“Bayangkan sejak saya berumur tujuh tahun, saya berjalan kaki sejauh 4 kilometer ke sekolah. Bagi saya, pergi balik ke sekolah itu ibarat satu latihan, sebab itu saya sebati dengan dunia lasak kini.
“Saya juga biasa meredah hutan bersama arwah datuk saya untuk memburu kancil, ayam denak dan menjala ikan sungai, saya seronok dengan itu semua,“ ujarnya tanpa berselindung.
Malah sewaktu menjadi wartawan penyiaran, Normala juga sangat aktif dengan aktiviti lasak apabila berjaya meredah Sungai Merapoh dan berakhir di Kampung Cegah Parah, Pahang untuk program Seulas Pinang.
Ditanya pula apa rahsia kekal awet muda,Normala memberitahu sangat berhati-hati dengan pengambilan makanan.
Tiada mengambil sebarang jamu, produk istimewa mahupun sauna untuk menterjemahkan kecantikannya.
Ads
Namun, personaliti yang kaya dengan sifat ketimuran itu berkata, dirinya tidak sesekali makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk.
Praktisnya cuma minum air rebusan halia, serai rebus bersama kunyit, dua hingga tiga kali seminggu. Selain itu, Normala akui, beliau amat menggemari sayur pegaga dan kecur.
“Saya sebenarnya kalau nak diikutkan, tidaklah berpantang macam-macam, saya jaga (kesihatan) sebab semakin tua, semakin banyak makanan yang saya alah seperti tidak boleh makan sebab angin, kembung dan sebagainya.
“Jadi pengambilan jenis makanan dan kuantiti amat saya beratkan, contohnya pulut, saya alah dengan pulut dari muda lagi,“ ujarnya lagi.
Selain itu dari segi kerohanian, beliau juga turut mengamalkan beberapa ayat tertentu diamalkan.
Ads
Apa yang kita baca setiap kali solat itulah yang sa amalkan. Cumanya saya juga Kalau boleh setiap hari akan habiskan satu muka surat bacaan Al-Quran.
Penyakit Jilatan Jin, Gatalnya Sedap Bila Digaru. Lepas 24 Jam Tak Baik, Doktor Nasihat Buat Ini! Pernah atau tidak anda berdepan dengan masalah ruam kemerahan yang berbintik-bintik atau bertompok kecil di kawasan tertentu.
Ada kalanya rasa gatal yang menyucuk menyebabkan gatal tangan untuk menggarunya. Makin lama digaru makin sedap sampai tidak sedar boleh mencederakan diri.
Ada macam-macam nama untuk menyebut penyakit ini. Dalam perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan memberitahu penyakit jilatan jin atau ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik.
Penyakit Jilatan Jin, Gatalnya Sedap Bila Digaru
PENYAKIT JILATAN JIN
Ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik. Nama-nama yang biasa digunakan selain daripada jilat/ludah jin adalah: ◾B. Melayu: gegata, kelopak garam ◾B. Inggeris: wheals, hives ◾Perubatan: urticaria
Alahan adalah reaksi tubuh terhadap allergen, atau bahan alah yang merangsang tubuh menghasilkan histamine. Histamin inilah yang menghasilkan gejala-gejalan alahan.
Gejala alahan yang lazim adalah urticaria, diikuti dengan semput, bengkak dan pengsan akibat tekanan darah rendah.
Urticaria selalunya ruam yang timbul dan leper (bintat), berwarna kemerah-merahan, dan gatal. Gatalnya selalu digambarkan sebagai merenyam atau miang, dan sedap bila digaru.
Jika alahan tidak serius, urticaria akan hilang sendiri dalam masa 24 jam, namun jika ragu-ragu anda digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Rawatan urticaria: ◾Antihistamine (hilangkan gatal) — Contoh: chlorpheniramine, cetirizine, loratadine — Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi ◾Losyen/krim (hilangkan kerengsaan) — Contoh: calamine, pramoxine — Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi ◾Steroid pil atau suntikan (jika alahan teruk) — Contoh: prednisolone, betamethasone — Perlukan preskripsi doktor
Jika alahan kerap berulang dan alergen tidak dapat dikenalpasti, doktor mungkin merujuk anda kepada pakar kulit untuk ujian alergi untuk mengenal pasti punca alergi.
Mengenal pasti alergen bukan perkara mudah kerana setiap orang alah kepada benda berlainan, mungkin sesuatu yang dimakan, dihidu, bersentuh dengan kulit/mukosa, sengatan haiwan, sinaran matahari atau suhu sejuk.
Doktor pakar akan cadangkan ubat sesuai dengan keadaan pesakit. Walaupun urticaria ini digelar jilat/ludah jin, ia bukan akibat perbuatan jin. Ia berlaku akibat kita terdedah kepada alergen. Mungkin kita kena ubah namanya kepada jilat/ludah alergen.
Semoga bermanfaat! Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan #notakesihatandrkamarul
Walaupun sedang dalam musim cuti sekolah dan berada di rumah, tetapi urusan kerja pejabat tetap berjalan seperti biasa.
Jadi bagi memudahkan urusan seharian, selain menempah penghantaran makanan, memasak penggunaan alat penggoreng atau air fryer juga sangat membantu dalam mempercepatkan kerja memasak.
Dan bagi mereka yang mengamalkan diet eat clan, penggunaan air fryer dengan tidak menggunakan minyak sangat bagus untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sinat.
Walau bagaimanapun dalam kita asyik menggunakan kemudahan penggoreng tanpa minyak ini, terdapat lima kesalahan sering dilakukan ketika menggunakan alatan elektrik ini.
1. Mengisi Terlalu Penuh
Gara-gara terlalu yakin dengan alat penggoreng tanpa minyak yang canggih ini, ramai yang ingin memasak dengan mudah dan cepat sekali biarpun ia telah banyak menjimatkan masa berbanding dahulu mereka perlu menggunakan kuali dan memanaskan minyak di atas dapur.
Tindakan mengisi air fryer terlalu penuh ini sememangnya kerap dilakukan sesetengah pengguna sehinggakan makanan yang dimasak tidak sempurna kerana tidak mempunyai ruangan udara yang secukupnya. Ada kajian mendapati bahawa cara ini juga dapat menyebabkan air fryer mudah rosak.
2. Tidak Menetapkan Suhu
Sebelum memasukkan makanan ke dalam air fryer, anda perlu setkan suhu dan masa yang sesuai. Jangan lupa panaskan air fryer anda kerana ia sangat penting bagi menentukan tahap kematangan dan rasa makanan tersebut.
3. Tidak Alihkan Makanan
Kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengguna adalah membiarkan makanan di dalam air fryer tanpa mengalihkannya. Hal ini akan menyebabkan makanan anda tidak dimasak secara menyeluruh. Sebagai contoh, mungkin ada bahagian yang garing dan ada pula yang mentah.
4. Tidak Digunakan Untuk Memanggang
Seperti kita sedia tahu air fryer ini adalah sejenis alat memasak yang sangat sesuai untuk memanggang makanan penutup.
Bukan itu sahaja, cara lebih kreatif lagi jika anda ingin membuat makanan penutup sendiri anda juga disyorkan untuk membuat kuih dan sebagainya.
Bagaimanapun, sebelum menggunakan air fryer untuk membuat makanan penutup pastikan alatnya bersih supaya tidak tercampur dengan rasa makanan yang lain.
5. Tidak Bersihkan Dengan Betul
Mungkin ramai yang tidak tahu air fryer juga perlu dibersihkan dengan betul lebih-lebih lagi jika yang kerap menggunakannya. Air fryer yang penuh dengan sisa makanan boleh menyebabkan alat penggoreng tanpa minyak ini mengeluarkan asap.
Tampil Cantik & Lebih Kurus. Ini Rahsia Datuk Seri Vida Nampak Slim & Makin Lawa. Sebelum ini jika tampil dalam mana-mana majlis, pastinya penampilan Datuk Seri Vida menarik perhatian ramai dengan fesyen baju pelik yang digayakannya.
Bukan itu saja, dia juga berani tampil dengan solekan yang pelbagai bersesuaian dengan fesyen yang dipakai dalam apa juga majlis dihadiri.
Namun baru-baru ini, penampilan terbaru DSV dia dilihat berpakaian simple yang tidak sarat dengan batuan labuci dengan pilihan rona menarik menyerlah dirinya yang kelihatan sedikit kurus.
Menerusi kapsyen yang disertakan, DSV memaklumkan yang dia hadir ke kenduri perkahwinan dan sempat bertanya kepada warganet sama ada dia kelihatan muda ataupun tidak jika berpakaian sedemikian.
Ini Rahsia Datuk Seri Vida Nampak Slim & Makin Lawa
Dia yang hadir berbusana warna krim telah menerima pujian daripada netizen kerana menganggap fesyen tersebut sangat sesuai dengan imejnya.
Mereka juga merasakan yang usahawan itu lebih sesuai berpenampilan sebegitu berbanding ‘meriah’ menggayakan busana yang agak pelik dengan warna-warna yang garang.