Inspirasi

Amy Mastura Anggap Pujian Itu Peringatan, Air Muka Ibu Tak Lari!

Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura menyifatkan segala pujian yang diterima soal awet muda adalah sebagai peringatan baginya.

Menurut laporan Harian Metro, Amy atau nama lengkapnya Amy Mastura Suhaimi berkata, dia enggan berlapang dada sebaliknya bersyukur.

“Alhamdulillah dengan pujian kelihatan seperti adik-beradik dengan anak-anak, namun sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kenyataan. Jangan perasan sangat, saya selalu ingatkan diri saya.

“Ini kerana, mak tetap mak, tak jauh lari dia. Walaupun sering menerima pujian, namun sebenarnya menjadi peringatan. Sila beringat!

“Tak ke mana pun sebenarnya, menuju ke arah yang sama saja. Namun, buat sementara ini, Alhamdulillah.. Itu saja yang dapat saya ucapkan,” katanya.

Terdahulu, nama Amy sentiasa meniti di bibir peminat kerana sering menerima pujian seperti pelakon filem popular Puteri Impian itu kekal awet muda.

Tip Cantik Amy Mastura

Berkongsi tentang penjagaan wajah dalam portal Eh!, Amy hanya menggunakan yang asas sahaja iaitu pencuci wajah, pelembap dan krim wajah bagi mengekalkan kelembapan wajah. Tapi Amy akan pastikan wajahnya sentiasa dicuci dengan bersih.

Dan bila disoal sama ada pernah melakukan rawatan kulit yang ekstrem,  “Sejujurnya saya memang tidak tahu tentang rawatan kulit yang ada masa sekarang ini. Yang saya tahu hanya rawatan wajah yang biasa sahaja, itupun saya jarang lakukanya. Bila ada event yang penting baru saya pergi melakukanya,” ceritanya.

Bab solekan pula, sekiranya tidak mempunyai sebarang aktiviti atau persembahan, Amy memilih solekan yang natural dan hanya memakai gincu bibir sahaja.

Untuk info, Amy mendirikan rumah tangga bersama Alvin Tham Suffian sekitar tahun 2000. Hasil perkongsian hidup, mereka mereka mempunyai dua anak perempuan iaitu Adriana, 22, dan Adalia, 19.

 

Nadia

Rutin Kecantikan Datuk Syafinaz – Rahsia Awet Muda & Kulit Sihat Sejak Remaja

Tak puas tengok air wajah penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, walaupun sudah berusia…

11 bulan

Rutin Urut Wajah, Daripada Chubby Berubah Jadi V-Shape

Setiap pagi atau sebelum tidur, elok urut wajah untuk hilangkan masalah dagu berlapis dan jadikan…

11 bulan

Maintain Kecil Molek, Nora Danish Tak Memilih Bab Makan, Telur Pun Cukup!

Semakin jelita dan tubuh badannya maintain kecil molek, Nora Danish memang salah seorang artis wanita…

11 bulan

Kurangkan Masalah Gelap Bawah Mata, Perlukan 2 Barang Sahaja Dan Hasilnya Wow!

Stress juga kalau hadap masalah gelap bawah mata, nak-nak kalau mahu keluar ke majlis tertentu…

11 bulan

Rupanya Beauty Hack Ini Semua Mitos, Jangan Cuba Kalau Tak Nak Kulit Rosak

Masih ramai yang terpengaruh dengan beauty hack dikongsikan di media sosial, ada yang kononya membantu…

11 bulan

Cara Ketahui Warna Sesuai Dengan Kulit, Senang Nak Pilih Baju Raya Nanti

Ini cara ketahui warna sesuai dengan kulit sebelum beli baju cantik! Raya Aidilfitri pun semakin…

11 bulan