 kilogram dan tiada potongan badan pun.
“Pun demikian, alhamdulillah dengan pengambilan makanan yang sesuai di samping latihan yang konsisten, akhirnya saya dapat mencapai apa yang dihajati,“ katanya sambil menyifatkan pemakanan memicu kepada kesegaran kulit dan melambatkan penuaan.
Minat Sukan Sejak Usia Lapan Tahun
Berusia 36 tahun, wanita ini mula berjinak dengan sukan sejak usia lapan tahun lagi. Turut menjadi penyedia kandungan digital, Nana juga aktif dalam bidang pengacaraan.
“Saya memang sejak kecil lagi sangat aktif terutamanya dalam sukan olahraga. Saya pernah mewakili sekolah (untuk daerah Gombak dan negeri Selangor). Pada umur 16 tahun, saya mengambil keputusan untuk bersara dan memberi tumpuan pada pelajaran.
Ads
“Seawal usia 20 hingga 26 tahun, saya menjinakkan diri pula dengan aktiviti luar seperti mendaki dan rock climbing, sebelum serius dengan Strength Training. Di sinilah, terbitnya minat untuk mendalami ilmu kecergasan dan pemakanan. Terus terang saya katakan, saya buat semua ini sebab passion (keghairahan),“ kongsinya yang juga aktif sebagai jurucakap kecergasan.
Jika menjenguk di Instagramnya @nanaalhaleq, Nana banyak berkongsi gambar dan lambakan video aktiviti di gimnasium.
“Pada masa tertentu, saya menerima tawaran memberikan ceramah tentang kesihatan dan kecergasan oleh agensi korporat. Saya juga berhasrat untuk menambah ilmu dalam bidang pemakanan holistik, selain mahu mencuba nasib dalam bidang perniagaan,“ katanya seperti menyusun perancangan masa depan.
Nak Fit Tak Perlu Sentiasa ke Gim
Bagi wanita ini untuk mengekalkan kesihatan dan sentiasa fit bukanlah bermakna seseorang itu harus ke gimnasium sentiasa. Sebaliknya, ia boleh dilakukan di rumah, mahupun di tempat kerja.
Ads
“Jika terdapat kekangan masa, saya nasihatkan untuk memilih aktiviti yang mudah dilakukan atau diselitkan dalam jadual harian. Contohnya, kalau kita di tempat kerja, apa kata luangkan waktu dengan melakukan senaman regangan untuk membantu melancarkan aliran darah dan juga menguatkan otot-otot yang tegang akibat duduk terlalu lama.
“Boleh juga selitkan senaman yang mudah seperti naik dan turun tangga. Di rumah pula, sebaik bangun tidur, terapkan senaman yoga ringkas atau senaman regangkan tubuh badan sebelum mandi,“ katanya.
Menurut Nana, jika mempunyai sedikit bajet, seseorang sangat dialu-alukan untuk membeli peralatan mudah dan ringkas seperti basikal atau mini stepper.
Apabila dua peralatan itu tersedia, tidak kira sama ada menonton televisyen atau sebagainya, latihan gerak badan boleh dilakukan.
“Tak perlu mengambil masa yang lama pun, lebih kurang 10 hingga 30 minit sudah memadai,“ jelas Nana yang turut mengesyorkan tarian zumba, menari atau bermain badminton bersama anak-anak atau ahli keluarga lain jika kecondongan itu ada.
Ads
Nana juga mengakui soal kesihatan adalah sangat subjektif pada perspektifnya.
“Biasa orang ingat bab kesihatan ini hanyalah tentang demam, selesema, batuk dan sebagainya, padahal ia bersifat menyeluruh. Ingat, badan kita sentiasa berubah seiring dengan peningkatan usia. Itu pentingnya melakukan saringan kesihatan setiap tahun, walaupun sihat kena buat pemeriksaan.
“Jujurnya saya seorang yang menjaga kesihatan, tahap kolestrol saya tinggi selepas pemeriksaan dilakukan baru-baru ini. Walaupun tidak teruk, tetapi saya tertanya-tanya apa puncanya,“ katanya.
Justeru, Nana kerap kali menekankan tentang perihal pentingnya berjumpa doktor, meskipun badan rasa sihat dan tidak wujud sebarang masalah.
“Sebenarnya itu luaran, dalaman kita tidak tahu. Saya percaya apa yang kita makan boleh menyembuh dan mengelakkan penyakit. Jangan fokus untuk kurus semata-mata. Itu pemikiran 20 tahun dahulu. Ambillah pemakanan yang berkhasiat dan bernutiri, kurangkan gula dan garam selain makanan segera,“ katanya.
Seperti orang lain, kehidupan Nana berwarna-warni. Titik fokusnya bukanlah semata-mata tentang hal kecergasan.
Sumber: SinarPlus
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular wajah Najwa Latif di media sosial apabila dia dikatakan kini menjawat pensyarah di Fakulti Pendidikan, Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Najwa Latif Kini Pensyarah UiTM
Bukan hanya comel dan bersuara merdu, pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif, 29, itu pemegang ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar dan sarjana bidang yang sama dari Universiti Malaya terus melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pernah Berhenti Sekejap Untuk Fokus
Najwa yang mesra disapa Wawa terdahulu terpaksa berhenti bekerja sebagai pensyarah buat sementara selepas berdepan kesulitan untuk melakukan kedua-duanya dalam satu masa.
Isteri kepada komposer Akwa Ariffin itu menjawat jawatan tetap pensyarah bermula 15 Oktober 2024 dan berkepakaran dalam bidang TESL, pengajian dalam talian, dan pendidikan bahasa abad ke-21.
Najwa terdahulu popular sejak 2010 selepas memuat naik lagu saduran ke YouTube iaitu Baby nyanyian Justin Bieber.
Diingati Ramai Kerana Cinta Muka Buku
Pada Mac 2011, beliau telah menandatangani kontrak dengan NAR Records dan single rasmi pertamanya, Cinta Muka Buku, dikeluarkan pada Julai tahun yang sama.
Video muzik rasmi Cinta Muka Buku menerima lebih enam juta tontonan dalam masa enam bulan menjadikan ia video muzik yang paling banyak ditonton di Malaysia. Lebih manis lagi, lirik Cinta Muka Buku juga ditulis sementara lagu oleh kakak sulungnya, Syafiqa Latif.
Najwa yang sebelum ini pensyarah di UNITAR telah melangsungkan perkahwinan dengan rapper dan komposer Akwa Arifin pada 11 November 2022.
Kalau dulu wanita ini terpaksa menggayakan baju bersaiz XL tetapi kini tidak lagi. Bukan saja berat sudah turun dan boleh bergaya dengan baju bersaiz S, malah ukuran pinggang juga bertukar dari 37 ke 27 inches.
Perkongsian Fathin Izzatie yang hanya mempunyai ketinggian 163 cm akhirnya berjaya melenyapkan berat 16.5 kg hanya dalam tempoh 10 bulan.
Walaupun agak lama, tetapi perjalanan 10 bulan cukup berbaloi. Dia turut berkongsi tip untuk mendapatkan berat ideal seperti dirinya.
Menurutnya dalam perkongsian sebelum, dia memberitahu sebelum itu berat badannya tidak seperti hari ini disebabkan bersalin dua tahun dan tidak jaga makan serta exercise.
Tetapi apabila dia mula join grup DSSS ini barulah diajar cara betul untuk turunkan berat badan yang lebih sihat.
Untuk itu, dia telah kurangkan pengambilan minum manis dan makanan berminyak. Dia juga berkata makan semua makanan, tetapi akan pastikan pengambilan kalori defisit.
Tambahnya lagi diet ini mengajar cara untuk mengawal tahap keinginan pada sesuatu makanan itu.
Ayuh, ikuti perkongsiannya bagi mereka yang berazam untuk menurunkan berat badan selepas raya.
Hilang 16.5 KG Dalam 10 Bulan
Assalamualaikum semua. Selamat hari raya aidilfitri
Sebelum ni saya ada share weightloss journey. Alhamdulillah dah achieve target weight 55kg dengan ketinggian 163cm sebelum raya haritu. Total loss 16.5kg dalam tempoh 10bulan. Baju dari size XL ke S. Pinggang dari 37 ke 27 inches.
Slowly but surely. Dengan kaedah macam ni kalau saya makan terlebih pun berat tak terus naik macam crash diet.
Tips: 1. Amalkan makan ikut portion suku suku separuh seperti yang diajar dalam group ni.
2. Exercise wajib. Paling minima 3kali. Biasa buat 4kali seminggu. 30 minutes setiap sesi. Kalau weekend buat la 45-1jam. Saya kerja isnin-jumaat. Sabtu kerja on alternate week. Curi masa untuk exercise kena disiplin. Sebab apa exercise. Supaya maintenance calorie tinggi so bila ada deficit pun takda la stress kena makan sikit sangat. Maintenance saya dalam 2000 kalau exercise. So deficit 500kcal. Daily calorie intake 1500kcal to lose weight.
3. Exercise cardio and strength training. Kenapa strength training kena selit dalam regime exercise kita? Untuk tone up muscles and keep our body fit.
4. Reduce sugar and fast food intake. Saya hanya REDUCED. KURANGKAN. Saya tak cut gula and carbs. Coffee wajib setiap hari. Sama ada saya bancuh latte sendiri guna equal sweetener(4 kalori je satu sachet) atau saya beli je coffee dalam tin yang rendah kalori macam brand Wonda max less sugar tu dalam 50+ kalori je. Sekali sekala layan la coffee starbucks etc. Fast food 1-2kali seminggu. My favourite ayam goreng mcd. Cheat day seminggu sekali. Makan dalam maintenance calorie no deficit on cheat day. Tak strict
5. Kesabaran. Nak kurus kena sabar. Kalau tak sabar memang separuh jalan je tak nampak result. Kena banyak bersabar ya in weightloss journey ni. Konsisten itu penting.
Turut berkongsi antara menu diambil sepanjang diet:
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senyumannya cukup manis dan cantik walau dah berstatus nenek, itulah kelebihan Susan Manen, isteri kepada pelakon terkenal, Mustapha Kamal.
Bergelar Ratu Cantik Malaysia 1993, jelitawan ini masih tampil menawan walaupun sudah berstatus ibu kepada empat anak.
Susan Manen Cantik Walau Dah Berstatus Nenek, Umur Pun Hampir 50an
Aktif mewarnai dunia seni, kecantikan Susan yang membintangi drama popular Pengantin 1 Malam nyata menjadi bualan ramai.
Siapa sangka umurnya pun dah 49 tahun tahun ini, hampir 50an tetapi tetap anggun dan awet muda dalam kelas tersendiri.
Difahamkan jelitawan ini mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese.
Sejak menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia, populariti Susan Manen terus melonjak dalam industri seni apabila menerima tawaran berlakon dalam filem Penyu arahan Z.Lokman.
Pada 1998, wanita ini membuat keputusan memeluk agama Islam dan sejak bergelar isteri, dia dilihat memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.
Dah Ada 4 Orang Anak
Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, pasangan selebriti ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qurani, dan Naqli Qaddiem.
Beberapa kali muncul berlakon di samping suami tercinta, kecantikan wanita ini cukup dikagumi penonton.
Dengan sepasang mata cantik, hidung mancung dan bibir mungil tidak hairanlah dia tetap menjadi buruan pengarah dan agensi pengiklanan.
Kalau ikutkan dengan umur Susan Manen, memang rasa terpesona melihat aura kejelitaannya. Malah anak-anak pun semakin meningkat dewasa dan anak daranya mewarisi wajah cantiknya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!