Walaupun sedang dalam musim cuti sekolah dan berada di rumah, tetapi urusan kerja pejabat tetap berjalan seperti biasa.
Jadi bagi memudahkan urusan seharian, selain menempah penghantaran makanan, memasak penggunaan alat penggoreng atau air fryer juga sangat membantu dalam mempercepatkan kerja memasak.
Dan bagi mereka yang mengamalkan diet eat clan, penggunaan air fryer dengan tidak menggunakan minyak sangat bagus untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sinat.
Walau bagaimanapun dalam kita asyik menggunakan kemudahan penggoreng tanpa minyak ini, terdapat lima kesalahan sering dilakukan ketika menggunakan alatan elektrik ini.
1. Mengisi Terlalu Penuh
Gara-gara terlalu yakin dengan alat penggoreng tanpa minyak yang canggih ini, ramai yang ingin memasak dengan mudah dan cepat sekali biarpun ia telah banyak menjimatkan masa berbanding dahulu mereka perlu menggunakan kuali dan memanaskan minyak di atas dapur.
Tindakan mengisi air fryer terlalu penuh ini sememangnya kerap dilakukan sesetengah pengguna sehinggakan makanan yang dimasak tidak sempurna kerana tidak mempunyai ruangan udara yang secukupnya. Ada kajian mendapati bahawa cara ini juga dapat menyebabkan air fryer mudah rosak.
Ads
2. Tidak Menetapkan Suhu
Sebelum memasukkan makanan ke dalam air fryer, anda perlu setkan suhu dan masa yang sesuai. Jangan lupa panaskan air fryer anda kerana ia sangat penting bagi menentukan tahap kematangan dan rasa makanan tersebut.
3. Tidak Alihkan Makanan
Kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengguna adalah membiarkan makanan di dalam air fryer tanpa mengalihkannya. Hal ini akan menyebabkan makanan anda tidak dimasak secara menyeluruh. Sebagai contoh, mungkin ada bahagian yang garing dan ada pula yang mentah.
Ads
4. Tidak Digunakan Untuk Memanggang
Seperti kita sedia tahu air fryer ini adalah sejenis alat memasak yang sangat sesuai untuk memanggang makanan penutup.
Bukan itu sahaja, cara lebih kreatif lagi jika anda ingin membuat makanan penutup sendiri anda juga disyorkan untuk membuat kuih dan sebagainya.
Bagaimanapun, sebelum menggunakan air fryer untuk membuat makanan penutup pastikan alatnya bersih supaya tidak tercampur dengan rasa makanan yang lain.
Ads
5. Tidak Bersihkan Dengan Betul
Mungkin ramai yang tidak tahu air fryer juga perlu dibersihkan dengan betul lebih-lebih lagi jika yang kerap menggunakannya. Air fryer yang penuh dengan sisa makanan boleh menyebabkan alat penggoreng tanpa minyak ini mengeluarkan asap.
Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid.
Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid.
Seperti sebuah perkongsian Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad yang mengatakan hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan.
Terdapat dua jenis hormon tiroid iaitu tiroksin (T4) dan triiodotironin (T3), yang masing-masing mewakili 99.9% dan 0.1% hormon tiroid.
Selepas dirembes keluar dari kelenjar tiroid, jumlah T4 yang banyak akan ditukarkan kepada T3, yang merupakan hormon yang paling aktif daripada segi biologi dalam memberi kesan metabolisme ke atas sel-sel badan.
Gambar sekadar hiasan.
PENYEBAB
Masalah tiroid boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan utama iaitu;
1. Masalah yang berpunca daripada fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal.
a) Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif).
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti penyakit graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan.
b) Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang aktif).
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis).
2. Masalah yang berpunca daripada struktur kelenjar tiroid itu sendiri.
a) Goiter
Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan suatu keadaan di mana kelenjar tiroid membengkak.
b) Nodul tiroid
Bermaksud terdapat ketulan yang abnormal di dalam kelenjar tiroid dan boleh disebabkan oleh ‘benign cysts’ dan ‘benign tumor’ serta jarang-jarang berlaku iaitu barah tiroid.
c) Barah tiroid adalah lebih banyak berlaku di kalangan wanita dewasa jika dibandingkan dengan lelaki ataupun remaja.
Terdapat beberapa jenis barah tiroid. Ia bergantung kepada jenis sel barah itu berasal.
GEJALA
Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan.
Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti;
1. Tangan menggeletar (tremor)
2. Rasa gementar
3. Degupan jantung yang laju
4. Mudah berpeluh dan panas
5. Susut berat badan
6. Lesu dan cepat berasa letih
Gambar sekadar hiasan.
Hipotiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah.
Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti:
1. Lesu
2. Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
3. Kulit kering
4. Sembelit
5. Sentiasa berasa sejuk
6. Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita
Goiter merupakan pembengkakan pada kelenjar tiroid dan boleh mempunyai gejala-gejala hipertiroidsme, hipotiroidisme ataupun eutiroid (fungsi tiroid yang normal).
Nodul tiroid pula boleh terdapat satu nodul ataupun berbilang. Apabila nodul terlalu besar, ia boleh menekan struktur-struktur berhampiran dan boleh menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau suara menjadi kasar.
Barah tiroid terjadi apabila terdapat gejala-gejala seperti ketulan pada kelenjar tiroid, suara menjadi kasar, kesukaran bernafas atau menelan, noda-noda limfa yang membengkak di bahagian leher, batuk atau sakit tekak yang berterusan dan sakit pada leher yang berterusan.
KOMPLIKASI
Hipotiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut;
1. Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
2. Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
3. Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
4. Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
5. Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
6. Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.
Gambar sekadar hiasan.
Hipertiroidisme yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut;
1. Masalah jantung seperti “atrial fibrillation” dan lemah jantung boleh terjadi akibat degupan jantung yang terlalu laju dan tidak terkawal.
2. Masalah tulang rapuh (osteoporosis) akibat gangguan ke atas metabolisme kalsium di dalam badan.
3. Masalah mata boleh berlaku bagi penyakit grave di mana bola mata akan terbonjol, merah dan bengkak.
4. ‘Thyroid storm’- keadaan yg amat serius dan boleh meragut nyawa di mana terdapat gejala-gejala seperti demam panas, denyutan jantung yang laju dan keadaan tidak sedarkan diri.
Goiter yang terlalu besar boleh menyebabkan masalah kesukaran bernafas atau menelan di samping masalah daripada segi kecantikan atau kosmetik.
Barah tiroid boleh berlaku semula walaupun selepas pembedahan membuang kelenjar tiroid dijalankan, lebih-lebih lagi dalam tempoh lima tahun selepas pembedahan.
Pemeriksaan dari semasa ke semasa perlu dilakukan bagi mengesan barah tiroid daripada berlaku semula. Barah tiroid yang berlaku semula boleh dirawat sepenuhnya.
RAWATAN
Masalah tiroid boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan. Ia bergantung kepada jenis masalah tiroid tersebut.
Bagi masalah hipotiroidisme, hormon tiroid boleh diganti dengan pengambilan pil sintetik hormon tiroid secara oral.
Bagi masalah hipertiroidisme, penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid dapat dikurangkan melalui ubat-ubatan yang diambil secara oral.
Bagi mengawal gejala-gejala yang disebabkan oleh hipertiroidisme seperti denyutan jantung yang laju, terdapat ubat-ubatan yang boleh diberi secara oral juga.
Jika masalah hipertiroidisme tidak dapat dikawal secara ubat-ubatan, rawatan ablasi radioaktif dapat digunakan untuk mematikan tisu kelenjar tiroid secara selektif.
Rawatan secara pembedahan adalah perlu bagi masalah tiroid yang terdapat kemungkinan merupakan barah tiroid.
Pembedahan juga boleh dijadikan sebagai rawatan jika goiter terlalu besar hingga menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau kesukaran untuk menelan juga untuk kes nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan yang tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan.
Tidak dinafikan sebagai ibu bapa pastinya berdepan dengan masalah untuk memberi anak makan ubat terutama jika mengalami demam, batuk atau selesema.
Malah ada yang terang-terangan menolak untuk makan ubat ataupun suplemen kerana menyangka ia sesuatu yang pahit dan tidak sedap.
Namun sebenarnya banyak ubat atau suplemen ini mengandungi pelbagai perisa seperti dari buahan, vanila dan juga coklat.
Dan pastinya suplemen coklat antara yang menjadi kegemaran sementelah mereka memang suka makan sesuatu yang rasa manis di mulut.
Antara suplemen berbentuk tablet dengan rasa coklat yang sedap adalah keluaran Eskayvie yang memperkemalkan i-Qids untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun ke bawah.
Menurut formulator produk itu, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, i-Qids merupakan vitamin “brain booster” yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekaligus menyokong proses pembelajaran mereka.
“Formulasi i-Qids ini amat istimewa kerana ia mengandungi superfood terdiri daripada 22
ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus
untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta
melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan.“
“Kekangan pandemik dahulu telah memaksa mereka untuk sentiasa berkurung di rumah,
tak boleh keluar bermain, tak boleh hadir ke sekolah jumpa rakan-rakan malah proses
pembelajaran pun dilakukan atas talian.
“Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak. Jadi, i-Qids ini diformulasikan untuk membantu merangsang dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak untuk saling berhubung,”
“Sekarang, kita sedang beralih ke fasa endemik dan anak-anak pun dah mula bersekolah.
Oleh itu, kami melihat i-Qids ini sebagai inisiatif terbaik untuk bantu ibu bapa di luar sana
meningkatkan fokus dan daya ingatan serta memori anak-anak mereka.
“Selain itu, i-Qids juga dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran sempena sambutan ulang tahun ke 13.
Justeru itu, Eskayvie akan terus hasilkan lebih banyak lagi produk-produk berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik dan sesuai untuk diamalkan oleh pelbagai peringkat umur.
Ini seiring dengan visi Eskayvie iaitu untuk memperkasakan ekonomi dan kesihatan
ummah. Turut hadir memeriahkan majlis adalah dutanya, Datuk Aznil Hj Nawawi.
Untuk kurangkan rasa tidak sedap anda boleh campurkan dengan madu, sirap dan sebagainya.
2. Bagi Air Digemari
Selepas anda suap ubat terus bagi air yang digemari oleh anak. Air ribena, susu, sup atau sebagainya. Ia dapat mengurangkan rasa tidak sedap dalam mulut anak.
3. Pakai Picagari Yang Sesuai
Cari picagari yang sesuai dengan anak seperti plastik, saiz kecil dan ada muncung. Ia memudahkan anda untuk menyuap ubat dalam mulut anak.
4. Posisi Duduk
Pastikan ketika anda memberi ubat anak berada dalam posisi duduk dan bukannya berbaring. Ini dapat mengelak risiko tersedak dan anak mudah untuk menelan.
5. Bina Suasana Gembira
Jangan takut-takutkan anak dengan ubat dan cuba memujuk mereka dengan mengatakan ubat sedap serta minta kakak dan abangnya berpura-pura makan ubat yang diberi. Melihat kakak dan abangnya makan pasti anak akan turut ingin mencubanya.
6. Bagi Anak Makan Sendiri
Sediakan ubat dalam picagari dan bagi anak makan sendiri. Ketika picagari sudah berada dalam mulut ibu hanya perlu tekan sahaja.
7. Masukkan picagari antara gigi atau pada bahagian mulut. Elakkan masukkan picagari terlalu dalam bimbang akan tersedak dan muntah.
Suasana meriah setiap kali tibanya bulan Ramadan kerana kewujudan bazar Ramadan di mana-mana kawasan berdekatan.
Lambakan makanan dijual apatah lagi saat berpuasa menyebabkan keinginan untuk membeli semua juadah tidak boleh ditahan-tahan.
Namun sebagai pengguna kita perlu bijak berfikir dan melihat bagaimana juadah disajikan adakah bersih atau sebaliknya.
Walaupun begitu, ada juga yang terkena apabila membeli juadah berkenaan nampak sedap dan bersih, tetapi apabila dimakan mungkin basi dan menyebabkan keracunan makanan.
Jika perkara ini terjadi, menurut perkongsian Public Health Malaysia, perlu segera melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan selanjutkanya.
Jika anda terbeli makanan yang – Tidak dimasak sempurna – Basi dan telah rosak – Menyebabkan gejala keracunan – Di kendalikan oleh peniaga yang tidak bersih – Dibungkus dengan dawai kokot, paku – Ada bendasing seperti telur lipas, cicak atau bahan asing
Jika berdepan dengan masalah seperti diatas, sila buat arahan seperti ini:
– Ambil gambar bukti – Simpan sample makanan – kenalpasti dan maklumkan nama premis
Jangan berdiam diri. Laporkan kepads Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan