Cantik dan manis memakai pakaian arwah ibunya, itu cara pelakon wanita, Kilafairy mengubat kerinduan terhadap ibunya iaitu Allahyarhamah Rohana Jalil.
Kilafairy Sedekah Kain Baju Ibu
Menerusi temu bual bersama Nona, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan yang hadir ke sebuah acara memilih untuk menyarung busana arwah ibunya iaitu rekaan pereka fesyen terkenal Shanell Harun.
@nona.my Setahun lebih pemergian bonda tercinta, Kilafairy bersyukur dirinya diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan. Walaupun kenangan bersama arwah Rohana Jalil masih berbekas, Kilafairy akui masih perlu membiasakan diri malah menyarung persalinan yang pernah disarung ibu adalah cara dirinya melepaskan rindu. @kilafairyofficial #majalahnona#kilafairy♬ original sound – NONA
“Ini adalah baju arwah mama. Saya kata pada Shanell untuk pakai baju ini. Baju ini adalah baju yang terakhir yang dibuat untuk mama untuk sebuah majlis di Brunei sebelum dia meninggal.
“Shanell kata pada saya, ‘pakailah baju mama, jadi aku rasa macam dua-dua ada dekat situ’.”
Ads
Rujuk Pada Ustazah
Dalam pada itu, pelakon filem Karak tersebut turut merujuk kepada seorang ustazah berikutan arwah penyanyi era 1980-an tersebut memiliki pakaian yang banyak.
“Mama memang banyak baju, kalau boleh saya pun tak mahu simpan. Tapi saya dah bertanya pada ustazah, adakah arwah mama akan ‘disoal’ kalau saya masih simpan baju-bajunya.
Ads
“Ustazah kata tidak, sebab mama ada anak yang akan pakai. Saya pilih yang mana saya boleh pakai, yang lain-lain saya akan sedekah kepada kawan-kawan seperjuangan mama,” luahnya.
Bersedia Kembali Berlakon
Dalam perkembangan lain, aktres berusia 32 tahun itu kini sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran lakonan selepas setahun melalui fasa berduka kerana pemergian arwah Rohana.
Ads
“Sekarang saya dah terbuka untuk mengikuti mana-mana tawaran lakonan. Kalau dulu ada yang beri tawaran semasa mama baru sahaja meninggal dan kebanyakan penggambaran iaitu 90% di dalam hospital. Jadi ianya agak sukar.
“Tapi sekarang saya rasa kalau perlu masuk ke set penggambaran di hospital, ianya akan lebih ‘memberi’ rasa.
“Mama selalu kata saya kena profesional dan jangan campur kerja dengan hal peribadi,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Allahyarham Dara Abdul Jalil atau Rohana Jalil telah meninggal dunia pada 20 Jun tahun lalu ketika berusia 68 tahun akibat kebocoran pada usus perut.
1. First sekali kalau korang nk shopping barang dapur, yang kena korang buat ialah, rancang dulu meal plan untuk 1 minggu, kemudian senaraikan barang2 yang akan dibeli. Rancang menu yang pelbagai, supaya diet korang bukan diet yang membosankan & bertukar menjadi diet ke laut
2. Pilih Real Food
Pilih makanan yang tidak mengalami pengolahan seminima mungkin.
3. Elakkan pilih makanan yang
– lebih daripada 5 ingredients,
– yang mengandungi artificial ingredients
– ingredients yang korang sendiri tak tahu sebut ( pronounce)
4. Baca Nutrition Facts (wajib)!!! Then bandingkan dgn yg lain
* Semak serving size & kalori
* Semak total fat, sodium & sugar
* Semak ingredients
* Semak allergen warning
Semoga perkongsian ini, memberi manfaat kepada korang yang sedang berusaha menurunkan berat badan… Tiada yang mustahil, di mana ada kemahuan di situ ada highway! Let’s!!!
1. Minyak zaitun boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat. Minyak zaitun ni ada banyak jenis. Korang cari yg sesuai utk kegunaan korang k.
Kat label tu ada dinyatakan jenis masakan yg sesuai dgn jenis masakan yg korang nak. Contohnya, Extra virgin, virgin olive oil – sesuai utk salad, sos dressing (of course u ambil olive oil secara mentah lebih baik) Pure olive – bakar & grill Extra light- frying & baking Olive Pomace Oil – korang kena tau (minyak zaitun jenis ini, kualiti paling rendah)
Semua jenis olive oil ni ada smoke point masing2 ye. So, cara pengambilan (masakan) korang kena alert. Jgn panaskan melebihi smoke point sbb Nanti kualiti @ nutrient tu merosot.
Dalam diet sihat,if nak masak tumis, gunakan teknik tumis ringkas je @ stir fry. Minyak hanya guna sedikit 1 sudu, goreng pada suhu yg rendah, xlebih smoke point & tak terlalu lama & dibiarkan terendam…. Jgn lebih dari smoke point. Kawal suhu.
Memang tak masak dengan cara DEEP FRYING.
2. Minyak untuk stir fry. Nak yg lebih murah boleh guna coconut oil
3. Pilih susu fresh milk. Yang jenis ni Skinny Milk comes with less fat tapi rasa tetap sedap. Ni antara susu kegemaran saya
4. Susu almond kalori paling rendah 100ml = 39cal ! Tapi of course harga a bit mahal. Selalu susu ni hanya bertahan kurang dari 3 hari jeee sebab sedap sangat! hehe
6. If tak suka tea boleh cuba kopi ni, kalori sgt rendah! Make sure minum kopi kosong ye. No sugar
7. Kalau nak dressing, supaya meal korang tak hambar boleh pakai brand kewpie. Korang pilih2 la, banyak lagi perisa yg lain. Limit 1 sudu je yeee dlm hidangan korang. xboleh lebih2. apa2 pun yg korang pilih check label dulu kayyy…
8. Brand Nandos pun okay. Semua sauce2 ni korang jangan ambil berlebihan. Satu sudu jeeeeeee
9. Ha, yg ni untuk penyedap rasa dalam masakan korang…
10. Chia seed. Adyla ambil ni setiap hari. 1 sudu je
11. Kekacang untuk snacking time. Pilih kekacang yang unsalted.
12. Cara yg disyorkan: Boleh guna cuka epal @ cuka teen. Yg ni diminum pagi setiap hari 5min sebelum ambil meal. If berpuasa, sebelum tido.
1sudu cuka epal + 200ml air sejuk
13. Pilih rolled oat. Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan korang lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.
14. Pilih parboiled rice @ brown rice
15. Kalau boring makan roti boleh beli wrap. Pilih jenis wholegrain & 6 grains
16. Kalau dah terbiasa dengan roti putih, apa kata tukar kepada roti Canadian purple wheat yang GI lebih rendah (46) , if susah nk cari boleh beli roti wholemeal, GI index 55
17. If perlukan protein segera, Pilih tuna ( chunks in water)
18. Untuk jem, Pilih yang tiada campuran gula dan garam
Sekali pandang Mawar Rashid, pasti kita akan tertumpu pada bahagian matanya yang memukau. Dengan mata yang besar, itu satu anugerah buat sesiapa yang memandangnya turut terasa aura kecantikannya.
Disifatkan seorang wanita yang mesra dan ‘murah senyuman’, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tak lokek untuk berkongsi tip penjagaan dan kesihatan mata.
Kongsi Mawar, mata memainkan peranan penting kerana ini merupakan aset utama di bahagian muka.
“Mawar nak kongsi perkara paling penting iaitu mata sebab mata merupakan satu aset yang penting bagi setiap manusia.
“Bak kata pepatah “cinta pandang pertama”, sebab itu dari mata turunnya ke hati.
“Bawah mata kita merupakan kulit lima kali ganda lebih nipis daripada kulit kita yang biasa. Bahagian itu juga tidak mempunyai pori-pori untuk mengeluarkan minyak.
“Jadi bayangkan kalau setiap hari kita kelip mata, otot mata kita bergerak setiap masa,” kongsi Mawar dengan menggunakan loghat Kelantan.
Isteri kepada Raf Yaakob juga menyarankan penggunaan krim bagi penjagaan bahagian bawah mata yang sihat.
“Mawar nak kongsikan kepada anda semua untuk menggunakan eye cream. Jangan pandang remeh kerana eye cream boleh membantu melembapkan bahagian bawah mata dan dapat mengelakkan mata menjadi sembab.
“Anda juga boleh beli alat urutan (massage) bagi membantu pengaliran darah berjalan lancar. Kita nak kulit sihat dan natural beauty,” kongsi Mawar.
Seperti yang diketahui umum, isteri Raf Yaakob ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam. Difahamkan ibu Mawar berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum
berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid.
Kalau mengikuti setiap posting Mawar di media sosial, pasti ada momen jelitawan ini di samping Abai. Malahan kita yang melihat gambarnya pun tersentuh dengan cara wanita ini menghargai ibunya walau anak tersayang sudah bergelar isteri dan ibu kepada lima anak.
Meskipun Mawar kini sudah berumah tangga namun Abai sentiasa berada di sisinya dalam keadaan susah mahupun senang.
Pada tahun 2020, usahawan Mawarose ini membawa ibunya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dan mengagumi kekuatan insan istimewa ini sepanjang membesarkan dirinya.
“Thank you mamy banyak tolong mudahkan urusan adik. Adik pun senang nak pergi keluar pergi cari rezeki sebab mamy tolong tengokkan anak-anak adik sekali. Mamy tolong semua anak-anak cucu yang lain.
Nanti adik tua, adik nak jadi macam mamy, mudahkan urusan anak-anak cucu adik jugak. You are the best mamy.. thank you for everything. I love you so much.”
Mawar Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga adik kepada selebriti popular Dato’ Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Dia juga selamat melahirkan anak pada Januari 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Raden Muhammad (4), Raden Seri Rosabella Cinta (2) dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Dia turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap dari kita diuji dengan pelbagai dugaan. Ada yang diuji dengan penyakit kronik seperti kanser, jantung ataupun penyakit lain.
Namun tetap bersemangat untuk melawan penyakit yang ada demi untuk mahu menjalani gaya hidup lebih sihat.
Seperti perkongsian seorang wanita dari Sarawak, Chin dari Grup Facebook Malaysia Runner yang diuji dengan penyakit diabetes hingga kehilangan dua jari kaki di sebelah kiri.
Walau bagaimanapun tetapi berjuang melawan penyakit dideritai dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti senaman seperti berları dan menjaga pemakanan.
Hasilnya berjaya menurunkan berat badan daripada 126 kg ke 68 kg. Ternyata kejayaan ini bagi dirinya amat membanggakan.
Ini kerana berjaya menggubah tanggapan orang ramai bahawa penghidap diabètes adalah insan lemah yang perlu bergantung pada ubat seumur hidup.
Ikuti perkongsiannya.
Hi semua. Saya Plain Didek atau Chin. Asal dari Sarawak, sekarang berkerja di Johor.
Saya bukan pelari yang hebat. Saya cuma mampu berlari, berjalan atau hiking sejauh 8-9km dalam masa 1 jam 30 minit. Atau jika kudrat dan tenaga masih ada, saya akan completekan sehingga 10km.
Dan saya berlari bukan untuk menjadi kurus. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Saya pesakit diabetes yang teruk dulu, 8-9 tahun tak terjaga. Makan minum sesuka hati tak terkawal walaupun hakikatnya saya merupakan pesakit kencing manis.
Sehingga akhirnya pada Februari 2019 saya diduga hebat. Jari kedua kaki retak akibat terlanggar sesuatu, dan ada melecet di bawah tapak kaki. Disebabkan diabetes tak terkawal, akhirnya kaki saya mengalami ray amputation pada jari kedua dan ke tiga. Sedih? Saya menangis dalam hati..
Saya mengubah gaya hidup selepas itu. Mula menjaga makan, Low Carb No Sugar. Dalam dua tahun saya mengalami perubahan berat badan yang ketara dari 124kg dan sekarang fluctuated di antara 68-70kg.
Dan setelah genap dua tahun berjuang, akhirnya ubat diabetes (Metformin) dihentikan oleh doktor. Saya kini hanya menjaga diabetes dengan penjagaan pemakanan yang berkesan dan jua senaman yang konsisten.
Walaupun ubat saya diberhentikan oleh doktor, tetapi saya tetap seorang pesakit diabetes. Makanya, untuk berlari, saya memerlukan tapak kasut atau insole kasut yang sesuai, yang dibuat khas oleh syarikat yang menguruskan kasut khas untuk orang seperti saya dengan pantauan ketat dari Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultan Ismail.
Kesesuaian tapak kasut ini sangat penting bagi pesakit diabetes seperti saya untuk mengelakkan kaki melecet. Tambahan pula, kaki saya dah tak sempurna macam dulu. Saya tak mampu beli kasut mahal, sebab sepasang insole atau tapak kasut ini sahaja sudah berharga RM650.. Jadinya sekarang saya hanya menggunakan Kasut Kronos dengan insole yang ditempah khas ini.
Saya bukan berlari untuk kurus. Saya bukan berlari untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik. Tetapi saya berlari untuk melawan diabetes saya. Senaman dan penjagaan pemakanan yang berdisiplin sangat membantu dalam mengawal diabetes. Dan dalam proses menjaga makan dan juga bersenam, saya kehilangan banyak berat badan.
Saya takda ilmu pasal larian.. Pasal pecut-pecut. Pasal teknik bernafas. Langsung takda. Tapi jika korang nak tanya pasal diabetes, saya sedia membantu. Jangan tanya pasal SUPPLEMENT DIABETES, sebab saya tak percaya akan semua benda² supplement ni.
Terima kasih kerana membaca. Semoga semua kita sihat sentiasa.
Turut berkongsi bagaimana pesakit diabetes sepertinya melakukan aktiviti larian. Baginya tidak mudah kerana perlu ada persiapan seperti ada kaki yang sihat dan kasut bersesuaian.
Menjadi pelari bila disahkan sebagai pesakit diabetes juga tidak mudah. Dalam ni saya sangat mengagumi pelari-pelari yang hebat-hebat belaka, boleh berlari sejauh yang mereka mahu bahkan boleh menggunakan pelbagai jenis kasut atau jika sudah menamatkan larian, boleh meneguk minuman isotonik seperti 100 plus tanpa rasa bimbang bacaan gula akan mencanak naik
Keadaan ini berbeza bagi kami pesakit diabetes, atau ada di antara pelari-pelari di dalam ni yang mengalami diabetes tapi mungkin segan untuk meluahkan mengenai keadaan diri mereka, maka biar saya ceritakan serba sedikit bagaimana kaki pesakit diabetes ini melakukan persediaan sebelum berlari.
Bila kita sebut pasal larian, perkara pertama yang terbayang ialah kaki yang sihat dan kasut yang sesuai. Keadaan ni sangat penting bagi pesakit diabetes, kami perlu memilih kasut yang sesuai atau insole (tapak) kasut khas bagi mengurangkan lecetan atau blister pada kaki.
Pesakit diabetes ni sinonim dengan potong kaki, maka kami sangat berhati-hati bab kaki. Jika ada luka, ditambah bacaan gula tak cantik, ini sangat merisikokan kami kehilangan kaki.. Apatah lagi saya yang pernah mengalami kehilangan dua jari kaki akibat diabetes ni, struktur kaki dan berubah bentuk dan sudah pasti insole khas diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan pada kaki..
Saya ingin bagi tips untuk pesakit diabetes dalam group ni (jika ada), agar menggunakan Vaseline untuk melicinkan celah-celah jari kaki atau tapak kaki bagi mengurangkan risiko melecet atau blister. Guna stokin yang sesuai juga. Pesakit diabetes, kebanyakkan saraf kaki dah rosak, jadi kami kehilangan deria rasa pada bahagian kaki.
Oleh atas sebab itu, saya nasihatkan pelari yang ada diabetes ni supaya memeriksa setiap celah jari kaki atau tapak kaki untuk mengesan jika ada terdapat sebarang luka lecetan atau blister. Sentiasa alert dengan keadaan kaki, jika ternampak sebarang luka atau perubahan pada kaki, sila bawa ke klinik dengan segera. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan berdepan risiko kehilangan kaki.
Saya bukan pelari hebat. Bahkan 8km hari ni saya habiskan dalam masa 1jam 38minit. Seperti yang saya katakan, saya bukan berlari untuk menjadi kurus, atau mendapatkan bentuk badan yang cantik dan langsing. Saya berlari kerana saya sudah mengisytiharkan perang terhadap diabetes dan larian ini adalah salah satu cara saya menguatkan saf pertahanan saya agar lebih kuat melawan diabetes.
Saya degil, jika ada yang nak tahu..Sekarang saya masih seorang pesakit diabetes. Cuma diabetes sangat terkawal. Saya jaga diabetes dengan pemakanan dan senaman atau larian yang konsisten ja.
Apa yang orang cakap tak boleh, saya akan buat dan buktikan saya boleh. Saya ingin menukar persepsi dan perspektif orang di luar sana yang berpandangan pesakit diabetes biasanya berkeadaan lemah, selalu sakit dan kena makan ubat seumur hidup. Silap. Buktinya saya sentiasa cergas, mampu memberhentikan pengambilan ubat dan 100% menjaga diabetes dengan pemakanan dan senaman larian sahaja.
Ayuh kawan-kawan. Kuatkan semangat kita. Saya juga memohon tunjuk ajar dari sifu² otai dalam ni untuk memberikan bimbingan dan semangat agar saya dapat memperbaiki mutu larian saya agar lebih baik dan sentiasa stabil.
Plain Didek @ Chin.
-I Run To Fight My Diabetes-
** Gambar saat terlantar sebaik sahaja selesai ray amputation dua jari kaki. Saya down dua hari ja. Kemudian bangkit menyusun strategi melawan diabetes. Dan hari ni, saya mampu running, hiking dan walking sejauh 10-12 km.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.