Pernah atau tidak anda mengalami situasi tercekik tulang ikan dan akan menggunakan petua makan nasi bergumpal untuk mengeluarkannya.
Ada yang berjaya dan ada yang gagal mengeluarkan tulang berkenaan hingga menyebabkan terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara masalah ini.
Perkongsian di laman twitter Dr Che Puteh Osman yang juga bertugas sebagai Senior Lecture, memberitahu bagaimana dirinya boleh tercekik tulang ikan dan pengajaran daripada peristiwa ini.
Menurutnya, jika tidak pasti tulang apa yang terlekat tak payah makan nasi gumpal kerana boleh menyebabkan sesuatu yang tidak dijangka seperti peristiwa dialami.
Saya baru keluar hospital. Kisahnya saya tercekik tulang ikan hari Khamis yang lepas.
Ceritanya agak kelakar dan sadis juga. Kecuaian saya ketika makan menyebabkan saya terpaksa ditidurkan untuk mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut di esofagus.
Ads
Pagi Khamis agak sibuk bagi saya. Saya memasak kari ikan awal pagi, sebelum memulakan syarahan. Selesai syarahan dan pastikan anak-anak makan, saya pun makan. Nasi sesenduk, ikan termenung, bendi dan kuah melimpah.
Ketika saya suap kali pertama, terus rasa benda tersangkut.
Saya cuba melepaskan tulang itu dengan makan nasi digumpalkan. Ia membuatkan tulang ikan bergerak lebih ke dalam dan masih tersangkut. Setelah gagal, saya bergegas ke unit kecemasan hospital berhampiran.
Kemudian doktor yang memeriksa tidak dapat melihat tulang. Saya dirujuk ke pakar ENT. Scope juga tidak nampak kedudukan tulang. Doktor ENT cadangkan xray. Barulah nampak tulang tersangkut di cartilage di esofagus.
Ads
Maka pakar ENT cadangkan supaya ia dikeluarkan dengan pembiusan am. Saya perlu ditidurkan supaya tulang ini dapar dikeluarkan. Selepas 6 jam dari waktu terakhir saya makan, saya diberi bius penuh. Pukul 8.30 malam ditidurkan dan 9.30 malam terjaga kembali setelah selesai prosedur
Nampak saya kecil, rupanya besar juga. Jadi, ambillah pengajaran kisah saya, jangan berangan semasa makan, jangan tengok handphone atau bergurau ketawa. Mujurlah tulang ini ke esofagus dan bukannya trakea.
Ads
Dan janganlah makan nasi gumpal kalau tidak tahu tulang apa yang tersangkut. Saya pernah saya buat sebelum ini berjaya, saya tidak bernasib baik kali ini. Sebenarnya kalau saya tak paksa makan nasi gumpal, ia boleh dibuang tanpa peru pembiusan am.
Telah terbukti bahawa senaman jump rope atau skipping ini mampu untuk membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Namun ada juga antara kita takut-takut untuk mencuba kerana membayangkan pergerakan senaman kardio yang membahayakan.
Jump rope pun sebenarnya bukanlah satu perkara baru dalam hidup kita. Rasanya sejak zaman sekolah dulu sudah diajar lakukan senaman ini waktu pendidikan jasmani.
Namun kini telah berevolusi menjadi bentuk senaman yang bukan hanya sekadar ‘lompat tali’ semata. Malah skilnya telah berkembang dengan pesat dengan kadar kesukaran berbeza-beza.
Apa yang pasti senaman menggunakan tali seperti jump rope ini telah terbukti mampu membakar lemak dengan efisien, membantu meningkatkan stamina serta daya tumpuan.
Tapi ada beberapa jenis kesilapan dalam melakukan senaman jump rope yang biasa orang lakukan dan cara untuk atasinya.
1. TALI TERLALU RINGAN
Antara kesilapan yang rsmai beginner lakukan ialah memilih tali atau jump rope yang sangat ringan. Kebiasaannya jump rope yang ringan ini diperbuat daripada material PVC yang terdapat di pasaran biasa dan dijual pada harga sangat murah.
Menggunakan tali yang ringan menyebabkan ia sukar dikawal dan digunakan untuk belajar melakukan lompatan dengan betul. Ia juga tidak memberikan sensasi yang baik lalu menyebabkan anda tidak pasti kedudukan tali ketika melompat.
Jadi pilihlah jump rope yang mempunyai berat sesuai untuk anda. Jump rope yang lebih berat boleh memberikan sensasi serta feedback untuk lebih mudah anda pelajarinya.
2. PERGERAKAN TANGAN KETERLALUAN
Pergerakan tangan dalam melakukan aktiviti jump rope adalah sangat penting. Dan salah satu kesilapan biasa yang ramai orang lakukan termasuklah yang berpengalaman ialah pergerakan tangan yang keterlaluan.
Di kalangan beginner anda boleh saksikan bagaimana mereka lebih banyak menggunakan siku dan bahu. Ini bukan sahaja tidak efisien malah boleh menyebabkan lebih cepat rasa penat.
Untuk elak perkara ini berlaku anda boleh cuba melakukan lompagan di hadapan cemrin. Lihat bagaimana pergerakan tangan anda. Lompatan yang baik ialah menggunakan lebih banyak pergelangan tangan dan kurangkan pergerakan tangan dan bahu.
Paling penting elak daripada menggerakan siku sehingga berpusing-pusing. Ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius!
3. MELOMPAT LEBIH TINGGI
Kadang-kadang mungkin anda berasa teruja melakukan aktiviti jump rope. Sebab itulah anda mungkin meompat lebih tinggi. Atau mungkin juga risau melakukan kesilapan dan risau tali tersangkut di kaki, lalu anda pun melompatlah lebih tinggi.
Untuk lompatan asas cuba lakukan lompatan pada ketinggian 1 atau 2 inci dari permukaan tanah. Lutut anda juga tidak perlu dibengkokkan terlalu banyak. Cuba rapatkan dan luruskan kaki sebaik mungkin. Jika mula selesa dapatkan ritma anda tersendiri dan terus lakukannya.
Trend terkini ramai yang lebih gemar melakukan aktiviti senaman dengan mengunjungi gym berhampiran.
Pelbagai peralatan kesihatan boleh dicuba dan buat dalam mengekalkan kecergasan tubuh badan.
Namun situasi pandemik menyebabkan senaman di gym agak terbatas kerana bimbang boleh dijangkiti virus Covid-19.
Sebenarnya walaupun hanya berada di rumah, anda boleh mendapatka impak senaman seperti dapat menghapuskan lemak terkumpul sama ketika melakukan aktiviti di gym.
Ayuh, kita lihat beberapa jenis senaman yang mampu membakar kalori dengan pantas dan efisien. Lakukannya dengan konsisten mungkin seang satu hari dan lihatlah hasilnya nanti!
Triceps Dip
Manfaatkan kerusi di rumah anda untuk menampung berat tubuh. Posisikan tubuh anda berlawanan dengan kerusi, kemudian lekukkan siku untuk menurunkan tubuh. Setelah itu, posisikan tangan untuk menahan pada kerusi. Lakukan gerakan naik turun tubuh sebanyak 20 kali.
Incline Press-up
Jika tidak memiliki papan seperti dalam gambar, anda boleh manfaatkan tangga di rumah sebangai alatan dalam gerakan ini. Aturkan posisi tubuh anda seakan-akan gerakan push-up, manakala hujung jari kaki dijengketkan. Lakukan gerakan naik turun sebanyak 20 kali.
Bicycles Crunch
Gerakan ini mungkin biasa anda temui dalam setiap senaman. Caranya, angkat kedua-dua kaki seperti anda sedang mengayuh basikal, kemudian pusingkan tubuh sehingga siku kanan bertemu dengan lutut kiri. Lakukan secara berganti selama 40 saat.
Lateral Lunge
Posisikan kedua-dua hujung kaki ke depan. Dorong kaki kanan kembali ke posisi tegak dan ulang. Lakukan rutin gerakan ini setiap sesi selama 10 kali.
Buat apa beli baru kalau anda tahu rahsia nak hilangkan kesan kunyit pada blender lama, benda boleh cuci dan jimatkan duit. Jom cuba beberapa tip menarik ini!
Bagi anda yang suka kisar kunyit guna blender, pasti menghadapi masalah ini. Sakit mata dibuatnya, itu yang beli baru. Tetapi sebenarnya ada cara anda boleh gunakan untuk menghilangkan kesan kunyit pada blender di rumah supaya kembali kelihatan baharu.
Hilangkan Kesan Kunyit Blender Lama, Tak Payah Beli Baru
CARA PERTAMA
-2 sudu makan cuka, 1 cawan air panas
1. Masukkan air panas dan cuka ke dalam blender anda. Biar selama 2-3 minit.
2.Kemudian anda blend campuran air panas dengan cuka tu beberapa kali sampai hilang kesan kotoran pada mata blender.
3.Akhir sekali, anda bilas dengan air panas dan keringkan.
CARA KEDUA
-3 sudu makan beras, 1 biji limau nipis, air secukupnya.
1.Anda potong limau nipis tu kecil- kecil.
2.Masukkan ke dalam blender bersama air dan beras.
3.Blend campuran bahan tadi selama 15-20 saat.
4.Tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan bilas blender sampai bersih.
5.Hampas limau dan beras tadi tu anda boleh guna untuk bersihkan bahagian luar dan dalam blender.
CARA KETIGA
–Baking soda dan cuka
1.1/4 cawan baking soda dan 3/4 cawan cuka.
2.Masukkan dalam blender dan letakkan secawan air.
3.Gosok menggunakan span pinggan bersama cecair pencuci. Kemudian bilas seperti biasa. Lakukan sebanyak beberapa kali.