Teruja melihat penampilan wanita ini, badan macam anak dara lagi! Begitulah hasilnya kalau anda jenis orang yang jaga pemakanan sejak dari muda.
Dikenali sebagai Kak Julie, baju nikahnya masih boleh digunakan tanpa perlu ditetas pun jahitannya walau sudah 24 tahun bernikah. Baju pengantin tu disarung masa berat badan 49 kilogram. Maknanya dia maintain slim lah ya!
Badan Macam Anak Dara, Ini Cara Ibu Anak Empat Jaga Pemakanan
Usia Puan Julie Mohamed waktu itu baru 21 tahun. Sekarang dah ada 4 orang anak yang masing-masing berumur 24, 19, 13 dan 10 tahun, dia masih dapat berat badan yang sama.
“Tak ada yang mustahil dalam mengekalkan bentuk dan berat badan asalkan kita percaya dan yakin dengan diri kita.”
Faham betul-betul ya—> YAKIN DENGAN DIRI
Nak dapatkan keyakinan itu, kena praktik #5 Formula Kak Julie kekalkan saiz badan yang sama.
Ads
#5 Formula Yakin Diri
#1 Setiap pagi selepas bangun tidur dan sebelum mandi, amalkan meminum air suam 2-3 gelas. Ini membantu proses detox dalam badan. Selepas minum, rehat 10 minit sebelum memulakan mandian. Rahsia agar perut tak buncit, jangan mandi sejurus selepas makan dan minum.
#2 selepas sarapan, amalkan meminum segelas air teh hijau (green tea) (apa-apa brand pun ok) tanpa gula. Amalkan pagi selepas sarapan dan malam sebelum tidur selepas makan malam) green tea amat kaya dengan anti oksidan dan amat bagus untuk mempercepatkan penurunan berat badan.
Ads
Nota: Jika ibu sedang menyusukan bayi secara direct, boleh cuma dengan mengurangkan kepekatan teh. Cukuplah sekali sehari. Lebihkan air suam. Kalau nak minum susu, sebaiknya malam sebelum tidur.
#3 Amalkan skipping 300 lompatan sehari. Jangan buat terus 300 pada permulaan tetapi memadailah dengan bermula dengan 20 dan meningkatkan latihan pada hari-hari seterusnya (ikut kemampuan, jangan paksa diri). Kak Julie amalkan 150 pagi dan 150 petang.
Skipping merupakan teknik mudah menurunkam berat badan kerana ia menggerakkan seluruh tubuh badan. Antara teknik senaman yang cepat membakar kalori.
Ads
#4 Amalkan memakan epal hijau sekali setiap hari. Jika berasa lapar sebelum tiba waktu makan, amalkan mengambil bijirin atau makanan berserat untuk mengalas perut.
#5 Bagi mengekalkan tenaga, ini antara supplement yang Kak Julie amalkan seharian.
Grape seed untuk kesihatan dan kecantikan kulit
Vit C untuk kesihatan dan melindungi kulit
Vit E untuk awet muda dan kelembapan kulit
Jadi, nampak gayanya, berkahwin dan sudah punya anak bukan satu masalah nak kekalkan berat badan dan jaga penampilan ya. Tetapi apa yang penting adalah, amalan gaya pemakanan seharian.
Tolak Pembedahan Plastik, Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur. Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun! Setiap kali selebriti ini muncul menjadi juri tetap di program Gegar Vagaza, penampilannya pasti memukau pandangan.
Dengan pelbagai gaya persalinan ditampilkan, ramai terpegun melihat kejelitaan dan keanggunan Datuk Syafinaz Selamat.
“Saya memang mula menjaga kulit muka di usia awal iaitu semenjak 16 tahun lagi. Sebenarnya, kulit saya agak sensitif dan oleh sebab itu, saya lebih banyak menghabiskan masa dan wang untuk memastikan kulit saya dalam keadaan baik.
Menerusi laporan Gempak, Syafinaz bersyukur mempunyai kulit yang sihat pada usianya yang sekarang.
Syafinaz turut sempat berkongsi ‘skincare’ yang digunakan untuk memastikan kulitnya sentiasa bersih dan sihat.
Menurutnya, ‘mask’ muka menjadi rutin hariannya dan Syafinaz menyatakan bahawa dia mempunyai lebih daripada 10 jenis ‘mask’.
Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun
Tambah Syafinaz, dia juga tidak melupakan untuk mengambil dua gelas air kosong setiap pagi setelah bangun dari tidur.
Kalau sapu ketulan ais timun dan madu pada kulit, anda yang ada masalah jerawat pasti akan rasa lega. Sebab khasiat timun boleh dijadikan sebagai mask, scrub, dan torner yang sememangnya bagus digunakan pada kulit wajah.
Hah, madu pula elok digunakan untuk pelembab dan pembersih pada wajah. Jangan risau, anda boleh cuba dulu cara ini perlahan-lahan.
Jom Buat Ketulan Ais Timun
Ini bahan-bahannya, cukup dua bahan sahaja.
Timun
4 Sudu madu
Cara buat:
Kisarkan timun bersama air supaya mudah untuk dihancurkan. Selepas siap dikisar, masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian bagi melembabkan lagi kulit anda, masukkan empat sudu madu lebah dan gaul sehingga sebati. Masukkannya ke dalam ice tray sehingga 24 jam.
Setelah dibekukan, gunakan satu biji ais tersebut dan gosokkan secara lembut pada wajah. Dilakukan secara selang sehari, kesannya, kulit akan menjadi lembab dan jerawat akan kecut.
Bagi anda yang nak jimat dan mempunyai kulit muka sensitif dengan bahan kimia yang ada dalam produk wajah, molek lah guna petua cantik ini, ya.
Dah sudah tahu rahsia cantik, anda jangan lupa cuba ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya masih ramai yang tidak mengambil suntikan dos penggalak kerana beranggapan sudah lengkap dengan menerima suntikan dua dos sahaja.
Namun itu belum menjamin kita tidak mudah dijangkiti virus Covid-19. Apatah lagi dengan penyebaran varian omicorn yang menyebabkan kita perlu ambil dos penggalak ini sebagai satu langkah pencegahan.
Ayuh ikuti perkongsian Dr. Arisman kenapa kita perlu mengambil suntikan dos penggalak ini.
Doktor Jelas Sebab Kenapa Kena Ambil Dos Penggalak
Kenapa dos penggalak sangat-sangat disarankan untuk diambil segera mungkin? Kenapa negara-negara lain juga malah majoritinya juga mengambil langkah yang sama memberikan dos penggalak kepada rakyat mereka??
Kerana kajian demi kajian telah membuktikan. Bukti data membenarkan apa realiti sekarang sedang berlaku. Kajian peringkat global juga sudah banyak dan kita boleh jadikan rujukan. WHO dan CDC juga menyarankan dos penggalak untuk diberikan bagi melawan jangkitan kuman Covid-19 khasnya pada gelombang varian Omicron ini mengganas.
Begitu juga jika individu yang mempunyai kekebalan tubuh melalui natural immunity iaitumendapat antibodi selepas dijangkiti Covid-19, tahap perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 juga menurun selepas 3 bulan.
Dan vaksinasi diperlukan kerana ianya satu-satunya cara paling selamat untuk kita merangsang sistem imun tubuh bagi menghasilkan antibodi (askar) sebagai pelindung melawan jangkitan kemudian hari.
Semua orang pasti tak mahu dengan sukarela mendapat jangkitan alami dari Covid-19 semata2 mahu dapatkan kekebalan tubuh secara alami, kan? kerana cara itu adalah bahaya dan memudaratkan diri (dilarang dalam agama) kerana kita tak tahu sama ada jangkitan alami yang berlaku itu hanya ringan atau sedang atau boleh jadi jangkitan sangat teruk sehingga menyebabkan kematian.