Rupanya sayur sawi sangat bagus untuk kulit cantik, malah yang ada masalah ekzema digalakkan makan untuk pulihkan masalah kulit.
Kalau nak ikutkan, bukan senang nak pupuk anak-anak makan sayur sawi dengan mudah. Namun menurut Doktor Mazliana Mazlan, sawi kena ada kat rumah paling kurang seminggu sekali. Antara sayur yang selamat untuk anak-anak makan.
Amalkan Sayur Sawi Peringkat Awal
Ajak anak makan sawi dari kecil. Ajar anak eczema untuk suka makan sawi, bagus untuk kulit diorang.
Kita boleh kenalkan anak dengan sawi seawal umur 6 bulan. Blend buat puree boleh, masukkan dalam bubur nasi pun boleh.
Ads
Dulu saya suka buat bubur baby, letak daging dan sawi je, gula garam takde pun. Tapi sedap sangat manis daging dan sawi, anak suka betul makan.
Ads
Banyak sangat khasiat yang ada pada sawi tau.
Kalsium. Iron Magnesium. Fosforus. Zink. Vitamin A. Vitamin K. Vitamin C.
Ads
Sawi tinggi jugak dengan antioksida dan bersifat antiradang. Bagus sangat untuk kulit. Sesuai untuk anak eczema makan.
Ramai tanya sayur apa bagus untuk anak eczema. Haaaaa… inilah dia sawi yang korang kena cuba sampai anak suka makan.
Kita cuba sama-sama ya, sukakan anak dengan sayur sawi baik untuk kulit.
Selepas ini mak-mak kena rajin beli sayur sawi dan paling senang nak pikat anak makan sayur, kisar sayur itu buat cucur. Perlahan-lahan, nanti boleh ajar dia makan yang texture kasar pula. Mak, jangan mengalah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan atau tidak apabila lepas waktu berbuka kita akan terasa badan lemah dan seperti tidak bertenaga.
Situasi ini menyebabkan kita rasa malas untuk melakukan pelbagai urusan lain termasuk solat tarawih.
Jika dilayan, memang semua benda tak boleh buat dan hanya mahu duduk berehat saja di rumah.
Sebenarnya, keadaan itu berlaku disebabkan faktor makan berlebihan selain pengambilan gula yang tinggi.
Pengambilan makanan dan minuman manis ketika berbuka boleh menyebabkan badan lemah kerana gula mendorong pankreas untuk menghasilkan insulin bagi menurunkan kadar gula dalam darah.
Insulin yang berlebihan pula akan menurunkan gula dalam darah tetapi kesannya badan menjadi lemah dan lesu.
Makan berlebihan membuatkan sistem penghadaman yang seharian berpuasa dipaksa bekerja lebih keras. Kesannya, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan.
Tidak hanya membuatkan badan terasa lemah dan lesu, perut juga boleh mengalami masalah seperti sakit perut, mual, kembung dan sembelit.
Bagi mengelakkan masalah itu, sebaik-baiknya amalkan pemakanan seimbang ketika berbuka puasa dan bukannya mengikut nafsu.
Paling baik, hindari makanan bergoreng dan pilih hidangan yang direbus, dikukus atau dipanggang. Ingat, puasa bukan bererti tiket emas untuk memanjakan diri dengan pelbagai hidangan menyelerakan.
Ini pula antara tip bagi menjaga sistem penghadaman adalah:
1) Pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang membantu pergerakan usus seperti pisang, kurma, betik dan brokoli.
2) Meminum air yang cukup iaitu secara puratanya sebanyak dua liter air sehari. Badan yang kekurangan air akan menjadi lesu, tidak bermaya dan mudah hilang tumpuan semasa melakukan kerja harian.
3) Elakkan makan pedas dan berminyak yang boleh membuatkan perut kita rasa tidak selesa atau sakit.
4) Pengambilan makanan seperti susu atau yogurt mampu mengurangkan masalah sistem pencernaan kerana probiotik yang wujud di dalam makanan ini mampu mmengurangkan masalah sistem pencernaan.
5) Elakkan makan terlalu banyak ketika berbuka puasa dan bersahur kerana tindakan itu akan membuatkan badan menjadi letih kerana proses pencernaan. Sebaliknya, ambil makan secara bersederhana.
Sumber: Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kodiang, Kedah, Dr Mohamad Suaidi Mohamad Sazali
Tidak dinafikan terdapat lambakan produk atau suplemen sama ada berasaskan buah-buahan ataupun perisa lain.
Tidak pasti sejauh mana keberkesanan produk dijual kerana masing-masing memberitahu baik untuk kesihatan dan boleh mengurangkan penyakit tertentu.
Namun, perlu diingatkan sebagai pengguna bijak, jangan sesekali percaya dengan apa yang diiklankan. Suplemen begini tidak begitu pasti keberkesanananya selagi tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM sendiri.
Perkongsian Dr. Arisman MD memberitahu mengenai perkara ini sebagai panduan untuk mengelak terus jadi mangsa scammer ubatan overclaim ini.
“Doktor, kalau saya ambil jus ****** dan vitamin ****** ok tak? Untuk lawaskan kencing kotor saya.” tanya pesakit.
“Minta maaf puan. Saya tak tahu pasal jus dan nama produk vitamin puan ni. Jadi saya tak boleh nak cakap bagus atau tak.” jawabku
Pesakit cuba menunjukkan gambar produk dalam galeri handphone beliau “ … yang ni doktor, yang ni…”
“Maaf puan. Saya masih tak tahu pasal dua produk ni. Puan beli dari mana? Online? Pharmacy?” Tanyaku kepada pesakit.
“Yang ni (sambil tunjuk gambar dalam hp) saya beli online, yang vitamin ni ada anak kawan jual.” jawab pesakit.
“Beginilah puan. Saya ni doktor perubatan memang kami tak pernah belajar tentang produk-produk begini. Bukan bidang tugas kami untuk pastikan. Saya cuma tahu bahawa ada komponen-komponen tertentu yang tidak sepatutnya ada dalam satu produk minuman misalnya yang mengandungi steroid. Ia ubat terkawal dan tidak boleh dicampurkan dalam produk minuman.”
“Ada yang merasa sihat dan bertenaga selepas minum jus atau teh produk tertentu, padahal cuma teh biasa. Kenapa boleh jadi begitu? So kena hati-hati sebab boleh jadi ada campuran bahan terlarang didalamnya tetapi tidak dipaparkan dalam kotak produk.”
“Yang akan rosak nanti kemudian hari adalah buah pinggang dan hati kita.”
“Waktu tu kalau nak salahkan produk dan nak saman, amat susah nak menang sebab dah lama dan banyak produk lain yang diambil. Menyesal sangat nanti. Yang menanggung derita si pembeli. Saya ada pernah berjumpa pesakit saya yang buat dialisis beberapa kali kerana mengambil produk terlarang ini.” jawabku.
“Saranan saya kepada puan, untuk bersihkan buah pinggang dan cepat sembuh dari kencing kotor puan ni, pertama terpaksa ambil ubat antibiotik untuk bunuh kuman dulu puan. Kedua silakan minum air banyak supaya kencing kerap dan ini satu cara alami untuk sihatkan buah pinggang kita. Sangat mudah dan murah untuk sihatkan buah pinggang. Kan?” jawabku.
“Ya. Betul doktor. Faham.” pesakit tadi jawab dengan nada perlahan.
Berhati-hati dengan jualan produk kesihatan yang memberi tuntutan melampau. Apatah lagi jika produk itu tidak ada kelulusan dari KKM.
Begitu juga halnya apabila anda pergi berjumpa doktor di klinik atau pergi ke farmasi, jangan terpengaruh dengan promosi dan penjualan produk suplemen mereka yang sebenarnya tidak perlu pun. Berhati-hati ya.
Dr. Arisman, MD. “Sama-sama belajar” Ekonomi sekarang tak stabil sangat, berjimatlah. Amalkan gaya sihat InshaAllah. (Gambar adalah contoh sahaja)
Tidak susah sebenarnya untuk menurunkan berat badan dan mendapat berat ideal. Salah satu caranya hanya dengan mengamalkan diet eat clean.
Diet cara ini boleh dilakukan sama ada masak sendiri atau memilih makanan yang memang dikenal pasti menyihatkan.
Melalui perkongsian di laman sosial facebook, wanita ini Aimi Nawi berkongsi pilihan bahan makanan sihat yang boleh didapati dari pasaraya besar.
Menurutnya apa yang difahami tentang diet sihat bukanlah kita anggap makan istimewa atau sejenis yang pelik-pelik atau lain dari orang lain, tetapi kena pilih bahan makanan yang lebih baik saja.
Bahan yang dipilih ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga secara tidak langsung akan membuatkan badan kekal langsing.
Jika sudah mendapat berat idaman, teruskan dengan amalan pemakanan bahan produk sihat yang dicadangkan ini. Paling penting stok makanan bahan dapur ini perlu disimpan dan wajib ada di rumah untuk amalan gaya hidup lebih sihat.
Hari tu jalan-jalan dekat Tesco sempat lah snap gambar-gambar beberapa barang diet yang saya guna dari dulu sampai sekarang. Nak share dengan geng #eatandslim tapi takpe kita share sini je bagi ramai lagi dapat manfaat.
Bila diet sihat ni bukannya kita makan special sangat or makan pelik-pelik dari orang lain pun. Kita cuma kena pilih bahan makanan yang lebih baik je.
Selalunya kita nak yang low GI supaya kita kenyang lama. Kita nak yang takde added sugar sebab kalau perlu kita tambah sendiri je gula baru boleh control kuantiti.
Tu je. Takde pelik sangat. Dan bahan-bahan ni pun bagus untuk kesihatan. So dah kurus pun teruskan lah cara yang sama baru boleh maintain berat.
8 dari 10 orang yang turun berat akan naik balik berat dia dalam tempoh setahun. Haa awak nak ke jadi macam tu? Penat je diet kan.
Kalau tak nak pesanan penaja Dont do diet but change your way of eating
Ni saya suka buat snacking bila kadang teringin nak makan something sweet. Masalahnya sedap sangat 2 keping rasa tak cukup. Haha so be careful lah
Siapa suka minum Coffee tu nah boleh try instant coffee Essenso ni. 1 sachet baru 7kcal. Coffee juga bantu boost metabolisme tapi dengan syarat gula jangan lah bersudu-sudu. Nak letak gula max 1 tsp. Nak ala-ala white coffee tu tambah fresh milk. Susu pekat manis a big NO okay. Nak kurus kan?
Kebanyakan orang boleh ambil maximum 6 tsp (sudu kecil) gula tambahan je sehari. Tapi majoriti ambil kita gula 4-5 ganda dari itu.
Siapa kata diet tak boleh guna minyak. Boleh tapi hadkan maximum 1 tbsp per serving. Maknanya sekali masak tu guna 1 tbsp je lah.
Minyak dekat pasaran ada 2 jenis. Satu macam botol kiri tulis Minyak Sawit Olein Bertapis. Dan satu lagi belah kanan tu campuran minyak sawit dan minyak lain dinamakan minyak sebatian.
Sebaiknya guna yang belah kiri which is minyak sawit olein tu. Tapi jenis minyak ini tak significant sebab yang penting control kuantiti penggunaan. Kebanyakan orang boleh ambil maximum 2 tbsp (sudu besar) minyak je sehari. Sebab tu nak kurus kena kurangkan sangat makanan bergoreng. My choice is coconut oil tapi kalau nak deep fry guna minyak sawit je sebab murah sikit
Mayo brand Kewpie. Warna pink mayo Low Fat. Warna merah yang biasa. Pink rendah kalori, rendah lemak, tinggi karbohidrat Merah tinggi kalori, tinggi lemak, rendah karbon. Nak pilih mana satu? Kalau saya mana-mana pun boleh sebab yang penting Kuantiti. Mayo hadkan 1 tsp per serving. Tapi kalau dah contoh sandwich tu letak cheese atau protein tu dah goreng ke, tak perlulah letak mayo. Nak diet meal kena balance. Jangan semua benda nak letak.
Ni antara sos yang selalu guna dalam meal#dapursihat Kalau orang diet Eat Clean tak boleh la kot kan ambil sos macam ni. Tapi sebab saya bukan buat Eat Clean. Saya cuma healthy & balance diet. So sos boleh guna yang penting kawal Kuantiti. Sos limit maximum 3 jenis sos. Dan hadkan penggunaan 1 tbsp sos je per serving. Kalau nak guna sampai 3 sos pun total combine max 1 tbsp juga. Lagi kurang lagi bagus
Kebulur la ahkak kalau diet tak makan nasi kan. Bagi yang nak belajar kurangkan portion nasi tu ahkak advice makan Beras Parboiled ni. Ada macam-macam brand tapi yang brand Jati tu paling murah (5kg dalam RM20). Jasmine dan Faiz mahal sikit. Beras parboiled ni bagusnya GI rendah. Jadi makan sikit pun kenyang. Sesuai la untuk orang diet kena kurangkan portion nasi.
Beras parboiled ni ada khasiat macam beras perang tapi rasa macam beras putih. Kebanyakan orang kata beras perang tak sedap. So makanlah beras parboiled. Khasiat beras perang tapi rasa beras putih. Untuk yang ada masalah kencing manis pun digalakkan guna beras parboiled.
Jam biasa dekat kedai tu semua tinggi gula. Yang guna High Fructose Corn Syrup atau Dextrose pun banyak. Tak nak tau. Nak jam beli yang brand St.Dalfour ni. No sugar added. Natural sweeteners dari buah je. Mahal sikit. Tapi sihat dan kalori pun rendah.
Ni satu lagi jam brand Steffi. Walaupun tulis no sugar added tapi tengok ingredient ada guna maltitol syrup which is sejenis gula alkohol. Walaupun alkohol tapi dia bukan alkohol yang memabukkan tu.
Gula alkohol ni bersifat low GI cuma dalam steffi ni guna maltitol yang GI dia tinggi sikit dari gula alkohol lain tapi still low GI. Cuma as warned dekat botol tu kalau consume banyak sangat boleh ada laxative effect (cirit). Ada orang akan bloating, badan berangin etc.
Ni garam bukit warna pink tu. Benefit nya, ada sedikit mineral lain. Tapi bab garam ni pun sama. Jenis taklah main peranan sangat sebab yang penting Kuantiti. Jadi guna sedikit yang boleh.
Dinner suka makan wrap. Cepat. Sebab malas nak masak? Wrap digalakkan guna yang Wholegrain atau 6 Grains. GI lagi rendah, so kenyang lama.
Roti ini special sikit. Harga pun mahal sikit. Ada pek merah dengan pek hijau. Kalau agak-agak nak makan yang special tu make sure pilih pek hijau ya. Yang Multigrain and Seeds tu. Sebab GI dia lagi rendah, kenyang lama.
Saya guna roti Wholemeal ni je dekat rumah. GI rendah, lagi mengenyangkan. Beza sangat kalau makan roti putih. Tapi nak diet makan roti putih pun tak salah cuma roti Wholemeal ni lagi menyenyangkan untuk orang diet.
My choice always Fresh Milk je. Jenama Farm fresh or Tesco. Dua-dua sedap. Susu marigold HL tu pulak saje nak tunjuk. Walaupun duduk dekat tempat sejuk tapi bukanlah 100% fresh milk tau.
Tengok yang farm fresh tu ingredient tulis 100% fresh cows milk. Yang susu HL tu banyak bahan dia. So kalau betul nak minum fresh milk cari yang ingredient 100% cows milk je. Macam HL tu susu yang diproses lah. Still boleh minum.
Sebaiknya guna oat jenis ROLLED OAT. Kenyang lagi lama. Tapi kalau nak guna instant oat pastikan plain bukan yang 3 in 1 sebab banyak gula dalam itu.
Nak bihun the best cari yang bihun dari beras perang yang rendah GI macam ini. Bihun biasa yang putih tu GI tinggi. So kita makan sikit tapi kurang kenyang. Cuma kalau nak jugak boleh tapi mesti follow rule PingganSihat. Mesti ada protein dan a lot of veggies. Baru boleh rendahkan GI hidangan itu. Baru kenyang lama.
Diet nak makan mee? Boleh. Nah guna Vit’s Ramen Mi Kuning ni. Lagi menyenyangkan dari mee kuning biasa. Dan low fat.
Nandos ni sebab sos dia agak sihat dan rendah kalori. Tapi personallly saya tak minat pun. Kalau makan sandwich or wrap sama ada guna #chilijamby #dapursihat or guna je sos cili life tu tapi hadkan 1/2 tbsp. Sebab sos cili manis, tinggi gula.
Jemu makan sandwich. Jemu makan wrap. Boleh try buat menu pita pulak. My choice pita wholemeal. Kenyang lama.
Beans & lentils bagus tau untuk orang diet. Buat baked beans makan dengan 2 keping roti dan 1 bj telur separuh masak so yummmy? My choice Heinz No Added Salt.
Guna yang tuna in water tak kisah brand apa pun. Tak nak yang in oil or mayo ke apa.
My favorite plain Fresh Yogurt brand Sunglo. Atau boleh juga plain Greek Yogurt. Letak fresh fruit, letak#homemadepeanutbutter by #dapursihat pun dah sedap. Beza fresh yogurt dengan greek yogurt ni fresh yogurt lagi rendah protein dari greek yogurt. Tapi kurang masam.
My choice Bega Super Slim sebab lagi rendah kalori.
Guna brand Kewpie tapi had 1 tsp je tau. Tapi lama-lama buat sendiri je salad dressing guna Fresh yogurt mix dengan Apple cider, sedikit salt dan sedikit P3 sweetener or gula.
Perempuan dan coklat mana boleh dipisahkan ?tapi tengah diet tu nak makan coklat cari Dark chocolate dan at least 70% Cocoa. Dalam gambar tu 72% cocoa. 1-2 bar kecik tu je ya limit nak makan. Bukan 1 peket.
Kena belajar makan ayam dada sebab kurang lemak, tinggi lean protein. Paling elakkan chicken wing.
Cari yang no added sugar dan kalau boleh cari yang no hydrogenated oil.
Nak makan cereal untuk breakfast better cari yang Weetbix ni. Makan ni sangat lah mengenyangkan.
Bebola biasa tu selalunya isi ayam or daging dia dalam 30% je. Selebihnya lemak dan bahan-bahan lain macam filler, preservative. So ini antara option sihat sebab guna 100% isi ayam.
Macam-macam brand guna tapi antara yang selalu guna Tesco organic wholewheat ini. Lagi tinggi fiber dan kenyang lagi lama.