Tidak dinafikan, dalam hidup kita ini pasti berdepan dengan masalah stres. Stres yang keterlaluan boleh menyebabkan seseorang itu alami kemurungan.

Buat anda yang ada masalah mudah stres dan ada berdepan tekanan darah tinggi, melakukan senaman merupakan satu aktiviti yang ada cabaran tersendiri.

Seperti mana yang kita tahu sindrom tekanan darah tinggi merupakan antara penyakit yang boleh datang secara senyap atau bertindak sebagai ‘silent killer’.

Rupanya Inilah Senaman Paling Sesuai Dilakukan, Untuk Yang Sering Stres & Ada Tekanan Darah Tinggi

Jadi anda perlu tahu beberapa jenis senaman yang selamat untuk dilakukan. Tekanan darah tinggi boleh membawa komplikasi serius apabila berlakunya serangan strok.

Lebih malang ia juga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan lebih awal. Jika anda ada masalah tekanan darah tinggi dapatkanlah rawatan dengan segera.

Usaha dengan cara terbaik untuk turunkan kadar tekanan kepada normal. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ialah dengan melakukan senaman.

Namun tidak semua jenis senaman sesuai buat anda yang mungkin memiliki kadar stamina rendah. Dikhuatiri jika anda mengikuti membuat senaman membuta tuli ia boleh menyebabkan badan ‘terkejut’.

Ads

Rupanya Inilah Senaman Paling Sesuai Dilakukan, Untuk Yang Sering Stres & Ada Tekanan Darah Tinggi

Apa yang pasti dapatkan rundingan dengan doktor terlebih dahulu sama ada fizikal anda bersedia untuk membuat aktiviti aktif atau tidak.

Buat anda yang ada masalah tekanan darah tinggi terdapat tiga senaman asas yang sesuai.

Senaman tersebut ialah; Senaman kardiovaskular @ aerobik Membantu anda menurunkan tekanan darah anda dan menjadikan jantung lebih kuat. Sebagai contoh berjalan kaki, berjogging, lompat tali, berbasikal, bermain kasut roda, mendayung, aerobik berimpak tinggi atau rendah, berenang, dan senaman air.

Rupanya Inilah Senaman Paling Sesuai Dilakukan, Untuk Yang Sering Stres & Ada Tekanan Darah Tinggi

Senaman kekuatan membina otot Melakukan senaman otot ini mampu membantu anda membina otot yang kuat dan membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Ia juga baik untuk sendi dan tulang anda.

Ads

Senaman regangan Ini akan membuatkan fizikal anda jadi lebih fleksibel. Selain itu, ia turut membantu anda bergerak dengan lebih baik dan serta mencegah kecederaan.

SEBELUM & SELEPAS BERSENAM

Sebelum bersenam, mulakan dengan memanaskan badan. Pemanasan 5- hingga 10 minit membantu badan anda mula bergerak dan membantu mencegah kecederaan.

Seterusnya, tingkatkan tahap kekuatan senaman. Jangan keterlaluan – seharusnya anda masih boleh bercakap dengan seseorang semasa anda bersenam.

Ads

Rupanya Inilah Senaman Paling Sesuai Dilakukan, Untuk Yang Sering Stres & Ada Tekanan Darah Tinggi

Tetapi jika anda masih dapat menyanyi, tingkatkan usaha untuk memastikan anda mendapat manfaat terbaik daripada senaman anda.

Akhir sekali, sejukkan badan. Apabila anda selesai bersenam, jangan berhenti secara tiba-tiba. Perlahankan tahap selama beberapa minit. Ini sangat penting bagi seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Artikel Berkaitan:

Khasiat & Manfaat Kacang Buncis Perlu Kita Tahu. Boleh Makan Banyak Tapi Hati-Hati Yang Dalam Tin!

Buahnya Masam Manis, Tapi Banyak Manfaat. Selain Legakan Sinus, Nanas Juga Buat Mood Jadi Baik!

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI