
Tidak dinafikan amalan kekerapan melayan gajet dan menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen menyebabkan waktu tidur anda akan terganggu.
Ketagihan aktiviti ini setiap malam akan menyebabkan masalah jadi berterusan dan menjadi lebih teruk jika tidak dicegah dari awal.
Sebagai manusia normal kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Barulah tubuh badan akan kembali cergas untuk bangun keesokan harinya.
Bagi mereka yang sukar tidur malam, ini ada tip boleh dilakukan mengikut saranan Public Health Malaysia. Digalakkan bagi mereka yang ada masalah ini agar melakukan amalan mandian ‘hot shower’ selama 1 hingga 2 jam.

Hasil dari penelitian 5,322 kajian, pengkaji dari University of Texas at Austin menemui, ”hot shower” selama 1 hingga 2 jam sebelum waktu tidur dapat mempercepatkan rasa mengantuk dan tertidur dengan kepantasan 10 minit
Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat tidur yang lebih berkualiti dan sekaligus memberi rasa segar pada esok hari.
Ini kerana 90 minit merupakan masa optimal yang diperlukan untuk “cooling down” suhu badan sebelum tidur.
Jadi, mandian ‘hot shower’ ini akan dapat merangsang regulasi tubuh yang menyebabkan peredaran darah yang lebih lancar ke tangan dan kaki.

Sehubungan itu, hasil kajian ini membidas mitos mengenai larangan mandi malam yang sering diperkatakan oleh masyarakat dahulu kala.
Bagi mereka yang sukar untuk tidur malam, boleh amalkan cara ini. Namun begitu, selepas lakukan mandian ini, janganlah pula terus berjaga dengan melihat gajet. Sebaliknya tutup semua gajet dan tidurkan dengan rileks dan tenang.
Sumber: FB Public Heatlh Malaysia
Artikel Berkaitan:
Sebab Alahan Makanan, 2 Hari Ramona Zamzam Alami Derita Wajah Bengkak Teruk
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
10 Tahun Layan Makan Pedas, Punca Wanita Ini Hampir Kena Kanser

Siapa yang tidak gemar makan pedas. Selera pasti bertambah-tambah jika dapat makan dengan nasi panas.
Namun, ada juga yang tidak boleh mengambil masakan pedas berlebihan kerana boleh memudharatkan kesihatan.
Seperti pengalaman pengguna twitter Jia Shamsuri berkongsi pengalaman hampir bergelar pesakit kanser kerana sikapnya suka makan pedas dan juga lambat makan.
Namun begitu, kesan yang dialaminya bukan serta merta tetapi mengambil masa 10 tahun meyebabkan dia berdepan masalah ini.

Suka Makan Pedas & Lambat Makan
Ni thread untuk orang yang suka lambatkan mealtime + suka makan pedas namati macam aku
Actually since belajar university lagi aku suka sangat lambatkan mealtime. Actually bukanlah purposely lambatkan tapi sebab selalu utamakan urusan lain dari makan.
Pastu dah la jenis makan ikut suka je. Sekali dapat makan memang melahapp bagaikan tiada hari esok. Pedas? Ofkossss wajib!
Dulu memang tak terasa. Ni dah 10 tahun baru rasa azab dia. Ye, ada yang akan cakap “eleh, aku makan pedas takde pape pun”.
Teruskan dengan “eleh”ko. Itu perut ko & bukan tanggungjawab aku. Aku doakan ko tak kena mcm mane azabnye bila gastric/gerd tu dtg.
Siapa kenal aku tau lah tahap dewi mane aku serapp bila bab-bab makan pedas ini. Sebab bila makan benda tak pedas tu aku rasa cepat muak
Bila pedas tu rasa kick dia perghhhh memang padu
Tapi ………. 10 tahun kemudian, aku dah rasa tak selesa kat perut. Sentiasa rasa sakit kat tengah-tengah perut. Ada masa kat bahagian bawah belah kiri.
Nak sendawa kentut macam stuck. Nak bernafas tak boleh. Rasa terbakar kt ulu hati. Even kalau deep sleep pun akn terjaga sebab sakit sangat!
Mula aku ingat perkara biasalah. So aku makan jela gaviscon & controloc. Giviscon tu wajib sebotol standby umah. Yang sachets dalam handbag incase aku kena attack.

Sampailah baru-baru ni aku rasa that i need to do something. Sebab almost everyday aku akan bloated, aku muntah, rasa macam benda begerak-gerak dalam perut, sakit kepala, stiff tengkuk, bila baring flat tak boleh bernafas, masa makan rasa tekak tu sempit je
I went to private hosp & did the endoscopy. Wht is ENDOSCOPY?
“Endoscopy used in medicine to look inside the body. The endoscopy procedure uses an endoscope to examine the interior of a hollow organ or cavity of the body.”

Kalau ikut pengalaman aku, endoscopy (scope) ini bleh buat as Day Care je. Means kau warded at least for 6-8hours. Lepas tu boleh balik.
And scope ni aku diberi ubat tidur. Sepanjang procedure tu aku mmg tak rasa apa-apa. Tau-tau saja dah setel. Itupun lalok lagi
Tapi ada certain tempat macam GH tak bagi ubat tidur. Diorang just spray kat tekak and masukkan scope itu dalam mulut terus ke perut. Untuk orang yang panic macam aku memang tak sesuai lahh
Aku sebelum doc cucuk ubat tidur tu, sempat lagi mengucap. Kot-kot lahh tak bangun terus
Oh lupa nak mention. Before scope tu kena puasa at least 6 jam. Jangnlah nanti ko datang dengan perut penuh makanan. Doc nak check pun loya tengok tekak ko penuh macam tu.
Ultrasound pun doc buat utk check hempedu, hati, batu karang, ovari etc lah.
Doc yg ultrasound aku tu ckp buah pinggang nmpk ok. Tp perut penuh dgn angin. Tak ada batu karang. Just hati aku je berlemak skit. Siapa cakap orang kurus cholesterol tak tinggi
Ok sambung balik part lps scope. Scope tu kejapp je. Tak sampai 10 minit pun. Cuma nak tunggu effect ubat tidur tu yang lama skit. Bila nampak dah ok, nurse panggil doc untuk review result .
Ni result scope aku. Doc bgtau esophagus aku dah merahhh gile cause dari longterm effect acid reflux.
Plus, LES aku dah longgar, ada skit Hiatal Hernia & ada polyps (which klu dibiarkan can lead to cancer)
So doc diagnosed aku 1st stage of BARRETT’S ESOPHAGUS!

What is GERD
Gastroesophageal reflux disease, or GERD, is a digestive disorder that affects the lower esophageal sphincter (LES), the ring of muscle between the esophagus and stomach.

What is LES
LES is the ring of muscle between the esophagus and stomach. The lower esophageal sphincter (or LES) is a muscle that separates the esophagus from the stomach.
Lebih kurang macam pintu laa between esophagus dengan perut.

What is BE
Barrett’s esophagus is a serious complication of GERD, which stands for gastroesophageal reflux disease. In BE, normal tissue lining the esophagus the tube tht carries food from the mouth to the stomach — changes to tissue that resembles the lining of the intestine.

What is Polyps
Most polyps are benign, or noncancerous. However, since polyps are caused by abnormal cell growth, they cn eventually become cancerous. There may be one polyp or multiple polyps present.
Aku pun tak ingat aku polyps ape. Tapi tak la seteruk ini

Bila dengar je doc cakap “can lead to cancer”. Aku dah cuak. Nasib baik aku dapat detect awal BE ini. Sebab orang yang ada BE lagi tinggi risiko dia nak dapat esophagus cancer. Tapi dalam dunia ni less than 1% je orang yang ada BE ini kena kanser. Rare cases. But, still kena hati-hati .
Once dah detect BE ni mmg kena follow up lah. Sebab nak check condition perut tu. Lagi 6 bulan kena scope lagi. And kena start jaga makan.
Ye aku mengaku bab pantang-pantang ni aku memang looser. Aku tak akan pantang drastic mcm itu je. Aku kena slow-slow adapt.
Orang BE tak boleh makan benda pedas, berminyak, berempah, tak boleh makan lambat. Makan tak boleh terlalu sikit or terlalu banyak. Small portions tapi kerap. Eh banyaklah lagi pantang.
We’re living in Malaysia. Dah sah-sah makanan Malaysia ini berempah , berminyak dah ber ber lagi lahhh
Memang kena kuat semangatlah kalau pergi kenduri itu tengok lauk-pauk dia macam mana. Tak akan ko nak gi dapur tuan rumah buat grilled salmon pulak kann .
So, one step at a time.
And ubat memang tak boleh skiplah memang longterm kena makan. So far aku kena makan Ganaton, Nexium & Gaviscon.
Price & function ubat ini korang google lah sendiri ye .

Till today aku still ada rasa bloated and sempit tekak tapi still boleh control.
Bab pantang makan itu aku slow-slow adapt. So far boleh elak dairy foods la. Rempah , cili tu dah try kurangkan
Mealtime pun dah cuba fix kan .
And bila aku joined group GERD ni baru aku tau most org GERD & BE ni diorg mesti ada anxiety.
Anxiety tu triggered dari angin & gas dalam badan tu. Yela, ko tiba2 tak boleh bernafas, rasa dunia gelap mane ko tak cuak kan. Nak tido pun takut sebab selalu rasa tak sedap badan .
So guys, jagalah cara pemakanan anda. Jgn selamber je cakap ”eleh gastrik je punn” . Asal dari gastrik tu lah bleh melarat tau! Kalau teruk boleh lead to cancer .
Artikel Berkaitan:
“Bangun Pagi Muka Senget” – Peneraju Bernama Radio Ini Kongsi Pengalaman Alami ‘Bell’s Palsy’
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain Buat Kumur Mulut, Ini 10 Cara Kegunaan Lain Listerine

Listerine antara benda wajib yang anda kena beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Amalkan selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut sentiasa wangi.
Ini kalau nak ajar anak untuk amalkan perkara yang sama pun boleh, tetapi pastikan anak dah besar lah. Dalam umur 9 tahun dah OK sebab listerine memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.
Selain digunakan buat berkumur, Listerine juga bagus untuk kegunaan lain yang lebih efektif yang mungkin anda tak pernah tahu.
Mari saya kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.

1. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar.
2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi.
4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada anda bayar treatment for scalp kat salun.

5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika anda dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat tetap tak hilang-hilang, jangan pula sental dengan kertas pasir. Cuba guna Listerine, kemudian sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang.

7. Membasmi kuman di berus gigi
Anda selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang digunakan itu berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

8. Bersihkan skrin tv atau monitor komputer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah
Jika memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

10. Melegakan masalah kaki
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur. Tak rugi pun ada sebotol, kalau tiba-tiba tak ada berus gigi, boleh juga kumur!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidung Tersumbat Berpanjangan Penyebab Resdung & Boleh Bawa Maut. Doktor Kongsi Rawatan Atasinya!

Pernah tak kita mengalami Mmasalah bersin berulang-ulang kali hingga menyebabkab rasa tidak selesa. Malah hidung juga berasa gatal dan terpaksa digosok hingga kemerahan.
Ini mungkin petanda awal anda mengalami masalah rendung. Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu sebab dan rawatan terbaik untuk mereka yang mengalami masalah ini.
APAKAH PENYEBAB RESDUNG (ALLERGIC RHINITIS)?
Rinitis atau selsema adalah radang pada hidung. Ia adalah keadaan di mana seseorang mengalami hidung berair atau berhingus, gatal hidung atau mata, bersin dan rasa hidung tersumbat.
Perkara ini berlaku disebabkan sistem imun badan yang terlalu sensitif. Ia berlaku apabila pesakit terdedah kepada sesuatu perkara yang menyebabkan dia alahan, maka pesakit akan menghasilkan simptom yang berlebihan.
Dalam resdung, lapisan yang menyelaputi bahagian dalam hidung sangat sensitif terhadap habuk mahupun debunga.
Resdung boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu :
1. Bermusim : Gejala bagi resdung jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga.
2. Berpanjangan : Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.
Sesetengah orang mungkin mengalami kedua-dua jenis resdung, dengan gejala-gejala bagi resdung bermusim semakin teruk semasa musim debunga yang spesifik. Terdapat juga punca-punca bukan alergi bagi resdung termasuklah asap rokok atau asap lain, minyak wangi, produk pencuci dan bau lain yang kuat.

PUNCA RESDUNG
Beberapa perkara menjadi pencetus ataupun bahan allergen yang akan memulakan simptom resdung. Ianya adalah :
1. Debunga
Disebabkan Malaysia bukan negara 4 musim, rakyat Malaysia senang terdedah dengan debunga yang boleh menyebabkan mereka mengalami simptom resdung selalu. Di negara 4 musim, selalunya simptom resdung menjadi teruk ketika musim bunga kerana banyak daripada pokok akan menghasilkan debunga pada musim tersebut.
2. Kulat
Di dalam keadaan rumah yang lembab, kulat senang tumbuh dan menghasilkan spora. Spora inilah yang akan berterbangan di dalam rumah dan masuk ke dalam saluran pernafasan pesakit dan menyebabkan serangan resdung bermula.
3. Habuk, bulu haiwan peliharaan, asap, karpet

TANDA DAN GEJALA
1. Bersin
2. Hidung berair
3. Hidung tersumbat
4. Hidung gatal
5. Kurang deria bau
6. Sakit kepala
7. Sakit telinga
8. Keluar air mata
9. Mata merah
10. Mata bengkak
11. Rasa letih
12. Rasa pening kepala
KOMPLIKASI
Jika selsema ini berlarutan, komplikasi yang mungkin berlaku seperti :
1. Nasal polyps. Terdapat tumbuhan benigna yang lembut terjadi pada lapisan hidung atau sinus disebabkan radangan kronik. Polyps yang kecil tidak menyebabkan masalah tetapi yang besar akan menyekat peredaran udara melalui hidung dan susah untuk bernafas.
2. Resdung/Sinusitis: Hidung tersumbat yang berpanjangan boleh menyebabkan resdung/sinusitis – jangkitan atau radangan pada lapisan membran sinus. Pesakit mengalami sakit bahagian pipi, mata atau dahi, nafas berbau busuk dan lelehan bertukar warna kuning atau hijau. Resdung yang teruk boleh merebak ke bahagian mata dan otak dan boleh membawa maut.
3. Cecair di telinga tengah. Pesakit akan mengalami masalah kurang pendengaran.
RAWATAN
Rawatan untuk pesakit resdung terbahagi kepada 3 iaitu mengelakkan diri daripada allergen, penggunaan ubat dan juga terapi imun.
1) Mengelakkan diri daripada allergen
Beberapa perkara yang boleh dibuat di dalam rumah seperti:
1. Elakkan menggunakan perabut yang akan berhabuk seperti karpet
2. Selalu membersihkan habuk
3. Elakkan daripada membela haiwan peliharaan
4. Sarung tilam perlu selalu ditukar
5. Sentiasa memastikan keadaan di dalam rumah kering agar kulat tidak tumbuh
6. Pesakit juga boleh mengelakkan diri daripada mencium bunga kerana debunga akan menyebabkan mereka mempunyai simptom resdung

2) Penggunaan ubat
Beberapa jenis ubat boleh digunakan untuk merawat masalah resdung tersebut. Ianya adalah:
1. Ubat anti-histamine : Ia berfungsi untuk menghentikan proses yang akan menyebabakan simptom alahan. Contoh ubat adalah Chlorpheniramine, cetrizine dan loratadine.
2. Ubat untuk mengurangkan hidung berair : Ia berfungsi untuk mengecilkan saluran darah di bahagian hidung supaya penghasilan air hidung dapat dikurangkan. Contoh ubat adalah pseudoephedrine.
3. Ubat spray hidung yang berasaskan steroid : Ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan di bahagian hidung. Kajian telah dibuat menunjukkan penggunaan spray hidung ini adalah lebih berkesan daripada penggunaan anti-histamine dan juga ubat yang mengurangkan hidung berair.
Ia bertanggungjawab mengurangkan 4 simptom resdung yang utama iaitu bersih, gatal hidung, hidung berair dan juga hidung tersumbat. Oleh itu, simptom resdung akan lebih terkawal dan aktiviti harian pesakit akan lebih tidak terganggu
3) Terapi Imun
Di dalam terapi ini, ubat akan diberikan sama ada melalui suntikan ataupun diletakkan dibawah lidah untuk mengurangkan sensitiviti sistem imun badan terhadap allergen.
Peratusan untuk sembuh dengan menggunakan terapi imun ini boleh dikatakan tinggi tetapi selalunya ia digunakan hanya untuk pesakit yang mempunyai simptom resdung yang teruk dan kerap walaupun sudah menggunakan ubat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!



