Gaya Hidup

Buat Senaman 10 Minit, No More Paha Bergesel!

Share

Senaman kecilkan paha, khas buat anda yang mahu tukar saiz seluar yang lebih selesa dan berjalan tanpa geselan, ini tip mudah untuk jadikan rutin harian.

Ya, tak perlu lari atau berjogging sebab anda boleh buat senaman mudah ini dekat rumah. Hanya 10 minit dah boleh dapat paha idaman. Jom cuba cara saudari Aishah ini!

Senaman Kecilkan Paha

1. SQUAT

Senaman kecilkan paha.

2 set, 15-24 kali setiap ulangan. Jarakkan kaki. Berdiri dengan tangan pada bahagian sisi badan ataupun tegak ke hadapan sama paras dengan bahu.

Rendahkan badan secara perlahan-lahan. Bengkokkan lutut sehingga dalam keadaan 90 darjah.

Pastikan belakang kekal tegak dan lutut tidak membengkok melebihi jari kaki. Berdiri semula dan ulang gerakan yang sama.

2. LUNGES

Senaman kuatkan otot peha.

1 set senaman, setiap set merangkumi 15 hingga 24 kali gerakan. Berdiri seperti ingin mengambil sebuah langkah yang besar.

Perlahan-lahan, bengkokkan kaki dan turunkan badan hingga kedua-dua kaki berada dalam keadaan 90 darjah.

Tolak badan ke atas menggunakan buku lali jika ingin kembali ke posisi asal.

Sama seperti senaman squat, pastikan belakang berada dalam keadaan yang lurus. Jangan biarkan lutut melebihi paras jari kaki.

3. CALF RAISES

Senaman kecilkan peha paling mudah.

Mengjengket, 2 set senaman, setiap set merangkumi 15 kali gerakan.

Lakukan senaman ini pada kawasan dinding. Letakkan tangan pada dinding, berdiri tegak dan longgarkan lutut anda.

Gunakan hujung jari kaki, perlahan-lahan angkat badan anda ke atas. Kemudian, kembali ke posisi asal dan lakukan gerakan yang sama 15 kali.

Jika anda rasa senaman ini mudah, cuba pegang pemberat pada kedua-dua belah tangan.

4. BRIDGES

Senaman untuk baiki kelenturan badan. 2 set senaman, 15 hingga 20 kali gerakan setiap set.

Baringkan badan. Bengkokkan lutut dan pastikan buku lali dekat dengan punggung.

Perlahan-lahan, angkat punggung hingga belakang badan (lutut ke bahu) berada dalam keadaan lurus.

Ketika mengangkat badan, cuba keraskan otot pada kawasan punggung dan perut.

Jangan biarkan lutut bengkok ke dalam. Pastikan sentiasa tegak semasa senaman.

Published by
Nadia