Tidak dinafikan sejak minggu lalu anak tunggal Erra Fazira, Engku Aleesya jadi sebutan ramai dan menjadi perhatian apabila muncul cukup manis di majlis perkahwinan bapanya Engku Emran Zainal Abidin.
Mengenakan kurung moden rona cerah dengan selendang panjang cukup menyerlahkan penampilan kanak-kanak berusia 12 tahun ini.
Penampilannya meraikan majlis perkahwinan bapanya itu sangat mencuri tumpuan sekaligus mendapat pujian warga net.
Rata-rata memuji kecantikan Engku Aleesya yang dilihat sentiasa melemparkan senyuman manis sepanjang sesi fotografi bersama keluarga barunya.
cintaryna Aleesya lawa
nurul_uzair Cantiknye aleesya…like puteri raja
wan_fary Cantiknya eleesya. Manis
wawa_kosmetik02 Cantiknya engku aleesya. Paling menyerlah. Simple tapi cntik. Nampak ayu sopan. X bleh move on tengok engku aleesya ni
Ketika bertemu Erra Fazira pada majlis memperkenalkan beliau dan Wany Hasrita sebagai duta baharu pelitup muka Himaya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada pagi Selasa, sempat bertanya rahsia kecantikan anak daranya ini.
Adakah beliau yang merupakan bekas Ratu Cantik dan juga seorang primadona menjaga kecantikan Aleesya seperti dirinya yang sangat mementingkan penampilan dirinya.
Menurut Erra, sebagai ibu beluau juga turut mengajar dan mengingatkan anak kesayangannya itu untuk menjaga kecantikan wajah sejak kecil lagi.
“Saya pesan macam-macam pada Aleesha supaya pakai itu ini bagi mengelakkan berlaku masalah kulit wajah dan juga bab penjagaan rambut. Tetapi sebab dia masih budak akan buat apa yang dia mahu.
“Apabila tanya dah pakai, dah katanya. Tapi bila kita tengok tak pakai. Tapi tak apa sebab saya dulu pun begitu.
“Saya ingat lagi emak membebel-bebel belum tentu kita nak pakai. Tetapi bila kita ada kesedaran barulah tahu betapa pentingnya apa yang diingatkan dulu.
Ads
“Jadi sekarang ini biarlah saya membebel-bebel pada Aleesyaa dan hopefully satu hari nanti dia ada kesederan dan nampak betapa pentingnya sesuatu benda itu,” katanya ketika ditemui ketika majlis berkenaan.
Tambah Erra, turut mengakui anaknya itu nampak lebih matang dari usia sebenar. Ini kerana setiap kali mereka berbicara macam orang dewasa.
“Ada la time dia manja, tetapi bila nak jelaskan sesuatu itu saya ada fakta, saya bagi contoh supaya dia buka minda.
“Ceritakan macam mana kehidupan, dewasa nanti apa expectaion kita. Tidak kisahlah betapa cantiknya kita, comel macam manapun nanti kalau perangai tak elok orang tak suka. Walaupun nampak wajahnya macam keliru, tapi itu tanggungjawab saya,” katanya lagi yang sering mengingatkan Aleesyaa pembawakan diri bila bersama dia dan juga ketika bapanya.
Biarpun mengakui ada cabaran tersendiri dalam membesarkan anak perempuannya yang kini meningkat remaja nanti.
“Saya sudah terasa bahangnya membesarkan anak yang makin meningkat remaja. Jadi menjadi tanggungjawab ibu-ibu zaman sekarang perlu banyak membaca untuk tambah pengetahuan dalam mendidik anak-anak,” kata penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah.
Ads
Dalam majlis berkenaan, Himaya bekerjasama dengan dua ini bagi memperkenalkan dua warna terbaharu sekali gus memenuhi tuntutan pasaran pelitup muka medikal bergaya buat wanita-wanita berhijab.
Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya, Datuk KK Chua berkata, pihaknya berbangga dapat berkerja sama dengan ikon selebriti tempatan.
“Pelitup muka medikal hijab berjaya mendapat sambutan hangat dan antara sebab utama ialah kualiti yang bagus serta berfesyen dengan pilihan warna yang menarik.
“Selain itu, dengan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pelitup muka medikal Himaya yang mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna,” katanya yang turut memberitahu Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta diiktirafkan Asia Halal Brand Awards (AHBA).
Nak hilangkan jerawat pasir ini memang tak mudah, nak-nak pula kulit anda rosak sebab salah pakai produk. Dan kalau silap sapu lagi, boleh makin sakit wajah nanti.
Malah jerawat pasir, walau keci-kecil tetapi bila dah penuh satu muka pun pening juga. Pakai apa pun tak jadi. Tangan tu pula tak berenti nak sentuh, itu yang tak molek.
Pengumpulan lemak yang bercampur dengan kotoran di kulit muka, jangkitan bakteria membuatkan pori muka tersumbat dan jadi punca jerawat pasir naik makin banyak.
Jadi, macam mana nak buang minyak yang menyumbat pori kat muka tu? Nah, boleh cuba tips yang dikongsi oleh Puan Rosnani Ikan ini.
Hilangkan Jerawat Pasir, Amalkan Skrub Lemon Dan Kopi Je
Jom cuba master kopi lemon ni. Kandungan antioksidan dalam serbuk kopi ini bantu untuk memperbaharui sel kulit baru supaya lagi tegang dan sangat glowing.
Bahan:
Serbuk kopi
Jus lemon.
Cara Buat:
Campurkan kedua-dua bahan sehingga menjadi seperti skrub.
Lumurkan secara nipis ke seluruh muka untuk mengangkat sel-sel kulit mati.
Guna jari, buat urutan membulat keseluruh muka selama 1-2 minit. Gosok secara lembut, jangan terlalu kasar sebab boleh merosakkan liang pori wajah.
Biarkan selama 15 minit dan cuci guna air bersih.
Lakukan 1-2 kali seminggu.
Apply toner selepas lakukan skrub ni supaya dapat neutralize PH kulit kita semula.
Haaa.. selepas ini cantiklah wajah anda yang ada masalah jerawat halus itu ya. Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan senang nak hilangkan parut jerawat dalam masa yang singkat, malah ada yang sanggup ke Spa habiskan duit beratus semata-mata nak dapatkan kulit glowing.
Namun anda tentu akan teruja dengan satu petua kulit cantik ini, yang mana hanya menggunakan beberapa bahan dapur untuk dimasukkan dalam botol dan terus spray ke muka. Apa yang best, jika konsisten amal, kulit boleh sihat tanpa masalah parut.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rendam oat dalam air semalaman. Letak dalam bekas.
2. Esok paginya cuci muka guna air rendaman oat itu. Jika hendak lebih senang, letak dalam botol spray.
3. Spray pada wajah guna air rendaman oat tersebut kemudian bilas. Perubahan yang boleh dilihat ialah kulit kurang berminyak dan parut makin pudar, kulit pun cerah.
4. Apabila kulit mengalami alahan, buat hal naik jerawat dan sebagainya, cuci muka dengan air oat ini.
5. Lakukan 2-3 kali seminggu. Daripada guna cleanser yang harsh, pedih dan keringkan kulit waktu, lebih baik waktu pagi guna air oat.
6. Jangan berharap kesan seawal 24 jam sebab ia menggunakan bahan natural. Dalam produk skincare banyak sahaja guna oat memang membantu mencantikkan kulit wajah.
Haaa.. tetapi anda kena sabar ya. Biasanya kalau menggunakan bahan-bahan semula jadi, kesannya agak lambat. Namun kalau selalu buat, memang kulit akan cantik tanpa parut!
Patutlah nampak Hanez Suraya makin cantik kulitnya dan tubuh badan pu maintain kurus, rupanya dia aktif kayuh basikal!
Walau seakan menyepi daripada industri seni, namun bakat dan pesona Hanez masih diingati peminat setia yang ternanti-nantikan kemunculannya di kaca televisyen.
Suka Kayuh Basikal, Patutlah Hanez Suraya Makin Cantik Dan Slim
Meninjau media sosial Hanez, dia yang meniti usia 37 tahun aktif dengan gaya hidup sihat seperti berbasikal. Meski usia bakal menghampiri 40 tahun namun stamina aktres cantik ini kuat!
Tidak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh ideal persis anak dara walau dah berstatus isteri dan ibu.
Melihat penampilan Hanez menyambut Syawal baru-baru ini, macam tak berubah bintang drama Love You Mr Arrogant tersebut. Bahkan kulit putih bersih dan mulusnya sering menarik perhatian followers.
Hanez mengakui memperlahan karier lakonan demi memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang dan memenuhi kemahuan suami tercinta.
“Of course, rindu (berlakon) sebab itu minat saya dari dulu. Tapi terpaksa berkorban, bukan husband tak bagi cuma dia takut saya tak dapat beri komitmen dekat family.
Buat masa ini tak terfikir untuk kembali. Tak kata bersara atau menghilangkan diri cuma tak nak fikir lagi,” jelasnya yang tidak menolak jika ada rezeki untuk kembali berlakon.
“Ada yang bertanya tapi tak berani bagi jawapan sebab takut tak boleh commit. Rindu sangat, kadang buka cerita-cerita lama (lakonan), ya Allah rindunya.”
Bercerita mengenai aktiviti kegemarannya iaitu berbasikal, personaliti ini memberitahu, “Memang itu aktiviti yang bukanlah setiap hari. Tapi dalam seminggu, dua ke tiga kali memang wajiblah. Mesti kayuh.”
Untuk rekod, Hanez mendirikan rumah tangga dengan Romie Razin Adilha Abdul Rais pada 25 Mac 2015.
Hanez Suraya menceburi bidang seni pada tahun 2004 menerusi filem Bicara Hati.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!