Masalah jerawat yang sering datang tanpa diundang ada kalanya boleh menganggu emosi seseorang itu hingga boleh sebabkan hilang keyakinan.
Ada yang mengambil masa lama untuk sembuh, malah jika dibiarkan masalah jerawat kecil ini boleh menjadi breakout.
Lebih-lebih lagi jika salah menggunakan produk penjagaan wajah yang tidak sesuai dengan kulit wajah.
Masalah jerawat timbul apabila terdapat kotoran tertinggal dalam lubang liang pori bersama minyak dan sel kulit mati sehingga terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit.
Jerawat juga dikategori kepada dua jenis iaitu jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih.
Kedua, jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah dalam benjolan tersebut.
Bagi mengatasi kedua-dua masalah ini, penggunaan ubat jerawat paling berkesan adalah langkah yang betul.
Ada beberapa ubat jerawat yang didapati paling berkesan untuk mengatasi masalah jerawat.
1. Nixoderm Ointment
Krim jerawat Nixoderm ini bukan saja berkesan untuk mengecutkan jerawat, tapi bagus untuk membuang blackheads dan kurap kulit.
Mengandungi Benzoic Acid yang mempunyai fungsi antikulat dan Salicylic Acid yang terbaik untuk mengurangkan jerawat.
Ads
Ubat jerawat paling berkesan ini sesuai digunakan untuk mengurangkan gatal kaki, eczema dan kurap kulit kepala.
Cara pakai anda perlu sapu di kawasan yang bermasalah selama 7 hari dan berhenti guna selama 3 hari berturut-turut. Kemudian, boleh sambung semula guna krim ini selama 7 hari berikutnya.
2. Himalaya Herbals Acne & Pimple Cream
Dengan krim jerawat Himalaya ini, tiada lagi masalah jerawat besar pada wajah sehingga menyebabkan anda kurang keyakinan diri.
Produk yang telah diuji secara dermatologi ini bukan hanya dapat mengawal jerawat, malah ia juga boleh mengurangkan jerawat daripada muncul semula pada wajah.
Ini kerana ia mengandungi bahan-bahan yang boleh melegakan jerawat seperti Silk Cotton Tree, Barbados Aloe dan Five-leaved Chaste Tree. Ia juga boleh digunakan oleh lelaki dan wanita yang ada mempunyai masalah jerawat.
Produk Aiken terkenal dengan kualiti sabunnya kerana mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca Alternifolia).
Bahan ini dapat melindungi kulit daripada jerawat tanpa menyebabkan wajah mengelupas. Memang sesuai digunakan pada wajah yang cenderung tumbuh jerawat dan berminyak.
Lebih elok sapu krim ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam untuk kesan lebih sempurna.
4. Hiruscar Post Acne
Bagi yang ingin memudarkan tompokan hitam bekas jerawat, produk Hiruscar Post Acne adalah pilihan yang tepat.
Ubat parut jerawat jenis ini sesuai untuk kulit berminyak dan cenderung naik jerawat.
Ads
Mengandungi vitamin B3, Allantoin dan MPS (Mucopolysaccharide) yang boleh mengurangkan parut jerawat. Sekali gus boleh juga menghalang pembentukan parut jerawat baru.
Paling penting, anda boleh pakai mekap seperti biasa walaupun lepas guna produk ini. Krim hilangkan parut jerawat ini juga tidak melekit dan boleh disapu pada kawasan bermasalah 2-3 kali sehari (pagi dan malam).
5. T3 Pimple Gel Plus
Bagi yang mahukan ubat jerawat murah yang boleh didapati di farmasi, disarankan untuk cuba krim bentuk gel jenama T3 yang boleh mengecutkan jerawat degil.
Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kesan jerawat dan turut berkesan untuk mengawal penghasilan minyak kerana ada Niacinamide.
Ekstrak kulit kayu Willow dan ekstrak herba Willow Kanada pula boleh membersihkan pori serta melegakan jerawat untuk kurangkan kemerahan.
Manakala minyak Tea Tree semula jadi Australia dalam produk yang tak melekit ini mengandungi bahan antimicrobial semula jadi untuk kurangkan keradangan. Untuk kesan yang terbaik, digalakkan untuk guna 2 kali sehari lepas cuci muka.
Rupanya gua sha boleh buat wajah runcing dan awet muda tanpa sebarang cucuk atau pembedahan plastik. Jadi jom ketahui manfaat teknik cantik ini yang mula terkenal era abad ke-21.
Rutin Gua Sha terbukti dapat membentuk kulit wajah yang mulus dan terdapat banyak manfaat kesihatan dan kecantikan yang anda akan ketahui.
Baru-baru ini, Gua sha tular populariti di dunia Barat mahupun di Malaysia, terutamanya di kalangan pengaruh kecantikan. Ini sebenarnya merupakan amalan kuno dalam perubatan tradisional Cina.
Nak Tahu Apa Gua Sha?
Salah satu teknik amalan yang digunakan dalam perubatan tradisional Cina. Teknik ini melibatkan ukiran bunjur dan runcing pada alat bertekstur plastik licin.
Dari segi sejarah, alat pertama kasar Gua Sha adalah menggunakan teknik sudu, tanduk lembu jantan atau batu permata. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan kesihatan serta “mengikis penyakit.”
Secara tradisinya, pengamal gua sha mengikis atau merapi kulit berulang kali ke satu arah untuk mewujudkan ketegangan kulit dan mengurangkan petechiae – bintik merah pada kulit yang disebabkan oleh pendarahan tidak sekata. Pengikisan wajah ini direka untuk membantu melegakan kesakitan, membuang toksin dan menyembuhkan penyakit.
1. Tingkatkan peredaran.
Gua sha boleh meningkatkan aliran darah yang tersekat, meningkatkan peredaran dalam saluran darah kecil atau tersimpan di dalam wajah anda. Mengikut kajian China Health News, amalan Gua Sha baik untuk wanita berusia kerana kulit wanita bertindak lebih baik daripada lelaki kerana hormon.
2. Tingkatkan otot muka.
Amalan Gua Sha dalam kecantikan harian adalah rutin peredaran yang baik, menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan garis-garis halus kelihatan kurang. Tetapi belum ada kajian yang menunjukkan bahawa urutan muka gua sha membantu menghilangkan garis bibir dan mata sembam anda. Namun, jika anda menghabiskan masa urutan Gua Sha pada muka selama 25minit, anda akan nampak hasil tegang yang naik berbanding sebelum.
3. Galakkan saliran limfa.
Menurut perubatan tradisional Cina, gua sha membantu menggerakkan cecair limfa dalam badan kita. Sistem limfa memainkan peranan penting dalam fungsi imun dan cecair limfa membantu menapis toksin dari badan. Apabila sistem limfa tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyebabkan pengumpulan cecair.
Terapi urutan gua sha boleh mengurangkan pembengkakan, pengumpulan cecair dan amat direkomendasi bagi orang yang mengalami gangguan muskuloskeletal, kanser payudara dan keadaan lain.
4. Kurangkan gejala sakit kepala dan migrain.
Jika anda menghadapi masalah migrain atau sakit kepala, gua sha mungkin membantu melegakan kesakitan dan ketegangan pada leher anda. Kajian pada tahun 2007 oleh perubatan Cina terhadap seorang wanita berusia 72 tahun melaporkan bahawa gua sha membantu melegakan gejala migrain dalam tempoh 14 hari.
5. Baiki postur leher
Jika anda merasa sakit akibat postur kerja yang tidak selesa atau urat terasa tegang, urutan badan gua sha mungkin membantu. Kajian pada tahun 2014, melibatkan 60 pengguna komputer mengalami sakit leher dan bahu, penyelidik mendapati bahawa gua sha membantu mengurangkan kesakitan dan ia meningkatkan julat pergerakan yang lebih baik.
Jadi bagi anda yang nak wajah runcing dan awet muda, boleh lah cuba teknik gua sha ya. Perlahan-lahan belajar urut di muka dengan cara yang betul.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pantang cara tradisional rawat diri. Uyaina pilih berdiang cepat kecutkan rahim lepas bersalin. Bagi wanita yang baru melahirkan, penjagaan selepas bersalin memang amat dititikberatkan. Ini bagi membantu menguatkan semula tenaga yang hilang selepas melahirkan anak.
Dan dalam masyarakat kita memang amat mementing amalan berpantang sekitar dalam 30 hari hingga 44 hari. Amalan berpantang ini bukan saja dari segi makan tetapi perawatan diri yang lain.
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang baru melahirkan anak pertamanya diberi nama Raja Urhan Raja Syahiran, juga tidak terlepas melakukan amalan berpantang. Salah satu proses berpantang dilakukan adalah berdiang.
Uyaina Pilih Berdiang
Dalam posting di Instagram Uyaina memberitahu kebaikan berdiang melalui servis disediakan pihak berkenaan adalah boleh kecutkan rahim.
Waktu nak pilih Confinement Service, Yana betul2 tengok apa antara servis pantang yang disediakan. Ada 1 servis dari @selcarenursing yang sangat2 buat Yana tertarik & tak sabar nak experience sendiri which is berdiang.
Pernah dengar tak? Kalau tanya nenek2 mak2 kita mesti dorang tahu.
Ni la proses berdiang. Arang perlu dibakar sampai jadi bara. Ibu bersalin akan baring mengiring bawah kain batik, lepas tu haba dari arang tu yang akan memberi kebaikan kepada ibu esp dekat bahagian pinggang & pinggul. Memang berpeluh2! Badan pun rasa sihat je lepas buat ni
“Kebaikan berdiang di antaranya adalah untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan sisa darah yang tertinggal dalam rahim.”
Berdiang ni beza tau dengan sauna. Berdiang lebih baik, lebih berkhasiat untuk ibu Thank you Kak @lynnordin18 & @selcarenursing sebab jaga Uyaina & Urhan sehabis baik
Dalam ruangan komen, pengikutnya juga turut mengakui kebaikan melakukan amalan berdiang ini.
pioks.kakkabu Berdiang is the best! Ada orang panggil bersalai.. Memang syiokkkk! Nifas semua lancar laju, perut tak merengat, berpeluh, tak rasa seram sejuk.. Kurang letih.. Best! Pilihan tepat
_n0rashikin_ Tak silap ada org panggil mcm salaikan.. My mum pun pernah cerite zmn die dlu buat mcm tu.. Tp zmn skrg mmg dh susah nk buat tambahan katil semua jnis moden dh..
mumy_aisy17 Mak sy ckp Berganggang.. Dlu ad umh serambi atas.. Arwh nenek btkn bara kat bwh & mak dduk ats umh.. Smpai brpe minit..
hq.nawal Pernah berdiang masa pantang anak sulong di rumah mak di kelantan….bakararang bawah katil, then katil jenis lubang2 besi tu ..then selimut 1 badan.. sebiji mcm uyaina buat…dia bagi panas kering..mmg berpeluh 1 badan…best kan uyaina
leeyana_mustaffa klu kg mak mertua akk plk btanggas .. bdiri ats daun yg tertentu (lupa nama daun tu) kne bakar sabut klpe dulu baru letak daun2 tu.. kita kne pkai kain batik smpai paras mne kita nk, then kluarla peluh mnitis2 tkena asap dr daun tu.. kne buat pagi dan petang selama yg boleh, dulu ank no 1 dkt 3 minggu buat mcm tu.. mmg best.. kan @zahidah_mokhtar dia pon dh mrasa ank sulung
Diserang muntah, cirit birit, rupanya simptom cyst & hamil luar rahim. Almy Nadia selamat jalani pembedahan! Belum pun anak keempatnya berusia setahun, rupanya isteri pelakon popular Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia disahkan mengandung luar rahim.
Malah oleh kerana turut disahkan ada ketumbuhan cyst, Almy Nadia perlu segera menjalani pembedahan dan segala urusan berjalan lancar.
Seperti perkongsian Fizz Fairiz yang muat naik video isterinya itu telah dimasukkan ke hospital.
Dia memberitahu isterinya perlu jalani pembedahan selepas disahkan mempunyai ketumbuhan cyst dan mengandung luar rahim.
“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 630 petang tadi (Sabtu) Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” ujar Fizz dalam perkongsian di media sosial.
Fizz Fairuz turut memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan dibuat pada pagi Sabtu selepas mengetahui laporan ujian darah.
Jika tidak dibuat pembedahan segera, mungkin akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia turut memaklumkan isterinya itu sebenarnya mengandung tetapi di luar rahim.
Rupanya Simptom Cyst & Hamil Luar Rahim
Fizz memaklumkan ujian kehamilan Almy menunjukkan keputusan yang positif namun ketika diperiksa dengan lanjut, rahimnya menjadi kosong.
“Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kencing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.
Tambanya keadaan isterinya itu kurang baik serta mengalami lemah badan sejak kebelakangan ini. Amy turut menunjukkan simptom cirit-birit, demam, sakit perut dan lemah.
Walau bagaimanapun, dalam hantaran terbaru, Fizz Fairuz telah berkongsi hantaran video keadaan terkini isterinya dan alhamdulillah pembedahan telah berjalan lancar.