Baru melihat Datuk Seri Siti Nurhaliza bekerja tanpa henti sepanjang bulan lalu walaupun sarat mengandung, hari ini beliau sudah selamat melahirkan anak keduanya.
Penyanyi nombor satu negara ini selamat bersalin anak lelaki dan memilih kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta jam 6.21 pagi tadi.
Pihak pengurusan Siti iaitu Siti Nurhaliza Productions Sdn Bhd berkata, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu dan anak yang baharu dilahirkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Alhamdulillah, pada pagi Isnin bersamaan 7 Ramadan hari ini, Siti selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.84 kilogram. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
“Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua mereka.
“Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar.
Ads
“Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya.
Menerusi kenyataan sama, pihak Siti merakamkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang membantu dalam proses bersalin.
“Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
“Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Ads
“Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT,” katanya.
Siti dan suami yang berkahwin pada 21 Ogos 2006 dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun juga menerusi proses IVF.
Kita doakan semoga ibu dan anak sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa.
Bagi kaum wanita jerawat adalah musuh paling menakutkan. Kalau nampak walau hanya sebiji di muka akan segera melenyapkannya dengan pelbagai ubatan atau krim yang ada.
Jika dibiarkan bimbang akan menyebabkan jerawat menjadi masalah breakout dan meninggalkan kesan parut yang sukar dihilangkankan.
Pelbagai cara digunakan dan salah satu adalah penggunaan petua tradisional yang dikongsi oleh Maria Ismail.
Hanya menggunakan bahan dapur seperti bedak sejuk dan asam jawa bagi merawat masalah jerawat dan hasilnya kulit jadi lebih licin dan flawless.
Ayuh ikuti perkongsiannya.
CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT DAN JERAGAT GUNA DUA BENDA KERAMAT
Semua orang kenal dua benda ni iaitu BEDAK SEJUK dan ASAM JAWA kan. Tapi sebenarnya banyak khasiat tau untuk kecantikkan kulit. Korang asyik guna scincare ja tapi pernah tak terfikir nak rawat guna bedak sejuk dan asam jawa.
Haa, kita kena juga rawat cara traditional korang. Lagipun bahan dia mudah dah ada tersedia dah ada kat dapur. Save bujet gitu kan.
Kenapa Kak Mar guna asam jawa sebagai bahan utama.
Khasiat asam jawa merupakan sumber dari antioksidan, flavonoid, vitamin C dan vitamin A, fungsinya untuk mencegah efek buruk dari radikal bebas, manfaat asam jawa juga untuk mencerahkan kulit ,mengurangkan bintik2 hitam dan kesan parut bekas jerawat.
Kalau korang rajin buat insya-Allah parut jerawat dan juga jeragat pudar nanti.
Walaupun simple tapi kalau praktik insyaAllah kulit boleh cantik. Ok Jom tengok setiap pic ada cara penyediaan
Refresh balik petua ni kot ada yang nak cuba. Nak cantik tapi bujet takda. Boleh cuba cara traditional. Silakan share kalau rasa bermenafaat.
Baru-baru ini, pelakon wanita, Lana Nordin mengakui berpuas hati dan gembira walau duit hangus RM166,000 bagi tujuan pembedahan kosmetik di bahagian hidung.
Menurut laporan Utusan, Lana berkata yang pembedahan kosmetik yang dilakukan bukanlah bertujuan suka-suka sebaliknya disebabkan oleh masalah kesihatan.
Punca Lana Nordin Buat Pembedahan Hidung
Akuinya, sudah banyak kali buat pembedahan. Mula-mula menjalani pembedahan kosmetik beberapa tahun lalu kerana nak betulkan semula hidung yang senget akibat kemalangan motosikal di bangku sekolah.
“Kalau dikira, sudah lima kali saya lalui proses ini. Apa yang boleh saya kongsikan, dulu, teknologi tidak sama macam sekarang. Tempoh hari, saya ke Seoul, Korea Selatan untuk buat pembedahan hidung tetapi dengan menggunakan tulang rusuk pula.
“Berhabis sebanyak RM166,000, saya berpuas hati dengan hasil pembedahan. Tak rasa sakit langsung! Mungkin sebab teknologi pun sudah berevolusi. Saya harap itulah kali terakhir perlu jalani pembedahan,” luahnya.
Tak Pandang Serong Orang Yang Buat Pembedahan Kosmetik
Berikutan itu, Lana tidak akan memandang serong mana-mana orang yang melakukan pembedahan kosmetik kerana merasakan mereka mempunyai alasan yang tersendiri.
“Secara peribadi, saya fikir tak salah pun jika seseorang itu nak tampil cantik. Kalau tidak, tak adalah semua orang pakai produk atau merawat kulit wajah atau pakai kosmetik. Satu yang saya tahu, jika buat pembedahan wajah atas faktor kesihatan itu dibolehkan,” katanya lagi.
Lana tidak kisah dengan tohmahan dan kecaman netizen setelah secara terbuka berkongsi mengenai perkara itu kerana merasakan mulut orang itu tidak boleh ditutup dan pasti ada yang akan tetap mengata dan mengutuk dirinya.
Apa pun pilihan, Lana Nordin tetapi cantik jelita sampai sekarang!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang menghidap darah tinggi, sangat digalakkan mengambil pemakanan sihat bagi menurunkan bacaan darah untuk kekal tetap dan selamat.
Jika dilihat melalui pola pemakanan menyarankan agar pesakit makan lebih banyak sayur, buah-buahan, protein rendah lemak serta pengambilan makanan dengan kandungan magnesium, kalium dan kalsium yang tinggi.
Semua sayur-sayuran secara umumnya kaya serta dan boleh membantu menguruskan kadar tekanan darah agar tetap stabil.
Berikut adalah beberapa jenis sayur yang mampu menurunkan bacaan darah tinggi.
1. Brokoli
Brokolo termasuk dalam kategori makanan yang selamat dimakan oleh penderita darah tinggi. Sayuran ini kaya dengan kandungan kalsiumm, kalium, magnesium dan vitamin C yang mampu menjadi penurun bacaan darah tinggi.
Bagi mendapatkan manfaat maksimum brokoli, biarkan ia selama 40 minit selepas dipotong dan dibersihkan. Tujuannya bagi mengeluarkan enzim yang melawan keradangan. Selepas itu barulah ia dimasak sama ada dengan menumis, merebus atau dijadikan ulam.
2. Capsicum
Capsicum atau paprika merah tidak hanya pedas tetapi ia mengandungi kalium, vitamin A dan vitamin C. Ia juga mudah dimasak sama ada dipanggang atau ditumis dengan minyak zaitun.
3. Lobak merah
Lobak merah mengandungi senyawa felonik tinggi seperti klorogenik, p-coumaric dan asid caffeic. Ia membantu mengendurkan pembuluh darah, mengurangkan keradangan dan membantu menurunkan kadar darah tinggi.
Penghidap hipertensi disarankan untuk makan lobak merah secara mentah bagi mendapatkan khasiatnya.
4. Saderi
Kandungan phthalides dalam saderi membuatkan sayuran ini kaya dengan serat yang mampu menurunkan kadar darah tinggi pesakit.
Seperti lobak merah, ia juga mampu mengendurkan pembuluh darah sekaligus menurunkan tekanan darah tinggi.
Tidak seperti lobak merah, saderi sebaik-baiknya dimasak dalam memastikan manfaatnya dapat memberi kesan kepada pesakit.
5. Bayam
Bayam kaya dengan nitrat, kalium, kalsium dan magnesium. Dalam satu kajian, rutin makan bayam selama tujuh hari dapat mengawal darah tinggi. Ia juga baik untuk mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan kerja jantung.