Baru pulih dari bedah jantung & masih tak fit. Tapi aksi pocket rocketman masih lagi terpantas! Ramai tahu baru-baru ini pelumba basikal negara kita, Azizulhasni Awang atau digelar pocketrocket Man terpaksa berehat seketika dari sukan berbasikal, kerana memberi tumpuan pada kesihatannya apabila disahkan mempunyai masalah jantung.
Walaupun belum muncul dalam mana-mana kejohanan, Azizul kini hanya melakukan aktiviti rutian biasa dan salah satunya mengayuh basikal dengan jurulatihnya, John Beasly.
Biarpun masih baru pulih dari pembedahan jantung dan belum fit sepenuhnya (dalam peringkat pemulihan), Azizul masih diiktiraf sebagai Pocketrocket Man yang masih berbisa auranya. Ini diakui sendiri oleh jurulatihnya itu setelah mereka sama-sama berentap mengayuh bersama-sama selama dua jam.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Korang ingat lagi tak cerita kayuhan terserempak dengan Mat Salleh tu? Sebenarnya nama dia bukan Salleh pun, tapi nama dia adalah John Beasley. Dan dia adalah jurulatih saya. Maaf bukan nak troll korang tapi saja nak bagi plot twist skit.
Ads
Disebabkan lama tak jumpa kerana John sudah berkampung di Malaysia dari awal tahun lagi, jadi bila sampai di Malaysia je, saya terus pergi berjumpa dengan beliau. Seperti biasalah, kami berdua jenis tak suka membuang masa begitu sahaja jadi kami buat pengisian perjumpaan itu dengan kayuhan selama dua jam sambil-sambil berborak. 2 in 1 kata orang.
Disebabkan lama tak jumpa tu, punyalah excited si John ni dapat berjumpa dengan saya, dia bercakap tak berhenti. Bercakap je sepanjang kayuhan tu, macam-macam cerita dia kongsikan. Kadang-kadang tu saya saja naikkan pace kayuhan, tapi dia naikkan gear untuk catch up dengan pace saya pulak. Macam mana ni?
Jadi saya perlu mengeluarkan senjata rahsia saya. Apa yang saya buat adalah bila melalui kawasan berbukit, apalagi.. ATTACK!!! Hahahaa. Gambar yang saya share sebelum itu adalah ketika berkayuh menaiki bukit dan John tengah mengah abis.
Bukan kejam saudara saudari sekalian, tapi masa ni lah nak ajar dia sikit, kalau kat dalam velodrome tu, saya pishang terbongkang termuntah macam mana sekalipun, dia mesti buat muke seposen dan cakap ‘we’re still doing five set’. Maksudnya tak ada potongan dengan set yang kitorang sepatutnya buat walaupun melihat saya didalam keadaan terseksa sebegitu. Susah nak bagi diskaun wehhh. Kupik bangaaa!
Tapi sebenarnya melihat kepada sudut yang positif memang baguslah mentaliti muka seposen dia tu dan disebabkan itulah saya berada di mana saya berada pada hari ini. Tapi misi balas dendam tetap balas dendam lah hahaaha.
Dan saya tak cerita lagi dekat korang pada awalnya sebelum kami nak mulakan kayuhan tu. John dengan konfiden level dewanya bagitahu yang dia akan tinggalkan saya dalam latihan kayuhan harini, maklumlah saya baru pulih dari pembedahan jantung dan baru mula berkayuh, masih belum fit. Jadi selepas berkayuh selama dua jam dan diisi dengan perbualan dan adegan cubaan membelasah sesama sendiri, John pun akur.
Ads
‘You still got it mate’ kata John kepada saya.
‘Of course, i’m the pocketrocket!’ balas saya.
John pun membalas ‘Alright it’s my shout for our coffee today’.
Kedua-duanya gembira.
Untuk info, Azizulhasni merupakan pemenang pingat Perak di Olimpik Tokyo 2020, disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.
Ini makanan menggemukkan tanpa disedari, jadi jika anda berniat nak turunkan berat badan secepat mungkin, sila kurangkan dan elakkan sehabis boleh.
Sebenarnya ramai yang fokus nak kurus bila umur dah masuk 30-40an, sebab ini boleh memudahkan anda untuk buat macam-macam aktiviti dan senang untuk beribadat dalam masa yang lama.
6 Makanan Menggemukkan Tanpa Disedari, Sila Kurangkan!
Nak masuk Ramadan pula, badan sebolehnya kena berdiri lama untuk melakukan solat terawih. Menurut perkongsian daripada pharmacistcho, makanan yang menggemukkan biasanya adalah makanan yang kita makan masa kita stress.
Apa yang biasa anda makan masa stress?
Kalau anda jenis yang suka makan masa stress, cuba control stress level anda. Bersenam, bukan Netflix yang boleh bantu anda hilangkan stress.
Kalau mulut rasa nak kunyah, makan buah seperti epal dan jambu batu yang tinggi serat, rendah kalori dan kaya dengan vitamin C.
Tahukah anda ada beberapa supplemen yang boleh bantu anda relax dan hilangkan stress.
Anda juga patut mengambil tahu jumlah kalori yang masuk untuk kawal berat badan anda.
Nah, semak sini ya.
1. Nasi lemak 500 kalori
2. Roti canai 300 kalori
3. Donut 200 kalori
4. Mayonis 260 kalori
5. Burger 470 Kalori
6. Ais Krim 380 kalori
Rajin Buat Senaman, Badan Lebih Sihat
Selebihnya, untuk mengurangkan kilo anda kena juga buat senaman ringan. Bagi berpeluh dan mempercepatkan pemulihan daripada penyakit dan tekanan mental.
Bagi anda yang sudah berumur, senaman secara berjalan adalah salah satu bentuk senaman yang paling biasa. Dan berjalan secara rutin membantu anda membina kekuatan dan ketahanan.
Senaman Dalam Rumah
Tak ada masa nak keluar jogging dan bersukan? Itu alasan biasa bagi orang yang tak berapa rajin keluarkan peluh. Tengok, dalam rumah pun anda boleh buat senaman. Mudah sangat ni, cuma perlu konsisten ya.
Bila bertubuh gempal, tak mudah nak posing bagi gambar nampak cantik. Malah ada sesetengah orang akan rasa kurang yakin untuk masuk frame bila tengok hasilnya nampak besar.
Namun begitu, tidak semua orang mampu untuk memiliki badan yang langsing dan akhirnya individu gempal juga yang berputih mata hendak berkongsi momen di media sosial.
Cara Posing Untuk Bertubuh Gempal
Kini jangan risau, melalui satu perkongsian di Twitter oleh Dyeana, dikongsikan beberapa cadangan ‘posing’ bergambar untuk mereka yang berbadan besar agar kelihatan elegan.
Jom tengok satu persatu gaya posing yang betul. Lepas ni mereka yang berbadan ‘plus size’ tidak perlu lagi malu-malu untuk menyerlahkan diri.
Bergambar dengan menggunakan A pose (kiri) atau V pose (kanan).
1. Posing beg tangan
Pastikan pose badan yang nampak sedikit ‘curvy’ tetapi jangan keterlaluan.
Gunakan konsep V atau A pose.
V pose = Jika silang kaki, pastikan posisi tangan atau lengan terbuka.
A pose = Jika pose kaki terbuka, dekatkan atau sorok tangan di badan.
Bergambar dengan pose memegang aksesori seperti kaca mata hitam atau topi.
2. Posing dengan memegang aksesori
Sesuai untuk individu yang berasa kurang yakin dengan bahagian lengan atau tangan.
Pose ini akan lemak bahagian lengan dengan pergerakan lebih cantik dan menarik.
Pose badan penuh.
3. Posing badan penuh
Untuk gambar badan penuh, boleh ikut pose dalam gambar di atas, 100 peratus sesuai untuk gambar outfit of the day (OOTD) nampak cantik!
Pose swafoto di cermin jarang mengecewakan.
4. Posing swafoto di cermin
Salah satu pose yang popular dan mudah untuk bergambar.
Biasanya apa-apa pose pun kalau di cermin memang gambar nampak cantik.
Pergerakan ketika bergambar dapat ‘memeriahkan’ lagi foto.
5. Posing dengan pergerakan
Boleh cuba pelbagaikan pergerakan pose seperti berjalan atau angkat tangan.
Boleh juga cuba pelbagaikan pose yang diilhamkan sendiri, elakkan badan untuk nampak kaku. – Dyeana
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Viral baru-baru ini apabila dua orang kanak-kanak dimasukkan ke hospital kerana masalah cirit-birit, setelah dikatakan makan puding buih di bazar Ramadan yang dibeli oleh ibu mereka di sebuah gerai.
Kanak-kanak berusia sembilan dan tujuh tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Khamis dan masih menerima rawatan sehingga kini, namun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan seorang daripada mereka telah dibenarkan pulang.
Sebenarna ini bukanlah kes pertama, tetapi pada tahun 2020 ada kes yang melibatkan lebih 100 orang mangsa hingga ada antaranya yang meninggal. Puncanya juga masih sama makan puding buih yang dijual di bazar Ramadan.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu bahawa pengendalian bahan mentah tidak sempurna semasa menyediakan hidangan ini yang selalu jadi punca keracuannan makanan ini.
Gambar sekadar hiasan.
Ayuh dengarkan perkongsiannya.
Hari ini ada kes keracunan makanan disyaki akibat puding buih di bazar. Sampel telah dihantar ke makmal untuk pengesahan. Kes keracunan berkaitan puding buih ni, bukan kali pertama terjadi.
Untuk makluman, pada tahun 2020 ada kes yang melibatkan lebih 100 orang mangsa, dan ada mangsa yang meninggal. Kes berkenaan juga berpunca dari puding buih yang dijual di bazar.
Pengendalian bahan mentah yang tidak sempurna semasa penyediaan puding buih lazimnya menjadi punca keracunan makanan kepada pengguna. Berikut adalah 4 perkara yang perlu diberi perhatian:
TELUR Telur perlu dipastikan masih elok dan dicuci bersih sebelum digunakan. Telur yang kotor atau telur yang sudah rosak boleh dicemari oleh bakteria Salmonella. Bakteria ini menyebabkan keracunan makanan.
TEKNIK PENYEDIAAN Putih telur dipukul sehingga kembang berbuih dan ia tidak dimasak. Untuk jadikannya selamat, telur perlu dimasak sekurang-kurangnya 75°C. Jika perlukan suhu kurang daripada itu, gunakan telur terpasteur.
SUHU PENYIMPANAN Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana pembiakan bakteria akan berlaku. Puding buih perlu disimpan pada suhu sejuk dingin iaitu antara 0 hingga 10°C.
TEMPOH PENYIMPANAN Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut menyebabkan keracunan makanan. Penyediaan puding buih ini amat sensitif: bahan perlu segar, penyediaan perlu betul, suhu perlu dijaga, masa perlu diperhati. Oleh itu, peniaga perlu pastikan semua perkara ini terjamin.
Keselamatan pengguna seharusnya jadi keutamaan. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan
*untuk maklumat tentang keselamatan dan kualiti makanan, boleh ikuti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia