Gaya Hidup

Roti Mesra Diet, Nak Kurangkan Kalori Kena Pandai Pilih!

Share

Kena pandai cari roti mesra diet kalau nak kurus! Ya, aspek pengambilan kalori perlu diberi perhatian jika mahu nampa kesan yang cepat.

Antara makanan yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kalori adalah hidangan berkarbohidrat seperti roti.

Pilih Roti Mesra Diet

Melalui satu hantaran di laman Instagram oleh HKT Original HQ

, ada dikongsikan beberapa jenis roti yang mesra diet serta roti yang perlu dielakkan.

Ayuh kita lihat!

1) Roti putih

Jenis roti ini perlu dielakkan sama sekali bagi mereka yang sedang berdiet, ia berikutan kandungan indeks glisemik (GI) serta gula yang tinggi.

Untuk makluman, indeks glisemik merujuk kepada ukuran kandungan karbohidrat di dalam makanan yang berupaya meningkatkan glukosa darah.

Antara keburukan lain makan roti putih adalah anda cepat berasa lapar walau dalam masa sejam selepas roti dijamah, boleh menyebabkan anda terbabas dalam usaha mengawal pengambilan kalori.

2) Roti mil penuh (wholemeal)

Roti ini sangat disarankan untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan, dengan indeks glisemik berada pada paras ideal iaitu 55.

Sekali makan boleh kenyang sampai petang, barulah perut tidak meronta-ronta minta diisi.

@muhainiidris_coach 5 JENIS ROTI LULUS UNTUK DIET #fyp #coachmuhainiidris #rotigardenia #tipskurus #MYFoodie ♬ Sin Pijama – Becky G & NATTI NATASHA

3) Roti gandum ungu Kanada

Satu inovasi baharu, roti ini menjanjikan khasiat berganda dengan indeks glisemik hanya pada paras 50.

Serat yang tinggi di dalam roti ini juga membantu anda cepat kenyang walaupun dimakan dalam kuantiti sedikit, pasti gaya hidup lebih sihat.

Semoga bermanfaat!

Kredit video: munhainiidris coach

Published by
Nadia