Sejak akhir-akhir ini, anda kurang bersemangat untuk bersenam sehinggakan badan anda cepat merasa letih dan penat. Apatah lagi sejak perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.
Jangan jadikan alasan duduk di rumah menyebabkan anda malas untuk bersenam. Bagaimana anda ingin kembalikan kecergasan dan kesegaran anda dengan cepat dan mudah.
Usah bimbang, ikutilah cara mudah ini.
ISNIN
Anda boleh bawakan pedometer ketika berjalan kaki. Ini untuk memberi semangat kepada anda terutamanya melihat angka-angka pada pedometer.
Kajian yang diterbitkan di The International Journal of Obesity menunjukkan bahawa berjalan kaki lebih dari 10,000 langkah per hari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan kanser.
SELASA
Cubalah berjalan kaki sekeliling rumah atau di sekitar kawasan perumahan selama 15-20 minit dengan kelajuan 3-4km/jam. Ini kerana kelajuan ini diperlukan untuk mendapatkan kesihatan jantung dan aliran darah bagi mencegah penyakit jantung.
RABU
Cara lain untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan membakar lebih banyak kalori adalah berjalan-jalan di kawasan sekeliling. Anda juga boleh pergi ke kafe untuk minum kopi dan makanan sihat yang lain.
Ads
Cuba gunakan mesin fotostat atau faks yang terletak di tingkat atas atau paling jauh dari meja kerja di rumah anda untuk membantu bergerak dan naik turun tangga.
KHAMIS
Letakkan beberapa barbell ringan di atas meja anda supaya anda boleh angkat ketika sedang berehat. Atau boleh juga ikatkan pemberat pada alat kawalan televisyen.
Lakukan senaman kecil dengan menggerakkan otot tangan ke atas dan kebawah setiap kali anda menukar siaran televisyen selama 5-10 minit. Dengan mengangkat beban, ia boleh mengurangkan risiko terkena penyakit termasuklah osteoporosis dan penyakit jantung.
JUMAAT
Manfaatkan waktu bersama pasangan dengan berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah. Lakukan regangan otot badan semasa duduk atau berdiri. Anda juga boleh mencuba latihan mengangkat bahagian tumit kaki untuk melatih otot kaki.
Ads
SABTU
Daripada anda melewatkan masa untuk latihan secara rutin, adalah lebih baik anda memendekkan masa dan menambahkan intensiti untuk mendapatkan kualiti latihan anda. Contohnya, mengurangkan masa berbasikal di gymnasium tetapi ulangi dengan 2-3 kali berbasikal cepat dalam tempoh seminit.
HUJUNG MINGGU
Sesekali cubalah untuk rancang dengan pasangan anda melakukan aktiviti senaman bersama. Berbasikal, bermain badminton bersama pasanan boleh membuatkan anda bersemangat. Latihan ini jauh lebih murah dan sihat berbanding anda makan di restoran atau kafe.
Kelebihan Lakukan Senaman:
– Dengan melakukan latihan beban dan kardio di gymnasium juga boleh membantu anda untuk terus menjaga kesihatan dan kebugaran badan. Ini kerana gymnasium adalah satu-satunya tempat yang boleh membuatkan anda yakin untuk melakukan senaman.
– Anda juga boleh lakukan latihan intensiti di rumah dengan menggunakan peralatan sederhana seperti dumbbell, kettlebell atau push up, sit up dan sebagainya.
Ads
Elakkan Ini:
– Pastikan anda tidak terlalu banyak duduk sepanjang hari. Walaupun kerja anda tertumpu pada komputer, sebaiknya tetap melakukan gerakan secara rutin. Contohnya, berlari atau berjalan dengan masa yang singkat sudah cukup baik untuk anda.
– Anda juga boleh melakukan latihan ringan ini sebelum anda memulakan kerja, ketika berehat selepas makan tengahari atau selepas penat seharian bekerja walaupun di rumah saja.
– Seeloknya, anda jangan duduk lebih daripada satu jam dalam satu masa, cubalah bergerak atau berjalan-jalan demi untuk kesihatan anda.
Melihat penampilan Amy Mastura yang maintain jelita dan langsing sejak awal kemunculan hingga kini membuatkan ramai tertanya-tanya petua kecantikan dan kesihatan diamalkan penyanyi ini.
Malah, dengan susuk tubuh kecil molek ramai tidak percaya bahawa penyanyi kelahiran Perak ini usianya sudah mencecah hampir 50 tahun.
Namun penampilannya seperti anak dara walaupun sudah melahirkan dua anak perempuan yang kini masing-masing sudah meningkat dewasa.
Dalam satu temubual dengan Harian Metro, Amy Mastura mendedahkan rahsia badannya kekal ramping kerana jarang makan nasi semasa mengandungkan anak pertamanya, Adriana sejak 20 tahun lalu.
Menurutnya dia tidak kisah dan tidak mempunyai apa-apa simptom apabila tidak mengamalkan makan nasi seperti individu lain.
“Sejujurnya saya memang kurang makan nasi. Semasa mengandung Adriana, saya alah dengan bau nasi dan sejak itu keinginan untuk makan nasi dah hilang.
“Entah kenapa saya tak suka dengan bau nasi. Namun saya masih makan nasi tapi kuantitinya tak banyak sangat. Kalau makan pun dua tiga sudu sekadar nak campur dengan lauk.
“Kalau tiada nasi pun tiada masalah bagi saya dan digantikan dengan apa-apa pun okay. Tapi rasa manis kena ada. Saya amat menggemari kek coklat dan mujurlah tiada penyakit diabetis,” katanya.
Sebelum ini setiap kali muncul di khalayak, Amy yang sudah berusia 51 tahun, mencetuskan kekaguman dikalangan peminat kerana dikatakan awet muda kerana wajahnya yang tidak makan usia.
Dia pernah berkongsi gambar perkahwinannya dengan suami, Alvin Tham Suffian sekitar tahun 2000 sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-21, dua tahun lalu dan rata-rata peminat kagum kerana wajahnya kelihatan muda berbanding usia sebenarnya.
Amy juga pernah mendedahkan sikap kelakarnya yang suka bergurau dengan Alvin menjadi petua awet muda serta kebahagiaan rumah tangga mereka yang kini sudah memasuki usia 22 tahun.
Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan iaitu Adriana, 21, dan Adalia, 18. Mereka juga dilihat sebagai pasangan dan keluarga bahagia kerana jarang mendengar sebarang kontroversi di media massa.
Amy yang juga bekas pramugari yang kini berada dalam fasa ‘jubli perak’ kariernya, pernah dikenali dengan lagu popular seperti Jawapan Kasih, Meniti Hari, Kasih, Diam Diam Rindu, Suria Khatulistiwa, Nada Rindu, Sha Na Na dan Lagu Happy.
Baru saja mendengar mengenai virus varian Omicron yang sudah mula menular dalam kalangan kita, kini timbul pula penyakit ‘florona’.
Kes pertama yang dikesan membabitkan seorang wanita hamil yang dimasukkan ke pusat perubatan untuk bersalin.
Apa sebenarnya penyakit ‘florona’ ini yang hangat diperkatakan di tengah-tengah lonjakan kes Covid-19 disebabkan oleh varian Omicron, yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan pada November 2021 dan kini merebak ke 20 buah negara.
Apakah sebenarnya ‘florona’? Berikut beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenainya:
1. Ia bukanlah satu varian baru Covid-19. Ia adalah jangkitan berganda Covid-19 dan influenza kepada seseorang dalam masa yang sama.
2. Florona mungkin menunjukkan kerosakan besar sistem imun kerana dua virus memasuki tubuh manusia pada masa yang sama.
3. Kedua-dua virus influenza dan novel koronavirus boleh disebarkan kepada orang lain walaupun penghidap yang belum mula menunjukkan simptom, bergejala ringan atau langsung tidak menunjukkan gejala.
4. Pakar kesihatan awam bimbang tentang jangkitan “kembar” Covid-19 dan influenza sejak awal pandemik Covid-19 lagi. Disebabkan penjarakan sosial dan langkah berjaga-jaga yang lain, penularan kes influenza dapat dibendung. Walau bagaimanapun, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) memudahkan penyebaran patogen yang boleh menjadi penyebab kepada kemunculan Florona.
5. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu mempunyai kemungkinan untuk dijangkiti kedua-dua Covid-19 dan influenza sekali gus. Simptomnya juga adalah sama termasuk batuk, hidung berair, sakit tekak, demam, sakit kepala dan keletihan.
6. Bagaimanapun, agensi kesihatan menyatakan simptom jangkitan mungkin berbeza bagi setiap individu. Sesetengah pesakit mungkin tidak mempunyai simptom, ada yang hanya mungkin mengalami gejala ringan dan ada yang mungkin bergejala yang teruk.
7. Menurut Nature, Covid-19 dan influenza adalah kedua-dua patogen dihantar melalui udara yang menjangkiti tisu manusia yang sama iaitu saluran pernafasan dan sel hidung, bronkial, dan paru-paru.
8. Jangkitan sekali gus SARS-CoV-2 dan virus influenza mungkin meletakkan populasi besar di bawah risiko tinggi untuk dijangkiti.