Gaya Hidup

Kalori Yang Terbakar Mengikut Jenis Senaman, Tak Ada Alasan Nak Sihat dan Kurus

Share

Ketahui dulu jenis senaman yang cepat bakar kalori untuk anda dapat hasil terbaik sebelum mulakan senaman.

Skipping Paling Penat tapi Cepat Bakar Kalori

Namun menerusi perkongsian saudari Izzatie Jahira, dalam banyak-banyak senaman, skipping yang terpaling memenatkan sekali walau baru nak masuk 20x melompat. Tapi kalori terbakar memang laju. Puas hati sangat!

Jadi kalau ada masa, buatlah skipping, memang cepat kalori terbakar. Tetapi anda kena ingat kalori terbakar disaat jantung berdegup laju bukan bergantung sebanyak mana anda berpeluh.

Maksudnya bacaan jantung atas 100bpm baru proses pembakaran lemak berlaku tetapi bergantung kepada jenis senaman jugalah.

Kalau anda baru mula nak bersenam, stamina memang lemah, anda akan rasa semput, letih gila, tak mampu nak bertahan untuk 30 minit pun tapi akan mula meningkat kalau setiap hari badan terbiasa dengan aktiviti bersukan.

Lama-kelamaan anda mampu bersenam yang berintensiti tinggi.

Boleh Awet Muda Bila Suka Senaman

Menurut Profesor Bersekutu, Perubatan Kardiologi/Pernafasan, University of Connecticut Health Center di Farmington, Dr Peter Schulman, “Senaman ini sudah tentu bagus untuk hati. Menguatkan badan pada bahagian atas dan bawah serta dapat membakar kalori dalam masa yang singkat. Tetapi ia bergantung kepada kesesuaian individu.”

Kalau ikutkan pandangan pakar kesihatan pun, melompat tali memberikan manfaat kesihatan secara menyeluruh. Apabila anda lebih fokus dan pernafasan lebih efisien, secara tidak langsung dapat menjadikan anda sebagai individu yang lebih tenang. Dalam masa yang sama senaman boleh membuatkan anda kekal awet muda, sihat dan cantik.

Jadi apa tunggu lagi? Marilah ber-skipping!

Published by
Nadia