Jika dianugerahkan bulu mata yang lentik secara semula jadi, itu merupakan salah satu kelebihan yang boleh membuatkan wajah anda cantik dan berseri.
Namun ada beberapa cara untuk membuatkan bulu mata lentik dan lebat dengan lebih pantas. Salah satunya adalah dengan menggunakan pengepit bulu mata agar bahagian mata kelihatan lebih menonjol dan ekspresif.
Haa.. hati-hati, mungkin ada di antara anda yang melakukan kesalahan ketika melentikkan bulu mata menggunakan pengepit.
Jom semak supaya anda dapat mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang sama.
Ini adalah perkara yang paling penting untuk dielakkan. Sebaik sahaja memakai maskara, bulu mata kita akan menjadi kaku dan melentikkannya dengan pengepit akan menyebabkan ia rosak dan gugur.
Cara yang betul untuk melentikkan bulu mata adalah dengan hanya mengepit secara perlahan-lahan selama tidak lebih daripada 10 saat. Apabila anda cenderung untuk menekan pengepit terlalu kuat semasa melentikkan bulu mata, ia cenderung untuk merosakkan bulu mata.
Penggunaan yang kerap dan berterusan menyebabkan pengepit bulu mata cenderung untuk mengumpul bakteria dan kuman.
Sisa celak lama, sel kulit mati, bulu mata gugur, dan lain-lain boleh menyebabkan pengepit tidak berfungsi dengan baik, malah sebaliknya menyebabkan jangkitan mata.
Oleh itu, jadikan rutin untuk memastikan pengepit bulu mata sentiasa bersih.
Anda boleh menggunakan sedikit cecair penanggal solekan, tuangkan pada kapas dan bersihkan sisa kotoran pada pengepit.
Penggunaan terlalu lama akan menyebabkan pad getah ‘haus’ dan hilang keanjalannya. Ini menyebabkan pengepit tidak berfungsi dengan normal.
Sekali sekala, tukarlah pad getah pengepit bulu mata contohnya, tiga bulan sekali.
Kebiasaannya, pengepit bulu mata yang sangat murah tidak memberikan hasil yang anda inginkan.
Apa yang lebih dibimbangkan adalah sekiranya pengepit tersebut hanya akan merosakkan bulu mata anda.
Usahlah terlalu berkira, belilah yang berkualiti agar bulu mata anda tidak rosak. Semoga bermanfaat! – Girlstyle.com
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas diserang netizen tentang penampilan terkini, model dan pelakon terkenal era 90-an, Zahnita Wilson memberikan pandangannya tersendiri bab rambut putih dan perubahan pada kulit wajahnya.
Wanita yang pernah menjadi kegilaan ramai kerana rupa paras serta tubuh badan yang cantik ini sering menghiasi muka depan majalah-majalah, namun dek kerana berkongsi videonya tanpa mekap, ramai yang menegur tentang proses penuaan yang dialaminya.
Baru-baru ini, Zahnita ,38, menerusi satu hantaran di Instagram, menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang prihatin dengannya, serta menitipkan rasa kerana telah melalui pelbagai cabaran termasuklah proses penuaan pramatang.
“Terima kasih di atas keprihatinan anda, saya tahu saya kelihatan seperti dilanggar bas sekarang. Syukur Alhamdulillah saya melalui banyak cabaran kesihatan mental, emosi, dan fizikal pastinya! Penuaan pramatang. –kongsi Zahnita
“Saya sebenarnya berminat untuk lihat rupa saya berambut putih.”
Menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk tidak merasa bimbang dengan paras rupa masing-masing disebabkan banyak perkara lain yang lebih penting harus difikirkan, model terkenal ini turut menyatakan bahawa dia sangat berminat untuk melihat keadaan dirinya berambut putih secara semula jadi.
“Saya tidak akan cuba menentang kuasa graviti dan menafikan alam semulajadi. Kita tak perlu bimbang tentang rupa kerana ada banyak lagi yang penting.
“Kita harus melakukan apa sahaja yang membuatkan kita berasa lebih baik dan berminat dengan apa yang berlaku di sebalik skrin yang membosankan ini.
“Saya rasa saya perlu berehat dari ubat-ubatan, kadangkala ia terapeutik, kadangkala ia menyusahkan hidup. Saya bertahan dengan dengan kehidupan sekarang kerana saya sebenarnya berminat untuk melihat rupa saya dengan rambut putih secara semulajadi..”-kongsi Zahnita lagi.
Jadi tak perlulah komen lebih-lebih tentang pilihannya untuk tayang wajah tanpa mekap, sekurang-kurangnya Zahnita Wilson sedar dia sudah berusia. Malah reda dengan anugerah yang dia miliki. Cantik versi dalam usianya sudah pun hampir 40-an. Jom, raikan kecantikan sendiri!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keterujaan orang kita‘membalas dendam’ meraikan perayaan Aidilfitri berpotensi mengubah corak pemakanan mereka secara drastik terutamanya ketika aktiviti ziarah lebaran atau menghadiri rumah terbuka.
Apabila berkumpul bersama, tentulah pelbagai cerita ingin dikongsi menjadikan kegembiraan melebihi daripada kebiasaan sehingga tidak sedar suapan terus ke mulut berturut-turut tiada henti.
Sedarkah anda amalan perlu dielakkan kerana mampu mencetuskan penyakit sama ada sedar atau tidak berikutan menu yang terhidang ketika Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya tinggi kandungan gula, garam atau lemak berlebihan.
Pegawai Dietetik SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Laila Fadhilah Omar, turut berkongsi pandangan dan kesan-kesan buruk daripada amalan tidak sihat ini. Sila beri perhatian kerana bimbang penyakit lain yang datang nanti.
Menurutnya, disebabkan raya itu disambut setahun sekali jadi ia tidak patut seseorang itu jadikan alasan untuk mengelak dari menjaga pemakanan yang sihat.
“‘Setahun sekali’ tidak seharusnya dijadikan alasan kerana setiap individu amat disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat sepanjang masa dan bukan bermusim terutamanya golongan berisiko bagi mengelakkan kesihatan mereka semakin merosot.
“Alasan begini sangat bahaya kerana risikonya lebih tinggi terutamanya kepada penghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolestrol atau hati berlemak.
“Keadaan tersebut akan bertambah buruk lebih-lebih lagi jika pengambilan ubat diabaikan kerana boleh mencetuskan situasi lebih buruk contohnya kemerosotan buah pinggang, kerosakan saraf, serangan jantung atau strok,” ujarnya panjang lebar.
Tambahnya bagi yang sihat pula, jangan terlalu gembira makan tanpa sukat kerana mereka juga berisiko mengalami pertambahan berat badan secara drastik menjurus kepada obesiti sekaligus mengundang pelbagai penyakit.
“Katakan anda makan lebih daripada yang perlu selama sebulan, ia dah cukup untuk beri perubahan kepada berat badan dan bentuk fizikal menjurus kepada obesiti sekaligus mengundang pelbagai jenis penyakit.
“Selain itu, ia berisiko mencetuskan masalah kesihatan seperti simptom pedih hulu hati atau dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), berpunca daripada pengambilan makanan berterusan terutamanya yang pedas, berasid dan berlemak.
“Tidak salah kalau nak nikmati pelbagai menu raya cuma berpada-padalah. Ambil kuantiti sedikit lebih-lebih lagi jika banyak jemputan atau rumah terbuka yang perlu dihadiri. Minum air kosong dan bersenam secara rutin.
“Kepada tuan rumah pula, usah desak tetamu untuk menikmati juadah yang anda sediakan kerana mereka elak mungkin bersebab. Jangan kerana ingin mengambil hati, mereka terpaksa melanggar ‘pantang’,” ujarnya yang berkata semua masyarakat perlu main peranan dalam memberi ingatan.
Tambahnya, peranan segenap lapisan masyarakat sangat penting dalam membentuk kesedaran betapa perlunya amalan diet sihat sepanjang masa terutamanya di musim perayaan.
Selain pemakanan dan senaman, jangan lupa lakukan rutin pemeriksaan kesihatan dua kali setahun selain menyokong usaha-usaha agensi kerajaan dan swasta yang menganjurkan aktiviti sihat atau kempen seperti berjalan 1,000 langkah sehari.
Gembira, kenyang dan sihat atau gembira, kenyang dan merana. Mana satu anda pilih?
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.