Walau usia sudah 56 tahun, namun wajah Ardini Angeline Tan atau lebih dikenali sebagai Lucy menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tetap maintain awet muda.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik.
Tindakan pelakon Angeline Tan, memuat naik beberapa foto bertudung di akaun Instagram miliknya menerima komen positif netizen yang memuji penampilan digayakan itu cantik dan kelihatan muda.
Rata-rata netizen mendakwa raut wajah pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sebagai watak Lucy itu masih kekal ayu tanpa mekap dan tidak dimakan usia meskipun kini dia sudah melewati usia 50 tahun.
Terbaru, isteri kepada pelakon, Sabri Yunus ini memuatkan sekeping gambar dan menyatakan mereka berdua ke Tanah Suci, Mekah.
“Pagi ini berangkat ke Tanah Suci. Doakan kami”.
Demikian perkongsian pelakon Ardini Angeline Tan yang dijemput sebagai tetamu Allah mengerjakan umrah buat pertama kali.
Ditemani suami tercinta, Sabri Yunus, aktres yang baru memeluk Islam sekitar tiga bulan lalu itu meluahkan kesyukuran menerima pakej tersebut daripada penaja sebagai hadiah perkahwinan.
Kegembiraannya dizahirkan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jeddah menaiki penerbangan pukul 7 pagi tadi.
Dalam pada perkongsian Instagram itu, Angeline, 56, yang juga ibu kepada dua anak itu manis menggayakan jubah gelap dan bertudung labuh.
Dalam ruangan komen ramai mendoakan agar Angeline dan Sabri mendapat umrah yang mabrur.
Terdahulu, Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu dan selamat bernikah dengan Sabri, 65, di Perlis pada 14 Oktober lalu.
Sedap mata memandang, semoga Ardini Angeline Tan istiqomah dalam penampilannya yang dilihat manis bertudung.
Kredit gambar: Angeline Tan